Inilah dia penangan model baharu Honda City apabila bejaya mencatat rekod 10,000 unit tempahan hanya dalam tempoh sebulan! Pencapaian ini sungguh menakjubkan bagi model kereta bukan nasional dan sekaligus memberi tamparan yang cukup hebat kepada seteru terdekatnya Toyota Vios, selain Nissan Almera dan Proton Preve yang juga terkena tempiasnya.
Rekod ini sekaligus memadamkan rekod yang telah dipegang model terbaru Honda CRV yang mencatat 3000 unit tempahan tahun lalu. Honda Malaysia akan membuat penghantaran sepenuhnya 10,000 unit tempahan tersebut menjelang penghujung Jun. Barisan ke-2 pemasangan di kilang mereka di Pegoh kini bersedia menggandakan jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan tersebut.
Model baharu Honda City mendapat sambutan yang positif daripada rakyat Malaysia disebabkan reka bentuk yang menawan dan ciri-ciri yang tercanggih dalam kelasnya. Sebelum pelancaran model baharu Honda City, Honda Malaysia telah pun mencatatkan peningkatan 30% jualan pada suku pertama Q1 2014 dan ini dibantu oleh jualan Accord dan CR-V. Honda Malaysia optimis untuk mencatatkan sasaran jualan tahunan sebanyak 76,000 unit untuk tahun 2014. Syabas Honda Malaysia!
* Cayalah Honda Malaysia, semakin hebat penguasaan model kereta bukan nasional dalam pasaran ketika ini. Nampak gayanya Proton dan Perodua kena lebih aggresif, kalau tak mungkin semakin kurang pembeli berpotensi pada masa akan datang.
Mana komen2
Ni jadi 10k tempahan sebab City lama tu kan stop terima booking 3 bulan sudah. Jadi backlog tempahan untuk 3 bulan tu dapatlah 10k unit.
yep betul 2.
hooo yeke…pandai btl diorng ni ye buat gempak…huhu
Design lampu depan cantik. Dah jadi trademark Honda selepas kejayaan Civic.
dah ada sebuah terbakar tepi jalan plate negeri sembilan…..cuba tnya uncle google
xdak pun
Mana boleh keluar news.. malu beb.. kete terbaik tebakar…
http://ondscene.my/kemalangan/honda-city-yang-terbakar-itu-menggunakan-petrol-ron97
Tak tau la city lama ke baru..
Tu article tahun 2010
Ade la..kt fb ade klua kereta city yg baru ni terbakar…
maaf…saya hanya nak menyampaikan hajat je, cube cari kat dalam pautan ni http://starstagram.com/tag/city2014
eh???? bkn ke jenama luar lg b’kualiti dr proton? pesal lak bleh terbakar? klu proton tu kejap je rkyat sndiri yg hebohkan 1 dunia…hmmmm….sbb kualiti ke khianat?
Kalau nak terbakar kereta bomba pon bleh terbakar. Mana gambar nyer. Ada ker dak nih. Ker cerita lama.
ada pepatah mengatakan, Kalau tak dapat pakai civic, pakai city pun jadilah..hehe
Janganlah cakap macam tu. Pada saya jika tak dapat pakai civic, saya rela pakai Proton Preve. 2 modal ni sahaja dalam radar saya sekarang.