Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Kempas Baru, Kempas di Johor Bahru, petang semalam.
Kemalangan jam 5 petang membabitkan pikap Ford Ranger Raptor, Perodua Axia, van Kia Pregio serta dua motosikal, Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima maklumat jam 5.10 petang.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger Raptor dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun dari arah Pasir Gudang menuju ke Setia Tropika melanggar Perodua Axia dipandu lelaki warga tempatan berusia 21 tahun.
“Ketika itu, dua kenderaan itu sedang bergerak di lorong yang sama ketika lampu isyarat berwarna hijau.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
“Akibat pelanggaran itu, pemandu Ford Ranger terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar van dan dua motosikal terbabit yang ketika itu ketiga-tiga kenderaan itu sedang berhenti di lampu isyarat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial, malam tadi.
Susulan kejadian itu, pemandu van berusia 53 tahun cedera di kepala dan kaki kanan manakala penunggang Yamaha Y15ZR iaitu remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun cedera di pinggang, leher, kaki dan tangan. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI