ARKIB

KATEGORI

Buletin

Batik Air dan KIA meterai MoU, tawar perkhidmatan pindah terminal guna EV9, Carnival

Berita Tempatan

Views

Batik Air memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan KIA yang juga pengeluar automotif Korea Selatan bagi perkhidmatan pindah terminal persendirian baharu, khusus bagi penumpang kelas perniagaan.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata ia akan meningkatkan pengalaman perjalanan bagi penumpang Promo Kelas Perniagaan dan Flexi menerusi pemindahan secara lancar dan premium antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kerjasama dengan pengedar tunggal, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Batik Air menawarkan penumpang kelas perniagaan dengan pilihan pemindahan yang selesa dan mesra alam.

“Penumpang akan dikendalikan menerusi kenderaan elektrik KIA EV9 dan model terkini Carnival yang mewakili teknologi automotif mampan serta premium terkini,” katanya.

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Perkhidmatan bagi pengangkutan penumpang antara lokasi pengambilan di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit adalah sebagai tambahan kepada kaedah menggunakan bas disediakan oleh Malaysia Airports (MAHB) berikutan penggantungan sementara perkhidmatan aerotrain.

Sementara itu, bercakap kepada media selepas majlis pemeteraian MoU itu di Sepang, kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, berkata syarikat penerbangan itu gembira dapat bekerjasama dengan KIA yang juga peneraju dalam penyelesaian automotif serba mampan bagi menawarkan perkhidmatan ini kepada penumpang Kelas Perniagaan.

“Langkah menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya KIA EV9 juga memaparkan komitmen kami terhadap aspek kemampanan serta penyampaian perkhidmatan premium kepada pelanggan.

“Batik Air mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan impak alam sekitar selain memastikan penumpang Kelas Perniagaan kami menikmati aspek keselesaan dan kemewahan. Inisiatif ini menepati visi jangka panjang kami untuk mencapai masa depan penerbangan udara lebih mampan,” katanya.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Majlis pemeteraian MoU itu telah disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Dalam pada itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KIA Asia Pasifik, Kevin Ahn, menyifatkan kerjasama dengan Batik Air itu seiring dengan visi korporat KIA – Pelan S serta komitmen berkaitan neutral karbon menjelang 2045.

Visi itu menyentuh usaha KIA menjadi peneraju dalam mobiliti lestari dan melangkaui aspek penyediaan sistem pemanduan kenderaan elektrik dengan pelepasan sifar karbon.

Dalam perkembangan berasingan, Batik Air turut melancarkan penambahbaikan terbaharu perkhidmatan dalam pesawat dengan memperkenalkan Wireless In-Flight Entertainment (WirelessIFE) atau Hiburan Nirwayar Dalam Pesawat.

Perkhidmatan terbaharu ini menyokong usaha syarikat penerbangan itu menerusi Bring Your Own Device (BYOD) untuk sambungan mudah dalam pesawat Wireless-IFE menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba penumpang. – Bernama

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Batik Air Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply