ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga model baharu Proton tahun hadapan!

Views

perdana phase 2

* Foto hiasan

Nampaknya tahun hadapan akan ada tiga model baharu yang akan dilancarkan oleh Proton. Seperti yang kita sedia maklum, ketiga-tiga model tersebut adalah Perdana (fasa kedua), model gantian Persona & Saga. Tun Mahathir yang juga Pengerusi Proton telah mengesahkannya kepada pihak media semalam.

Model Perdana (fasa kedua) dengan kod nama P4-28B akan menggunakan platform dan berkemungkinan enjin Honda Accord generasi kelapan. Ia dijangka diperkenalkan seawal Januari 2016. Model ini secara luaran dan dalamannya akan berbeza sepenuhnya dengan model sedia ada yang kini digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Rekaannya luarannya dikatakan mirip kepada gabungan model sedan mewah premium seperti Audi dan Jaguar yang turut menjadi penanda arasnya.

Model gantian Persona pula dijangka dikenali dengan P2-31A kerana ia dalam keluarga yang sama dengan Iriz (P2-30A). Model ini bukanlah Iriz yang disedankan seperti yang telah dibuat oleh pakar manipulasi automotif, tetapi ia adalah model yang berbeza. Contoh yang mudah seperti Honda Jazz dan City, platform dan enjin yang sama tetapi rupa yang berlainan. Dengar khabar model ini akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.6 liter Turbo dan N/A (enjin VVT sama pada Iriz).

Untuk model gantian Saga, ia mungkin dikenali dengan P2-13A kerana ia berkongsi platform dengan model Saga sedia ada yang telah ditambah baik dan dipanjangkan. Rekaan luaran dan dalaman adalah baharu sepenuhnya. Mungkin ruang dalaman model ini akan lebih luas berbanding model sebelumnya. Dijangka model ini menggunakan enjin 1.3 liter Turbo dan N/A (enjin VVT sama pada Iriz). Ketiga-tiga model ini disasarkan untuk mencapai piawaian 5 bintang NCAP.

* katanya prototaip Perdana dah siap.. mungkin lepas Raya ni kot buat ujian jalan raya, siap sedia dengan kamera anda ye!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

115 Comments


  • kalau ada sesiapa yg boleh sampai kan ni kepada tun M or proton enginer, silalah jgn guna punch cvt utk model saga dan persona ni, toloongg laa… paling cikai pun gunalah 5AT honda tu jika ada agreement utk guna 5AT honda.. i can bet if proton ditch cvt and use stepped auto trans back, both of this new model will become big success..


      • AT sekarang bukan macam dulu..dengan gabungan enjin yg lebih ringan, penggunaan minyak lebih ekonomi.

        Perdana mungkin akan guna AT. tapi untuk pengganti saga dan persona, kemungkinan besar Punch CVT masih dikekalkan.


    • just utk info PHN Industry Sdn Bhd, jointly owned by DRB-HICOM Berhad and PROTON Holdings Sdn Bhd

      » Secured Business Civic from Honda Malaysia Sdn Bhd
      » Secured Business Saga-R from Proton Holding Bhd
      » Secured Business Perdana-R from Proton Holding Bhd
      » Secured Business Persona-R from Proton Holding Bhd
      » Secure Business Axia Sedan from Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd

      Axia Sedan!!!


      • phn macam miyazu gak, buat bodypart.. hpf kat miyazu, body part lain kat phn kot.. dlm kes ni drb win.. perodua dah ade tawar proton utk utilize buat enjin & transmisi kat kilang p2 kat sendayan tu, tapi proton tolak plak tak tau la what’s the catch,tapi dari segi mata kita org biasa ni macam proton plak yg sombong,hehehe..


  • BERITA YANG YANG PALING MENGEMBIRAKAN GUA TENTANG KERETA KEBANGGAAN GUA DAN KELUARGA.GUA ADA 5 MODEL PROTON DALAM KELUARGA GUA.DARI SAGA2,EXORA,SUPRIMA S,SAGA FLX DAN TERKINI IRIZ 1.6 PREMIUM ANAK KEDUA GUA.TENTANG GEAR BOX KUAT MAKAN MINYAK KALAU BETUL SEBAB GUA TAK PERNAH BAWA KERETA LAIN, PROTON AMBIL PERHATIAN.HARAPAN GUA MAJULAH PROTON UNTUK NEGARA.PROTON LEBIHKAN EKSPORT TERMASUK KERETA PROTON TRADE IN UNTUK NEGARA DUNIA KETIGA.


  • Kalau masih guna punch cvt, sy yakin persona dan saga ni akan gagal menawan hati pembeli spt iriz…rupabentuk amat menarik tp sistem gear amat mengecewakan. Hrp proton peka dgn komplen pelanggan.


    • Actually Iriz punya CVT takde la teruk sangat, in fact ia boleh tahan bagus juga. So far aku dah ronda-ronda dengan Iriz 1.6 CVT sejauh dalam lebih kurang 500KM. Kereta tu aku ambik hari Jumaat baru ni dan setakat ni memang ok.

      Kalau korang boleh abaikan sedikit bunyi-bunyi disana dan disini, maka orang akan dapat memiliki kereta yang berbaloi dengan harganya.

      Seriously perestasinya memang berbaloi dengan harganya, ditambah dengan diskaun 10% (model tahun ni, 2015) hingga membuatkan aku memilih untuk tidak menunggu Iriz 1.3 Turbo. Lagipun lepas fikir-fikir balik, aku tak berani nak beli Iriz 1.3 Turbo sebab enjin yang keluar tu nanti terlalu baru.


      • axia walaupun buruk tp murah & jimat minyak mestilah laku… cuba tgk KIA & Hyundai.. dari design setaraf P1, paradigm shift ke design yg terkini.. within, few year sales melonjak…

        bro, tak membaca ker?


        • Betul tu.. mana mungkin orang yg berkali2 gagal akan memberi nafas baru..

          -Nissan, Kia & Hyundai dah membuktikan- buang yg keroh dan ambil yg jerneh.. Leadership Yg memanas punggung duduk sampai rugi lagi baik ditamatkan..

          dahlah fail, tak malu & masih mahu keluar dlm youtube..tak ada like kecuali kawan2 yg senasib bangang.


          • @new Level

            Betul tu. Ada baiknya juga kalau division berkenaan diberikan nafas baru.


    • but driving a lighter car is bit scarry, like myvi, axia , feels like loosing grip,
      car like iswara feels like no traction.

      for me proton models have a considerably good curb weight. ony that the engine and gearbox need up to the current modern precision and efficiency.
      good engine paired with good gearbox makes the power delivery feels crisp and the car feels light on the throttle.

      non linear throttle imput + cvt lackluster, its make the car feels heavy.


      • ringan tapi dng weight ratio yg tepat serta downforce yg betul akan memberikan grip pada pemanduan… boleh banding memandu pesona dang city, jauh beza syok bawa persona beb…..


      • Enjin proton bukannya tak jimat minyak. Yang menjadikan tak jimat tu adalah berat kereta yang agak overweight.

        Kereta ringan tak semestinya tak sedap dibawa. Gunakan sebaik-baiknya teknologi Lotus untuk membuatkan kereta yang ringan sedap dibawa.

        Contoh Proton Savvy sedap dibawa walaupun beratnya hanya 965kg (M), 975kg (AMT). Sumber :http://www.proton.co.uk/pdf/Savvy_spec.pdf


  • model proton yang baru keluar mesti tk laku..
    berita ja nampak hebat.. masalah x reti2 nak selesai..
    sapa nk pakai proton.. maka ramai org beli perodua.. terjamin


    • Terjamin dari segi apa? Keselamatan?

      Kalau terjamin dari segi kos kewangan, terpulanglah. Rasanya makin ramai orang pedulikan tentang keselamatan terutama yang dah berkeluarga.

      Tapi tak hairan pun dengan orang yang beli Perodua. Boleh tengok macamana mereka memandu di jalanraya. Macam jalan tu dia punya.


      • terjamin dari segi kualiti la… itu pun tak tahu lagi… minyak pun terjamin pasti tak makan kuat


        • lu boleh jamin ke bro? kualiti? hahahahahahaaaa…. body lembut mcm tin minuman…. suspension keras mcm dh pakai 10 thn wlupun baru 1 tahun…mounting cpt pecah…lu jgn sembang lebih bro…sbb gua pun pernah pakai model2 perodua ni….


        • p1 cornering macam sampan
          brake emergency , easy to skid(even witn nct5), need to push harder than my other car

          mileage
          50k – absorber blkg bocor, mounting depan tukar (sbb dh mcm popcorn),brake pad change every 50-60k, windows mechanisn/scissor kaput, windows rubber stuck while close the window,

          “bang” sound when close the door with opened window

          70-80k
          hidraulik 5th door kaput
          100k above. feel heavy on the h way.

          dats all my exp with myvi


    • Saya kesian sebab dapat kereta Proton yang mengecewakan. Saya dah pakai 2 buah model Proton. Saga dan Exora. Setakat ni tiada masalah yang menyusahkan. Iriz jika ada rezeki nak gantikan Saga yg dah lama tu. Model2 Proton selepas DRB-Hicom semuanya telah dinaiktaraf dari segi kualiti (terutamanya Suprima, iriz dan Exora mc2). Jadi saya yakin dengan kerjasama Proton dengan Honda, Suzuki serta satu lagi syarikat yang tak diketahui namanya( dapat melalui Paultan) model baru Proton akan jadi lebih mantap.


  • Perception terhadap proton dan reality of product proton itu sendiri adalah ramuan kegagalan proton. Cuba wat kajian sikit naper axia laris berbanding iriz. Tak perlu bagi alasan sebagai-bagai utk puas kan hati. Belajarla apa yang kurang berbanding axia. Terima kenyataan apa yang kurang dan belajar dan perbaiki. Walau hebat mana pun iriz tu sale number adalah pemenang dan terbukti.


    • Teruskan mengutuk…..terus dan menerus. Jangan ingat akhirat, nak tinggal kat dunia sahaja.

      Orang lain cerita gosip, kita pula marah dengan gosip orang lain itu dan kita komen pula dituju kepada oraganisasi pengeluar sebab tidak puas hati pada gosip tadi. Ini maknanya pemikiran kita tertutup kerana hanya nampak komen cereka yang tiada bukti dan hayalan semata. Nak kata fakta amat jauh sekali. dah jangan sebuk bagi alasan berbagai.

      Tahu tak kami suka tempurung kepala, so masing-masing jaga. Tapi tempat duduk ada 4 unit, tapi 2 unit beg angin lebih hebat dari 6 beg angin, anda mesti faham ini. Kereta A lebih hebat daripada Kereta B, sebab lebih murah dan dari company besar. INGAT Yang A tu bagus company besar kukuh, Yang B tu haram jadah perlu dipastikan jatuh. Aku puas pakai kerana A, kalau B memang tak puas pakai…. apa punya engineer reka macam bagus. INGAT INI KAWAN2, DAKWAAN KITA MESTI DISERAPKAN SECARA TERANCANG.

      Jadi kos murah lebih penting daripada safety ahli keluarga, so buat mahal2 kan dah tiada orang beli, safety lah sangat. Tapi ke akhirat juga kita bila berlanggar maut, maka safety penting bagi mengurangkan pelanggaran maut itu. Biar betik?

      Tapi seingat kita, pengeluar yang selalu dimarah itu dah mention hala tujunya kearah “safety fulfillment” sejak tahun 1998 lagi. So wat…kami memang tak nak ini, dan tahun 2000 yang dulu tu kami marah pasal safety takde, kereta milo, macam kereta mayat, design buruk tu memang bertujuan untuk saja2 je perangkap ……

      Supaya yang penting duit kami tersimpan kekal dan jika maut kami wariskan kepada ahli keluarga kami di dua tempat duduk belakang tu. Semuanya belum tentu lagi berlaku kecuali dengan kehendak-Nya. So kemana pula usaha dan kewaspadaan kita…. ahh, janji kami jimat 5k ke 10k…. buat apa nak safety, haram jadah. Kamu semua mesti ingat ini…..hahaha

      TAPI 2 beg udara tiada di belakang macam mana pulak tu……kemana kami dan waris kami nak pergi….. jadi ke akhirat lah, sebab statistik ANCAP kata org depan biasa selamat dan yg belakang hantuk ke seat kereta, struktur besi dan cermin tingkap lah. Hidup belum tentu lagi….. ia berlaku kecuali dengan kehendak-Nya. Kalu dijanji-Nya selamat, maka selamat lah. Terima kasih, Tuhan.


      • Aku teringat Sirah nabi tentang berserah.

        Diriwayatkan Nabi SAW bertemu dengan sahabatnya yang menunggang unta. SahabatNya turun dari unta tanpa mengikat unta tersebut. lalu nabi bertanya kenapa tidak diikat unta tersebut. lalu dia berkata yang dia berserah pada Allah utk menjaganya. Nabi menegurnya untuk mengikat unta itu terlebih dahulu, barulah berserah pada Allah.

        Begitu jugak dgn tahap keselamatan kereta. Masing-masing boleh bagi dalil yang ajal maut itu urusan Allah. Perkara itu tidak dinafikan tapi, apakah usaha anda untuk memastikan tahap keselamatan anda ditahap terbaik ketika memandu kereta?

        Keselamatan adalah ikhtiar kepada kelangsungan hidup ini. setelah berikhtiar, boleh lah berserah pada Allah utk urusan ajal maut dan kecelakaan.


        • Wow ….baca perenggan 6 sahaja then komen…..ajaib. Baca dari awal….cuba teka sapa yang kena? fikir2 kan…. Joe Labu 1,2,3,4. Pandai baca so mesti pandai lah bezakan….


    • Dunia = sale number penting & untung jualan penting, kereta biasa2 sudah dan janji maju company, harga jual range macam 4 beg udara, untung ke company besar kukuh tu dan CSR, dan pengguna sure ke akhirat.
      Akhirat = sale tak penting & tak payah untung jualan, kereta hebat2 dan janji maju jugak, harga jual range memang 4 beg udara plus 2 di sisi belakang lagi, untung kembali kepada R&D dan lebihan ke CSR berkat, dan pengguna sure ke akhirat jugak plus dengan pahala berkat berterusan.
      Ahh, memang tiada beza, antara kedua-duanya antara Kereta A dan Kereta B ni.

      Safety dunia je, tak payah safety utk segera ke akhirat. Keluar sekali tiga model salah, sebab ini semua dunia. Tak payah keluar model banyak2, sebab takde kepentingan di akhirat. Itu semua salah tu biar macam keadaan sekarang, jangan jadi maju sebab kami kata taknak so taknaklah.

      Usia jangka pendek, beli kereta xpayah safety dan RV bagus. Usia jangka panjang, beli kereta nak safety bagai, RV tak bagus. Ya…..pentingkan RV lebih daripada safety, sbb RV ni bank yang tentukan dan bank adalah kawan kami daripada company besar dan bersahabat dengan gerakan terancang itu. Haha….. biarkan bais ini berterusan…… walhal diluar negara bagi negera maju telah ada ‘National Automotive Insurance and Safety Standard’ yang mana RV ditentukan berdasarkan kajian mendalam dan fakta statistic menggunakan kaedah pelanggaran separa sisi depan bagi menentukan kekukuhan produk kereta keluaran company2 pengeluar kereta. Kereta mewah pun tak lepas, so macam ni lah baru adil…..

      Kalau keadaan sekarang ini berterusan dimana BANK yang tentukan, maka memanglah RV bagi company yang kerap dimarahi ini asyik RV ditahap rendah. Compare mesti pisang dengan pisang lah, baru pisang tak berbuah dua kali.


        • Carter xpandai baca….kesian hanya pandai komen. Kena sudah batagng hidung nya da bn mula mencari salah.

          Pengguna perlu bijak. Bukan nk murah shj….dan kemudian jadi tajuk berita metro muka depan.

          Beringat wahai pengguna yg tidak membaca dan mudah dipesongkan mindanya.

          Dan dia di tipu oleh bank yg menetapkan RV sesebuah kereta. Pada masa yg sama, mereka bijak kerana bersetongkol memajukan bank yg menipu mereka dgn mengambil loan kereta bank tersebut dan RV bagus utk kereta import dibelinya.

          Masa yg sama ringgit bakal lemah, kerana segala keuntungan pengeluar kereta import akan ditransfer terus ke negara luar.

          Lets go and do komplot selalu sampai memiskinkan diri dan mengurangkan hasil negara. Dan masyarakat yg mewarisi bakal menjadi miskin di bumi sendiri dan merana sbb kehilangan hasil bqgi membangunkan negara.

          Dan merana dn terus merana bila sesuatu bencana datang dan Negara bakal musnah.

          Kata2 org tidak berfikir = ahh! Biarlah. carilah sumber lain bodob. Mansuhkan kereta nasional dan biarkan org luar dgn rakus memengambil kekayaan negara secara berterusan.

          Terima kasih… golongan pendukung barakah yg membeli kenderaan import… kecuali jika tiada gantian dikeluarkan oleh sykt tempatan , maka baru lah mencari barangan import. Ya… bagus golongan pendukung import, teruskan dakyah mu. Hidup import yg belum tentu bagus….!


          • Dah tu kenapa?Kau punya duit ke diorang guna?Setakat beli kereta luar apa negara nak miskinnya.Banyak lagi sumber aliran duit keluar.Yg susah sangat nak faham konsep bisnes pasal apa tah,barang bagus orang beli.Simple.


    • bro…axia segmen mna…iriz segmen mna…klu nk banding myvi dgn iriz boleh la sbb sma segmen…aku dduk kt dungun ni nmpk lebih bnyak iriz berbanding myvi baru (bumper klon jazz) brdasarkan no. plat…axia mmg toksah citer la mmg murah, saiz lbih bsr dr viva & jimat petrol… cuba bandingkan myvi dgn iriz boleh x? lebih relevan…contohnya ibarat bandingkan JDT dgn borussia dortmund…lebih relevan bandingkan JDT dgn PAHANG…


  • axia vs iriz.

    people want new small and cheap car

    so the answer goes to axia.
    =========================

    people want big cheap car

    saga sv is the answer.
    =======================
    can afford 70k ” car
    for a fine car they choose honda city.
    ============================

    people want bigger mpv at cheaper price with enough power

    exora turbo they choose
    =============================================


  • itu la aku ada cakap dulu… lampu iriz ni lebih sesuai untuk sedan bukan untuk kereta kompak


    • hmm…design ni memag sesuatu yg subjektif..bg sy pula..lampu iriz tu memag sesuai utk model kompak..jika diletakkan pada model sedan, maka akan kelihatan seperti terlalu lebar dan rendah…cheers!!


    • adeh proton ni, model yg cheap utk mass market(saga,persona) diorg lambatkan, nnt perdana keluar berapa kerat orang nak beli, yg berpoket tebal mampu la sbb cecah 100k++, yg aku orang2 biasa ni mampu target persona/saga je la…


    • kiranya tahun ni takde apa2 model baru dari proton? at least keluarkanlah model FL untuk preve. Setahun tanpa apa2 ,rasa tak meriah.

      Atau pun kalau tiga model ni nak keluar tahun depan, proton boleh buat teaser atau preview sedikit sebelum akhir tahun ni. boleh juga dapat feedback dari orang ramai.

      Harap bro campromania leh cadangkan kepada proton..hehe


  • Tolak markah untuk Iriz.

    Jumaat baru ni ambik kereta. Hari ni hose washer belakang dah tercabut. Habis air meleleh dalam kereta dan even ada air dekat lampu brake ketiga.

    Sebelum ni biasa dengan orang kena masalah ni, tapi ingatkan model tahun 2015 dah diperbaiki. Nampalnya masih belum diperbaiki.

    Kereta Iriz ni best. Handling dia jauh giler beza dengan Myvi. Pemilik Myvi jangan marah sebab aku pun pemilik Myvi juga.

    Tapi selama aku pakai sebarang jenis kereta, tak pernah sekali pun hose washer tercabut. Tapi dengan Iriz ni baru beberapa hari dah tercabut.

    Kadang-kadang hal kecil-kecil ni yang buat orang bengang. Itu belum kira pintu yang sejak 1st day berbunyi-bunyi kuat setiap kali buka pintu depan separuh bukaan atau lebih. So far pintu belakang belum lagi kena camtu. Harap akan terus ok.


    • Proton GSC,
      Yg tu quick fix. Ko cabut cover third brake light, then terus nampak sambungan tu. Sambung je balik. One of my friends (SA) told me about 1 month ago.


    • masalah kecil2 tu biasa.. sy pemilik axia.. sun visor sebelah passenger pun klip dia tercabut.. walau jarang2 pakai.. hantar SC.. minta dia betulkan

      yg jadi isu kalau satu2 masalah yg tak diselesaikan.. dan bagi macam2 alasan


  • the comment are mainly on REFINEMENTS. that the key word to success.
    proton has done good, but still They should strive for REFINEMENTS.
    throttle response. ergonomic, and some little rattlings, NEED to elimnate all those shortfalls


  • 30 years already can proton bring in telescopic adjustable steering.for example,,
    or to have really an expert in automotive world before deciding any contract from any supplier


    • I have seen your same request for telescopic 3 years back. hehe. well, also they need to change from fixed seatbelt height anchorage to flexible type. xde la orang2 kurang tinggi rasa dipinggirkan.Please change punch cvt please. Its a mess…truly mess.


      • Speaking of Punch CVT, I wouldn’t say it is the best or anything along that line. But the truth is, it isn’t that bad, really. I have no problem whatsoever, at least up until now.


    • @Awak

      I’m with you all the way. I have been waiting for years and still no adjustable telescoping+tilt steering column for any of Proton model. Hell, even the supposedly lowly Honda City got one.


  • 1. Persona ialah sedan kategori C-segment dan redundant kerana Proton sudah ada Preve. Mengapa pula kena guna platform Iriz?

    2. Saga-R sebagai model utama B-segment Proton ialah model yang sepatutnya menggunakan platform Iriz, dan bertanding dengan City, Vios & Almera. Plaform Saga BLM yang lama (Savvy platform) sudah pun agak usang.

    3. Terlampau banyak product line-ups di dalam segment yang sama akan mengurangkan kecekapan kos produksi & ‘Economies of Scale’.

    4. Proton sepatutnya mengambil peluang kerjasama dengan Suzuki untuk menghasilkan platform chassis yang ringan, suspensi yang lebih lembut, gearbox dan enjin yang lebih ‘refined’, senyap dan efisien. Kontrak dengan Punch CVT perlu dimansuhkan setelah betul2 mengkaji cost-benefit analysis.

    5. Kereta jepun yang berorientasikan mudah dipandu, ruang dalaman besar, reliable, dan suspensi lembut, sebenarnya lebih mendapat sambutan daripada kereta Eropah yang berorientasikan chassis yang ‘rigid’, ‘sporty handling’ dan cantik luar (tetapi semput di dalam).

    6. Perodua bakal rebadge kereta Toyota B-segment (barangkali Vios), dengan kilang di Sendayan (enjin NR-FE digunakan untuk Vios), dan ini merupakan ANCAMAN paling besar buat Proton. Harap Proton dapat mengkaji semual strategi ‘value proposition’ seperti point #5.


    • Mmm… persona generasi pertama C segment. Selepas penyusunan semula segment model2 proton, Persona R akan dlm segment B compete dgn city, vios, Xkn clash dgn preve segment C yg compete dgn civic n altis di pasaran domestik. Saga R dlm kategori low cost sedan diletakkan dlm segment baru; segment sedan A+. Perdana kekal dlm segment D (cuma x pasti Perdana R duduk dlm D segment biasa atau premium). Tinggal lagi proton tiada model compact dari A segment utk compete dgn Axia. Tu yg JV dgn suzuki utk keluarkan model A segment compact. Ini satu persaingan sihat. Bila nanti perodua gak akan keluarkan model sedan B segment compete dgn saga R dlm katogeri A+ segment:) Iriz kekal dgn segment B compact compete dgn myvi n picanto.

      Model2 proton hingga ke generasi terbaharu masih berorentasikan kpd model n design citarasa n gaya eropah. Itu sebab pentingnya Lotus dlm mencorakkan teknologi n ilmu kepada model2 masa depan proton. Point #5 bro iskhalifah mgkin ada benar n ada kurangnya. Bagi saya, org kita melihat kereta eropah lebih mahal, menampilkan lebih mewah berbanding kereta2 jepun, Ia melewati kemampuan majoriti pembeli domestik. Sebab lain, kereta2 jepun lebih awal menguasai pasaran kereta domestik berbanding kereta eropah. Wujud stigma minda realibiliti kepercayaan terhadap model2 kereta jepun dari awal lagi. Itu kes kita di M’sia, tapi fenomena itu tidak berlaku di sebelah Asia yg lain seperti di China terutamanya, bila permintaan kereta2 eropah amat tinggi. Even jualan kereta tertinggi VW, Audi dll. pasaran globalnya datang dari pasaran negara tembok besar itu.

      Bagi kes proton, perlu cari formula yg bersesuaian; kereta harga m’sia, design eropah, prestasi sehebat kereta jepun…:)

      Cheers!


        • Mmm…. dari dulu lagi pun rekaan proton selepas waja sumer lebih ke design eropah… mmg sebelum nie x tau ek?… relaks, kalau sakit hati pun berpada2 ye. Hehehe:P

          Cheers!


          • @fauzan,

            Tau lama dah. Dan memang sejak itu la aku berbulu dengan diorang ni. Berapa bijik sangat kereta Proton yang terjual kat Eropah berbanding kat negara sendiri? So kenapa tak utamakan benda standard yang dah lama digunakan di negara kita?


          • Nak eropah sangat tukaq la sekali posisi stereng. Tukar driver blah kiri. Baru la driver masuk kereta langkah kaki kanan dahulu.

            Sejak aku beli iriz ni sampai sekarang aku kena pikir dulu untuk bagi signal untuk iriz ngan fd. Kompius dah boleh membahayakan.

            Sekarang mungkin ko dok kata tak penting posisi signal tuh. Tapi kalau ditakdirkan proton tukar balik ke posisi asal, aku rasa proton trooper cam ko la yang melompat kegembiraan dulu sambil claim proton makin maju dengan pertukaran posisi signal.


          • Memang dari waja lagi proton dah tukaq posisi signal. Tanpa disedari proton time wajalah proton menabur benih benih kejatuhan. Mungkin sales waja agak baik tapi itu kerana imej yang dibawa oleh wira.


          • Mmm… design eropah la nie dah menjadi trend utk rekaan dari company kecil dlm industri auto mencipta nama n meletakkan piawaian European style design sebagai perlu, lihat sahaja revolusi rekaan kereta generasi baru dari KIA n Hyundai dll. X la dinafikan ada yg berjaya n ada yg tidak, mgkin ada faktor2 lain yg menentukannya:)

            Cuma kurangnya strategi prootn dulu, ketika perubahan/peralihan rekaan jepun (mitsu) ke european design adalah; kereta pertama buatan penuh prootn adalah Waja; sebuah kereta dari C segment yg bukan prospek pembeli majoriti bagi pasaran domestik pada ketika itu. Patutnya selepas kejayaan model pertama Saga (bermula 1987) dgn penguasaan 80% pasaran, perlu lahir model kesinambungan yg lebih baik lagi (tapi bukan waja) bagi mengukuhkan lagi penguasaan segment popular ketika itu.

            Left right drive xde kena-mengena dgn rekaan, itu lebih kpd sistem yg diterima pakai. X mengubah rekaan, Blok rekaan tetap sama. Cuma reka letak minor yg menjadi isu kesesuaiannya bagi region2 tertentu. Mgkin kerana faktor kos, satu standard tertentu diterima pakai walau sesetengah tempat agak janggal utk reka letak minor seperti button signal dll.

            Cheers!


        • @MrDDR,

          Betul tu. Yang ni memang aku berbulu. Nak jual almost 100% untuk market Malaysia. Kenapa nak tiru posisi signal/lampu orang luar negara?


          • Kita biasa dengan signal sebelah kanan sbb tu rasa jangggal kalau jd sblh kiri, Sebenarnya kalau itu dari Jepun / korea (luar negara jugak) dan kalau kita mula drive dgn kereta conti kita rasa janggal pulak dengan signal sblh kanan, Tak macam tu?


          • aku setuju bab signal & detail2 kecil ni.

            proton ni terlalu suka susukan kera di hutan, anak yg berjasa bagi air suam je,

            tau la cita2 proton nk tawan euro, tapi apa salahnya proton buat spek terbaik proton di malaysia dulu,

            di bagi kat rakyat sendiri produk inferior, org luar bagi yg bagus. rakyat pulak dunia hujung jari, teruslapor kat internet, benda ni kalau tak padam selama-lamanya org bole baca. last2 nk salahkan knp org tak hargai kemajuan proton.

            wahai proton, sensitif la dengan rakyat dan penguna negara anda sendiri. signal kalau rakyat nk belah kanan, buat je la belah kanan, nk ikut eropah sangat apasal. lain la kalau eksport kereta proton dah melebihi 60% pendapatan syarikat. ni tak..ntah2 tak balik modal pun kot,

            aku kritik sebab aku pun masih guna proton neo aku, walau dah ada kereta lain, aku tetap sayang produk tempatan ni, cuma proton je yg bodoh tak sedar ke diri, nk mengurat anak jiran, bini sendiri tak terjaga.

            p.s : aku tau spare part salah satu cabang bisnes proton, jdapa salahnya letak je dalam online, jual spare part proton online, ami boleh order then korang pos laju je, takda lah timbul guna barang tak ori la dll, bukan semua kami duduk dekat dgn 3s. kadang kos nk ke sana lagi mahal dr benda nak baiki kadang,


          • Betul Neo

            Sungguh bernas Idea mu. Aku pun tak terpikir jual spare part online. Kompom kompom dapat yang ori. Kurang la sikit dapat barang tiruan. Proton pun untung. Aku rasa marketing proton pun tak terpikir bab nih.


    • @iskhalifah

      Chassis rigidity takde kena mengena dengan supple suspension. Semua manufacturer pun memang target nak high rigidity chassis. Yang bro sebut tu lebih pada berkenaan suspension, bukan pasal chassis rigidity pun.


  • Advertising for new models must be exceptional and meet target audience. Dont syiok sendiri leh. Even your website is not fully interactive and not mobile friendly. Brochures must be technical and understable by layman words. Proton, wake up..You are 30 years already.


  • 30 tahun sudah usianya.
    Next year perodua sedan pula bakal muncul.Proton kena buat strategik yang bagus untuk bersaing even iriz masih kurang memberansangkan jualan berbanding myvi dan muncul axia dalam segment A yang lebih murah.Ada penyokong perodua yang bongkak dengan statement proton tak akan mampu melawan jualan produk ala-ala toyota mereka untuk tahun 2016.Tapi itu belum tentu lagi jika proton betul-betul menghasilkan produk dengan kualiti dengan apa yang customer mahu.Aftersale juga amat mempengaruhi jualan produk juga so DRB-HiCom bos besar harap dapat manage semula segala masalah dalam SC proton dan layanan tahap rendah mereka pada customer untuk kembali no1 dengan cara pikat semula keperyacaan pemilik proton yang sedia ada dengan servis terbaik dan baru dapat mempengaruhi produk baru dengan cerita dan servis yang bagus oleh mereka pada orang lain.Proton kena ingat CUSTOMER ALWAYS RIGHT.Harap 2016 proton dapat buat kejutan pada produk keluaran mereka dan kualiti QC yang bermasalah mada masa kini.Aku harap dan mecabar proton kalau dapat kembali TOP pada 2016!!!


    • Haha.. boleh ke proton fight dengan perodua??rakyat malaysia pon dah x peduli pasal proton lagi yang banyak masalah kualiti !!!sedih betul dengan proton buat la kereta bagus mana kalau kualiti dan SC pon layanan macam haprakkk tak guna juga.Kepada orang proton dan orang kuat @bos proton,kamu semua buatlah kerja dengan bagus dan jangan syok sendiri dan tido.Serius ak cakap layanan SC proton paling low.Itula dulu tido je sekarang perodua yang tin milo tu la boleh jadi No1 baru nk bangun balik!!!aku bukan nak cakap apa la kan perodua tu bukan la bagus sangat tapi lebih baik daripada PROTON sebab KUALITI je.


      • haha..betul bro..tp itulah yg disebut bro @Saga-Iriz ..semua masalah tu da disebut dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa..means..DRB hicom kena perbaiki secara berperingkat..DRB baru sahaja memegang Proton..bukan mudah nk perbaiki sebuah syarikat besar seperti Proton di malaysia ni..so kita semua keep support Proton n DRB..namun, walaupun secara berperingkat, bukan bermaksud DRB perlu buat kerja dengan perlahan..DRB perlu pantas dan efektif.. 2016 semakin hampir..harap Proton kembali ke carta no 1..paling kurag pun dapat merapatkan jurag Proton Perodua dari 7k-8k sebulan menjadi 1k-3k sebulan..cheers!


        • Itu aku setuju. Bukan mudah untuk membaiki kompeni besar ataupun lebih tepat kompeni ngan pekerja yang masih ada mentaliti lama. Bila ada benda baru nak perkenal ayat mula keluar dari mulut pekerja “Apsal dulu boleh. Pasaipa nak tukar sekarang. Apsal tak tukar dari dulu lagik”


          • Setuju dengan bro MrDDR. Bukan mudah nak ubah kepada mentaliti yang lebih baik.


  • Lepas ni dapat la ak beli kereta buat kali kedua.Harap Proton dapat keluarkan Persona R yang terbaik sebab aku customer baru untuk proton untuk tahun 2016 selepas ak mengunakan axia pada bulan 12 tahun 2015.Nak dikatakan Axia juga ada minor problem so tidaklah terlalu teruk cuma pemanduan yang agak kurang selesa dalam pemanduan jarak jauh dan bising tapi memang sesuai la dengan segmen A dan harganya.
    Kepada warga Proton,tolong berikan komitmen,kualiti dan servis kepada produk kamu sebelum aku membencimu dengan produk yang bermasalah nnti seperti mana apa yang diceritakan oleh orang lain.
    (HARAP PROTON KERETA FAMILY PERTAMA AKU YANG YERBAIK UNTUK TAHUN 2016)


