ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Tempahan model Perodua Myvi facelift kini dibuka!

Views

NEW_Booking_D46D_Flyer

Ikon Malaysia Perodua Myvi bakal kembali menggegar dengan penampilan yang lebih segar! Perodua kini membuka tempahan untuk model Perodua Myvi facelift dan pelancaran secara rasmi bakal dibuat pada 15 Januari nanti. Model terlaris Perodua ini akan tampil dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan terutama sekali aspek keselamatan dengan harga yang lebih nilai.

“Perubahan pada model Myvi dibuat selepas kajian secara menyeluruh bagaimana kami memberikan lebih nilai kepada pelanggan kami dan yang paling menarik, penambahbaikan hanya menambah nilainya sehingga RM3,800.” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Myvi baharu ini turut dipertingkatkan dari aspek keselamatan dan kini telah mendapat penarafan 4-bintang ASEAN NCAP dengan penambahbaikan kepada struktur kenderaan supaya dapat menyerap impak hadapan menepati piawaian global.

Untuk menambahkan lagi keterujaan kepada peminatnya, Myvi akan mempunyai dua warna baharu iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold selain pilihan warna sedia ada seperti Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White. Harga yang bakal ditawarkan bagi Myvi baharu ini bermula dari RM41,500 hingga ke RM58,900 bagi Semenanjung Malaysia. Kepada peminat setia Myvi, ayuh ke bilik pameran Perodua yang terdekat untuk membuat tempahan. Nantikan kemunculannya pada 15 Januari nanti!

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments

Leave a Reply