ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC60 T6 baharu telah tiba!

Views

XC60 T6 - 2

Volvo Car Malaysia meneruskan kejayaan model XC60 T5 dengan mengumumkan ketibaan varian baharu dalam keluarga XC60, iaitu XC60 T6, beberapa bulan lebih awal berbanding tarikh asalnya. “Objektif kami untuk menjadikan aspek kemewahan dan keselesaan lebih mudah diakses menerusi XC60 T5 telah diterima dengan begitu baik. Sebab itulah kami melancarkan varian baharu ini lebih awal daripada yang telah dijadualkan,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Keith Schäfer.

Volvo Cars dilihat terus membangunkan teknologi-teknologi dan inovasi yang membuatkan kereta lebih selamat untuk dipandu. Visi jenama itu adalah, menjelang tahun 2020 tiada yang cedera atau terbunuh di dalam kenderaan moden Volvo. Ditawarkan pada harga pengenalan yang terhad iaitu RM315,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans), XC60 T6 sarat dengan teknologi keselamatan aktif yang mendahului kelasnya. Ia dikuasakan oleh rangkaian kuasa modular Volvo serba baharu iaitu enjin Drive-E.

Enjin Drive-E empat silinder bersesaran dua liter itu berupaya menjana kuasa mencecah 306hp @ 5,700rpm dan tork maksimum 400Nm. Dipadankan dengan transmisi Geartronic lapan kelajuan, XC60 T6 pastinya dapat menawarkan pemanduan yang lancar dan penjimatan bahan api mengagumkan. Sama seperti semua model Volvo yang baru, XC60 T6 hadir bersama jaminan selama lima tahun. Di samping servis percuma termasuk alat ganti untuk setiap penyelenggaraan berkala dan bantuan tepi jalan secara percuma (Volvo-on-Call), juga selama lima tahun.

XC60 T6 baharu didatangkan dengan penambahbaikan yang sama seperti model XC60 T5 pada bahagian luaran dan dalamannya. Penambahan baharu padanya termasuklah rim aloi Pan bersaiz 18 inci dengan tayar 235/60R18 serta Paparan Digital Adaptif bersaiz lapan inci yang hadir sebagai ciri standard. Para pemilik XC60 T6 juga pasti sukakan pintu belakang kuasa dan pemegang/cangkuk beg di bahagian kargo.

Para pembeli boleh memilih daripada lima warna yang disediakan – Twilight Bronze, Ice White, Ember Black, Electric Silver dan Seashell. Mereka juga boleh membeli pelbagai aksesori tambahan seperti kit gayaan bahagian luar Iron Stone, pemijak kaki sisi kenderaan berwarna perak aluminium, acuan untuk bahagian hadapan dan belakang, serta rim aloi Diamond Cut atau Iron Stone bersaiz 20 inci.

Paparan Digital Adaptif yang mula diperkenalkan pada model V40 T5 serba baharu menggunakan paparan kristal TFT (Thin Film Transistor) aktif untuk memaparkan maklumat yang dipilih oleh pemandu. Terdapat tiga tema untuk dipilih iaitu Elegance, Eco dan Performance. Mod asal Elegance memilki penampilan dan rekaan klasik. Sementara mode Eco mempunyai tema berwarna hijau dan direka untuk menggalakka ndanmemberi ‘ganjaran’ kepada gaya pemanduan yang menjimatkan. Mode Performance pula menampilkan iluminasi berwarna merah serta skala rev berbanding speedometer yang dipaparkanpada mode Elegance da nEco.

Enjin T6 Drive-E yang baru mampu menghasilkan kuasa sehingga 306hp dan tork 400Nm, selain mencatat kelajuan 0-100km/j dalam tempoh hanya 6.9 saat. Enjin in imenampilkan kombinasi sebuah pemampat dan pengecas turbo yang mendahului kelasnya. Penggunaan sistem pengecas lampau memberikanenjin rasa tujahan yang berkuasa dan semulajadi. Pemampat yang disambung secara mekanikal akan berfungsi secaraserta-merta pada putaran enjin rendah. Sementara pengecas turbo pula menghamburkan kuasa apabila aliran udara kian meningkat. Dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, penggunaan bahan api XC60 adalah sekitar 7.3 l/100 km (169 g/km).

Volvo menamakan semua sistem keselamatan aktifnya sebagai IntelliSafe. Beberapa teknologi utama digunakan buatpertama kali pada XC60 T6 seperti Teknologi Kawalan Lampu Tinggi Aktif (Active High Beam Control), Teknologi Baharu Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal. XC60 T6 turut menyaksikan penambahan beberapa teknologi keselamatan yang telah terbukti seperti Driver Alert Control (DAC), Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Queue Assist dan Distance Alert, Road Sign Information dan Stereng Kuasa Bantuan Elektik.

Kedua-dua model XC60 T5 & T6 didatangkan dengansistem City Safety yang telah dinaiktaraf. Sistem ini aktif pada kelajuan sehingga 50km/j. Satu lagi pilihan inovatif ketika memandu dalam kelajuan rendah dan gelap ialah ciri Lampu Membelok (Cornering Light) yang merupakan tambahan kepada sistem Active Bending Light sedia ada. XC60 T5 & T6 juga menawarkan ciri Blind Sport Information System (BLIS) yang telah dipertingkatkan dan berdasarkan kepada teknologi radar. Cross Traffic Alert pula menggunakan alat pengesan radar pada bahagian belakang kenderaan untuk memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang tempat letak kereta.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Drive-E T6 Volvo XC60 Price List MY14 PM Volvo XC60 Price List MY15 PM R8 FA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply