ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak syarikat PEKEMA meterai MoU dengan NexV Manufacturing, pasang EV Dongfeng Box

Berita Tempatan

Views

Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya, Central Auto Distributors Bhd (CADB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk kolaborasi menjadikan Malaysia pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box.

Disaksikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faisal Mohd Yusof, majlis MoU itu berlangsung di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

MoU itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam aktiviti pemasangan kenderaan, dengan NMSB menyediakan fasiliti dan CADB bertanggungjawab terhadap pemasaran serta pengedaran kenderaan elektrik.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran kenderaan elektrik dari China iaitu Dongfeng Motor (DFM).

Katanya, usaha itu sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras dengan misi PEKEMA untuk meningkatkan penyertaan ahli-ahli dalam perniagaan dan ekosistem kenderaan elektrik.

“Melalui CADB, PEKEMA berhasrat untuk membangunkan program pembangunan bakat tempatan dan vendor untuk kenderaan elektrik.

“Kami juga berharap untuk mencapai pemindahan teknologi yang berjaya dengan Dongfeng Motor yang membuat pelaburan besar dalam teknologi automotif di China,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, ini termasuklah peluang untuk ahli PEKEMA terbabit dalam perniagaan pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan untuk model Dongfeng Box di bawah Syarikat Dongfeng Motor.

“Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri tempatan tetapi juga bakal membuka peluang kepada ahli-ahli kami untuk mengambil bahagian dalam pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan,” katanya lagi.

Perjanjian MoU antara Central Auto Distributors Bhd (CADB) dan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) dijangka akan membuka lembaran baharu dalam industri automotif Malaysia, khususnya dalam era peralihan kepada kenderaan elektrik yang mesra alam.

Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian definitif yang akan memperincikan aktiviti-aktiviti kerjasama yang bakal dijalankan. – aatvnews.com

KLIK UNTUK BESARKAN

Dongfeng Box/Nammi 01

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply