ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Beetle hadir dengan spesifikasi baharu

Views

The Beetle_Front view

Beetle, model ikonik jenama Volkswagen kini kembali dengan spesifikasi baharu! Ia digabungkan dengan sistem hiburan, keselesaan dan ciri keselamatan terbaru. Menurut Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller, “ Beetle adalah kereta untuk semua. Kenderaan ikonik ini sebenarnya mengimbau nostalgia masa lalu. Inilah masa terbaik untuk mengenali Beetle yang telah dinaik taraf.”

Beetle dikuasakan oleh unit enjin pancitan terus bahan api dengan sistem pengecas turbo 1.2l TSI yang dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh kelajuan. Enjin turbo ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 105PS dan tork 175Nm di antara 1,550 dan 4,100rpm. Kuasa itu membolehkan kereta ini mencapai kelajuan 100km/j dalam tempoh 10.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 180km/j. Di sebalik prestasi pecutan yang mengagumkan itu, kumbang klasik ini masih mampu menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan iaitu 5.9 liter/100km (atau 16.9km/liter) untuk gabungan pemanduan di bandar dan lebuh raya.

Beetle berjaya memperoleh penarafan tertinggi lima bintang dalam ujian Euro NCAP. Antara ciri baharu pada Beetle ini ialah sistem penggera anti-kecurian dengan sistem pelumpuh enjin elektronik yang pastinya menawarkan perlindungan maksimum daripada risiko dicuri.

DSG 7-speed direct shift gearbox

Sebagai tambahan kepada sistem penggera anti-kecurian, kereta ini juga dipasang dengan tali pinggang keledar tiga poin dengan peregang, perehat kepala pada tempat duduk hadapan yang telah dioptimumkan tahap keselamatannya, beg udara sisi dan bahagian dada untuk penumpang hadapan dan pemandu. Beg udara untuk penumpang hadapan juga boleh dinyahaktifkan. Beetle turut dilengkapi dengan sistem brake anti-kunci (ABS), brake assist (BA), electronic stability control (ESC), peranti imobilisasi kenderaan elektronik, hill-hold control, park distance control (PDC) serta cagak untuk tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX).

Mengekalkan nilai sebuah kereta kumbang klasik, Beetle dilengkapi ruang penyimpanan barang (glove box) Beetle yang tersendiri. Sementara pad papan pemukanya dicat sama dengan warna badan, perehat tangan pada bahagian hadapan, tuil gear dibalut kulit serta stereng yang dilengkapi butang kawalan untuk Paparan Multi Fungsi (MFD), radio dan telefon.

Beetle 1.2l TSI Design hadir bersama sistem radio RCD 310 dengan pemain CD tunggal, ketersambungan Bluetooth, kabel adapter USB dan lapan unit pembesar suara. Varian Beetle 1.2l TSI Sport dilengkapi dengan lebih banyak ciri seperti sistem radio RCD 510 yang terdiri daripada paparan skrin sentuh bersama enam penukar CD, kabel adapter USB, slot kad SD, ketersambungan Bluetooth dan lapan unit pembesar suara. Tempat duduknya pula dibalut dengan kemasan kulit “Vienna”. Bukan itu sahaja, Beetle juga dilengkapi sokongan lumbar, sistem pendingin hawa ‘Climatronic’ dengan kawalan suhu dua zon, paddle shift dan kawalan jelajah (cruise control).

Combined side and thorax airbags for front passengers

Pada bahagian hadapan, Beetle dipasang dengan lampu utama jenis Bi-Xenon dan lampu nyalaan siang (DRL) LED (untuk varian 1.2l TSI Sport sahaja); lampu sisi dengan pemanas yang boleh dilipat dan diubah suai secara elektronik; lampu kabus dengan lampu membelok statik serta rim aloi ‘Whirl’ bersaiz 16 inci yang dibalut oleh tayar bersaiz 215/60 R16.

Beetle didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih (Candy White), merah (Tornado Red), kuning (Saturn Yellow), coklat (Toffee Brown) dan hitam (Deep Black). Ia kini dibuka untuk tempahan mulai 15 Ogos di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia. Beetle 1.2l TSI Design ditawarkan pada harga RM131,888 seunit, manakala 1.2l TSI Sport pula berharga RM142,888.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply