ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Video risikan Proton Exora MC2!

Views

VIDEO : Proton Exora MC2 sedang diuji – Bahagian 1

VIDEO : Proton Exora MC2 sedang diuji – Bahagian 2

Sebentar tadi rakan kita Mohd Husaif telah mengirimkan 2 video risikan Proton Exora MC2 melalui email. Menurut maklumat yang diberikan sebuah Proton Exora MC2 dengan pita pelekat penyamaran dan sebuah Suprima S Standard telah ditemui ketika sedang menghala ke Seremban melalui Lebuhraya ELITE jam 1.00 pagi, hari Jumaat minggu lepas. Kelajuan Proton Exora MC2 semasa video ini dirakam adalah melebihi 140km/j dan telah diekori rapat oleh Suprima S Standard dari arah belakang.

Saya dikhabarkan model Proton Exora MC2 dan Proton Preve MC akan diperkenalkan pada pertengahan bulan Januari 2015. Proton Inspira pula akan ditamatkan pengeluarannya sekitar bulan Mac. Model Perdana fasa ke-2 pula akan dilancarkan seawal penghujung tahun 2015 atau awal 2016. Pembangunan enjin turbo 1.3 liter juga sedang rancak  dan saya  jangka enjin ini bakal di”sumbat” pada model Iriz versi R3!

Kita nantikan maklumat, foto atau video risikan yang seterusnya!

* Walaupun resolusi video ini agak kurang memuaskan, tapi kita masih nampak bentuk lampu belakang Proton Exora MC2 menyala pada waktu malam, macam bentuk huruf “C” terbalik kat situ kan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments

Leave a Reply