    • EN.MAZLAN,Axia kamu tahun 12/2015 ?biar betik?? Haha.Mungkin silap type tu.Untung la Proton,ada customer dah tunggu utk produk thn depan ye tapi kalau Proton buat tahi lagi at produk mereka alamatnya silap la kalau nk fight dengan Perodua yang ternyata lebih bagus dari segi Kualiti!!! But EN.MAZLAN
      X mau tunggu ke Sedan Perodua?maybe tiptop kot Haha…maaf pada orang2 proton thn depan kita fight lgi kasi sengit kita tengok sale sape lgi bagus..Hahaha


      • Bro,jangan terlalu yakin dan riak sangat untuk Perodua no1 pada tahun 2016.Ingat Bro,yang dekat atas x selamanya diatas dan suatu masa akan dibawah juga.
        Kalau boleh orang-orang proton boleh jadikan iktibar dimana jenama Proton diperlekehkan.Jangan terlalu riak dan sombong dapat demand dlm beratus-ratus unit untuk satu model tpi belum tentu untuk tahun hadapan.


      • yup bro jangan riak..Perodua perlu sentiasa berhati2..jangan disangka air yang tenang tiada buaya..mungkin Proton byk mendiamkan diri..dalam diam siapa tahu.. rupa paras Perodua Sedan, Proton saga R,Persona R dan Perdana juga masih belum pasti,..terpulang kepada pembeli..tp sy musykil..
        1. kenapa RnD sedan Perodua 7 tahun lamanya still x mampu nk buat platfom sedan sndiri??..sebaliknya menggunakan platfom dari toyota..
        2. adakah RnD 7 tahun hanya utk mencari idea bagaimana nk buat produk paling murah?

        keadaan ini seolah-olah menampakkan RnD 7 tahun menjadi sia2..apa pun masih awal utk membuat sebarag keputusan .. just wait, see and discuss …goodluck proton..goodluck perodua


        • Tak boleh la cakap R&D mereka tu sia-sia. Kita tau ke apa target mereka? Kita tau ke target tu tercapai atau tidak? Kalau kita tak tau, macam mana nak kata R&D tu sia-sia?


          • yup bro..sbb aq ckp masih awal nk predict situation ni..kita tggu je ap strategi bg kedua2 syarikat ni.. cheers!! =)


  • proton dh 30 tahun wujud..
    tak habeh2 9rg komplen..
    bukan setakat nak susun model pun berterabur.. nak letak format nama model pun main sedap mulut CEO..

    mcm mana pun… proton mmmg lemau..


    • Apecer azlano?
      Design dia xok?
      Ke korang ada agenda lain?

      Boleh bg detail cmne dari design house hingga ke engineering ?

      Sapa yg ada veto power utk override decision?


      • Aku ok jer dengan design dia yang Iriz ni. Lebih elok dari Myvi aku. Tengok dari depan nampak lebih cantik dari Myvi, tengok dari belakang pula nampak lebih tegap dari Myvi.

        Cuma harap Iriz tak banyak buat hal la sebab Myvi aku memang tak pernah sekali pun claim warranty sebab takde masalah.


      • bg sy okey je design azlano..bukan mudah nk design..bg sy iriz okey suda..even not perfect.. sy suka bahagian belakang iriz (premium and Executive variant)..nampak tegap dan sporty..better than myvi 2015..variant standard pula agak pelik..


      • Design depaniriz dah ok tapi belakang no komen. Rasa mamat yang buat modifikasi ngan enjos dua tuh lagi smart kot walaupun sebenarnya design mamat tu tak la best mana. Tak dak ka orang yang pandai design buat bodykit baru belakang iriz nih. Aku nak tukar


        • Betul bro.

          Depan memang lawa, Myvi memang kalah. Belakang agak kureng sikit tapi yang pasti ia kelihatan tegap dengan stance dia yang mantap, ditambah pula dengan 1.6 yang bertayar lebar.


          • Tegap pasai macam bentuk huruf A. Lagi best kalau masuk vossen lagi nampak kukuh. Tapi aku still tunggu body kit yang lain untuk ganti bumper belakang yang bagi aku agak nampak pelik. Mungkin versi r3 nampak lebih baik.


          • variant 1.3L agak mengecewakan kerana saiz body Iriz terlalu besar bila dipadankan dengan saiz tayar sekarang

            variant 1.6L.. memang cun melecun


          • myvi , regardless specs, they looks in well propotion considering wheels and body, but not in iriz, iriz needs all standard size tire like on the 1.6;s even though they have to put on steel wheel for cost cutting.

            A- choose bigger wheel and tire size (steel rims)
            B- or alloy wheels but all small.

            i think iriz should follow the former, A


  • proton dari segi design banyk kena improve. agak ketinggalan dari trend terkini. design yg ada pun nampak janggal or tak balance. engine dan gearbox pun banyk kena improve… proton best dr segi top speed tapi torque agak mengecewakan… tak salah kalo proton mengimport chief designer dari audi or dr company yg tops dari segi design yg penting management yg bangang psl design tak masuk campur. pastikan designer anda mmg kaki kereta. ni amik perempuan buat interior so jadilah design ala2 makcik. apa yg aku boleh puji pasal proton dari dulu ialah tang handling mmg terbaik walaupun dgn std suspension dan dr segi top speed…

Leave a Reply