ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

VIDEO RISIKAN : Proton Perdana (Fasa 2) ditemui!

Views

spy perdana 2

Ini merupakan video penampakan pertama Proton Perdana (Fasa 2) yang telah dimuatnaik ke laman web automotif paultan.org pada minggu lepas. Video berdurasi seminit lebih itu telah berjaya dirakam oleh salah seorang pembaca laman web tersebut, Tilakiswaran Samurgam yang telah menemuinya di Lebuhraya PLUS berdekatan Behrang.

Saya telah membuat beberapa print screen video tersebut untuk mendapatkan visual yang lebih jelas. Jika dilihat dengan teliti ada kemungkinan unit ini merupakan mule yang menggunakan Honda Accord/Perdana (Fasa 1) dengan beberapa bahagian yang sedikit berbeza terutama di bumpar belakang.

Dari hadapan pula agak jelas kelihatan wajah Honda Accord/Perdana (Fasa 1) dibahagian sayap Proton dan lampu hadapan. Saya juga mendapat sedikit maklumat mengenai beberapa unit prototaip sebenar Perdana (Fasa 2) masih lagi sedang disiapkan dan buat permulaan ujian jalan raya hanya menggunakan unit mule. Dijangka model Perdana (Fasa 2) akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

* Nantikan lebih banyak info dan foto/video risikan dari semasa ke semasa!

Video penuh Proton Perdana (Fasa 2) :

2016 Proton Perdana Spy Video

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

spy perdana 6 spy perdana 5 spy perdana 4 spy perdana 3 spy perdana 2 spy perdana 1 spy perdana 7

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments

Leave a Reply