ARKIB

KATEGORI

Buletin

3 beranak nyaris lemas, Proton Persona dinaiki terbabas dalam sungai

Berita Tempatan

Views

Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Persona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau dekat sini, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata, bagaimanapun wanita dan anaknya didapati tidak sedarkan diri ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Empat menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.11 petang dan tiba di lokasi itu, lima minit kemudian untuk operasi menyelamat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati tiga mangsa berkenaan berjaya diselamatkan orang awam. Namun, ibu dan anak itu tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Zaidi berkata, lelaki itu bersama isteri berusia lingkungan 30-an dan anak mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut.  – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Fazzlan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply