Tindakan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih dikatakan membuat pusingan beratus kali di sebuah bulatan di Bulatan Mahkota menimbulkan tanda tanya.
Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat ‘double signal‘.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Kelihatan beberapa anggota polis di tepi bulatan terbabit dipercayai bagi mengawal keadaan dan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.
Difahamkan, pihak polis berjaya menghentikan tindakan pemandu kereta berkenaan dari terus membuat pusingan. Menerusi ruang komen ada yang memberitahu ternampak kereta Axia berkenaan berpusing dari pagi sampai malam.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
“Fuh dari pagi aku nampak kereta Axia ini rupanya berpusing sampai ke malam, aku ingat dia pusing (bulatan) dua kali salah lorong rupanya sampai ke malam,” pengguna Facebook.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian terbabit tidak menyebabkan sebarang kemalangan.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut masih belum dikongsi pihak polis setakat ini. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI