ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Sime Motors jalin kerjasama dengan MOT, sokong agenda mobiliti rendah karbon di Malaysia

Berita Tempatan

Views

BYD Sime Motors, pengedar rasmi jenama EV nombor 1 di Malaysia, menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu inisiatif strategik untuk menyokong agenda mobiliti rendah karbon negara.

Melalui inisiatif selama enam bulan ini, BYD Sime Motors akan meminjamkan rangkaian EV penuh kepada MOT, termasuk model BYD Sealion 7, Seal, Atto 3 Ultra, M6 dan Dolphin bagi membolehkan kakitangan MOT memandu ujinya.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman langsung tentang prestasi, keselesaan dan kebolehgunaan EV dalam situasi harian.

Selain itu, rakan strategik BYD, Gentari, turut serta dalam inisiatif ini melalui pemasangan dua pengecas AC 22kW di Ibu Pejabat MOT di Putrajaya, sebagai usaha menyokong kemudahan infrastruktur EV dalam sektor awam.

Setakat ini, Gentari telah mengendalikan lebih 530 pusat pengecasan EV di seluruh negara, dan menyokong sasaran negara untuk menyediakan 10,000 pengecas awam menjelang 2025, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, bersama pimpinan tertinggi dari MOT, Sime Motors dan Gentari.

Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, menyatakan bahawa inisiatif ini bukan sahaja untuk memberi pengalaman produk, tetapi juga menggalakkan penggunaan EV secara menyeluruh, termasuk dalam operasi kerajaan.

Kerjasama ini memperlihatkan betapa pentingnya sinergi sektor awam-swasta dalam mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah pengangkutan lebih mampan dan rendah karbon.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply