ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor pendaftaran ‘siri FFF’ dibuka selama 5 hari

Berita Tempatan

Views

Pengumpul koleksi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) kini berpeluang memiliki siri FFF dengan bidaan dibuka secara rasmi hari ini.

NPI Siri FFF dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke hari ini di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Melaka, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-78.

Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan berakhir 15 Mei 2024 jam 10 malam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Keputusan penawaran pula akan diumumkan pada 16 Mei ini,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-78, di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) Ayer Molek hari ini.

Sementara itu, pada sidang medianya Anthony berkata, siri FFF adakan kesinambungan daripada siri ‘F’ yang diperkenalkan setiap tahun pada sambutan ulang tahun JPJ.

“Kita pernah keluarkan siri F, FA, FB dan FC, dan tahun lalu FF. Kita berpendapat nombor abjad sama ini amat menarik minat orang ramai, justeru tahun ini kita perkenalkan siri FFF.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tahun lalu, siri Gold, memberi pulangan sebanyak RM17 juta dan kali ini kita harap kutipan bidaan boleh mencecah RM20 juta,” katanya.

Beliau berkata, bidaan yang dibuat bertujuan menjana dana tambahan bagi tujuan inisiatif rakyat seperti topi keledar percuma, caruman ‘top-up‘ Perkeso untuk 40,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah, tajaan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan B2 untuk masyarakat B40.

“Pertukaran topi keledar percuma ini amat diminati dan mendapat sambutan baik dalam setiap program yang kita laksanakan. Dengan kos RM50 kita mahu orang ramai menggunakan topi keledar yang selamat,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply