Tiga lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat Bentong, 4.13 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemalangan itu membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua treler dengan sebuah daripadanya terbakar sepenuhnya.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Katanya, kemalangan itu membabitkan 13 mangsa. “Tiga lelaki yang meninggal dunia dan disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Mohd Ridzuan Zulkafly, 40; Muhamad Zaimi Shariff, 39; dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi , 23.
“Tiga lelaki parah, dua perempuan cedera, manakala tiga lelaki dan dua wanita lain, terselamat,” katanya. Katanya, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI