ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Auto Malaysia lancar Tiggo 7 Pro – Harga istimewa untuk 2,000 pembeli awal RM119,800

Berita Tempatan

Views

Chery Auto Malaysia malam tadi telah melancarkan model ketiganya, iaitu Tiggo 7 Pro secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Tiggo 7 Pro hanya ditawarkan dalam varian tunggal dan dijual pada harga RM123,800 (atas jalan tidak termasuk insurans).

Khusus buat 2,000 pelanggan terawal, Chery Auto Malaysia menawarkan harga istimewa untuk model SUV segmen-C pemasangan tempatan (CKD) ini dengan harga RM119,800.

SUV ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu dua warna dwitona, Bloodstone Red dan Khaki White   dengan bumbung hitam, selain warna monotona Carbon Black dan Vanilla Blue.

Dari segi dimensi, Tiggo 7 Pro berukuran 4,513 mm panjang, 1,862 mm lebar, dan 1,696 mm tinggi dengan jarak tapak roda 2,670 mm. Ini bermakna, ia lebih pendek, tetapi lebih lebar dan tinggi, berbanding pesaingnya iaitu Proton X70.

 

Spesifikasi teknikal ringkas Chery Tiggo 7 Pro:

  • Dikuasakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder yang menghasilkan 197 kuda dan daya kilas maksima 290 Nm
  • Enjin ini disambungkan kepada transmisi cekam berkembar tujuh kelajuan (7DCT)
  • Daya pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat
  • Halaju maksimum 205 km/j
  • Kadar penggunaan bahan api 7.0 liter/100 km
  • Dilengkapi dengan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Normal dan Sport

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Ciri-ciri menarik Chery Tiggo 7 Pro:

  • Lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok jenis berurutan
  • Lampu siang (DRL)
  • Lampu belakang bersama lampu kabus LED
  • Penderia hujan
  • Pintu belakang kuasa
  • Skrin berkembar bersaiz 24.6-inci (paparan instrumen digital + sistem inforia)
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar
  • Sistem bunyi premium Sony dengan lapan pembesar suara
  • Tempat duduk hadapan dengan larasan kuasa
  • Stereng balutan kulit buatan (leatherette)
  • Pendingin hawa dwizon
  • Pencahayaan kabin 64-warna
  • Bumbung suria panaromik
  • Pengecasan nirwayar 50 watt
  • Port USB Jenis-C
  • Sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin
  • Sistem penghidup enjin kawalan jauh
  • Fungsi mengunci kenderaan sambil beredar (walkaway)

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ciri-ciri keselamatan Chery Tiggo 7 Pro:

Dari segi keselamatan, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) tahap 2.5 yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Brek Kecemasan Kendiri
  • Brek Berbilang Perlanggaran
  • Pengesanan Titik Buta
  • Amaran Buka Pintu
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas
  • Kawalan Suluhan Lampu Tinggi Pintar
  • Amaran Perlanggaran Depan + Amaran Perlanggaran Belakang
  • Kawalan Jelajah Adaptif + Kawalan Jelajah Bersepadu
  • Amaran Keluar Lorong + Pencegahan Keluar Lorong
  • Bantuan Tukar Lorong + Bantuan Kekal Lorong Kecemasan
  • Peringatan Lintasan Trafik Dari Belakang + Brek Lintasan Trafik Dari Belakang

Selain itu, SUV ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara, kamera panoramik 540 darjah, ABS, EBD, ESP, Kawalan Mula Mendaki dan Kawalan Turun Curam serta pemantau tekanan angin tayar.

Chery Auto Malaysia turut menawarkan pakej komprehensif dengan pembelian Tiggo 7 Pro yang merangkumi:

  • Waranti selama tujuh tahun atau jarak perbatuan lebih 150,000km
  • Perkhidmatan tunda percuma selama tujuh tahun atau jarak perbatuan lebih 150,000km
  • Kos upah servis percuma selama lima tahun

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply