ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia Automobiles bakal tutup kedai?

Views

Perkembangan yang terkini usahasama antara Proton Holdings Berhad dan Suzuki yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Perlesenan beberapa bulan lalu bakal menyaksikan operasi Suzuki Malaysia Automobiles akan dihentikan dalam masa terdekat. Suzuki juga dikatakan telah menghentikan operasi kilang pengeluaran mereka di Pekan, Pahang dan sedang memindahkan segala kelengkapan ke kilang Proton di Tanjung Malim, Perak.

Memorandum Persefahaman yang telah dimeterai itu bakal melakarkan rangka kerjasama yang luas dan merangkumi perkongsian teknologi, platform dan berkemungkinan melibatkan pertukaran ekuiti antara dua syarikat tersebut. Proton bakal mengambil alih peranan Suzuki Malaysia Automobiles sebagai pengedar kereta keluaran Suzuki yang ditukar lencana sebagai Proton atau mungkin juga sebagai pemasang secara kontrak.

Suzuki-Vitara_2015-d

Selepas ini Proton akan memasang, mengedar, menjual, mengambil-alih khidmat selepas jualan dan membekalkan komponen alat ganti model keluaran Suzuki. Kedengaran cakap-cakap industri mengatakan beberapa model kini sedang dinilai untuk dijadikan sebagai model Proton, antara yang disebut-sebut adalah model kompak hatchback Celerio, Swift dan MPV Ertiga. Ada juga ura-ura mengatakan sebuah model SUV Suzuki yang kini dipasang di Hungary akan ditukar lencana mejadi Proton. Model tersebut adalah SUV Vitara generasi terbaharu. Buat masa ini tiada pengesahan dibuat oleh kedua-dua pihak.

Nantikan perkembangan seterusnya hanya di funtasticko.net!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • Teknologi hebat suzuki dan keazaman proton pasti mampu melonjakkan produk mereka menjadi kereta pilihan utama rakyat Malaysia.


    • Well naza sell well with its Ria and citra. So for proton to follow it there should be no prob. The prob with naza is they sell agood product without a good service and parts. Eg: naza ria is a good product. Cume part that hard to came by (expensive). And the thirsty v6. Haiyo. But still rebadge is not bad at all. Look at mazda miata and fiat 126. Reskin with same interior. So what is the prob.


  • Bilakah Proton ni tak betul2 boleh hidup sendiri tanpa tumpang ‘hasil kerja’ orang lain?
    Bab enjin pun Proton belum ‘masak’ sudah 30 tahun jd company kereta.. teruk2.. ‘kahwin’ dgn Jepun sejak mula lahir.. tp sampai skrg xboleh hasilnya enjin senyap n high efficiency mcm enjin kereta Japan… ego apakah atau memang no capability?

    ….typical Proton..


    • zaman wira dulu cekau duit rakyat kaw2.. keta murah..jual mahal..
      zaman tu keja dok saja ja..
      sekarang dh terdesak baru nak pikir buat enjin.. 25 thn yg dulu proton ngan naza dama level ja..


    • mudah je.. sebab jualan Proton bukan 500,000 unit setahun, jualan Proton kini sekitar 100k hingga 150k unit setahun..

      Proton tak da tunai yg cukup.. cthnya untuk RnD transmission, dan keluarkan semua segmen dengan 100% RnD Proton

      Tgk je Perodua, mereka hanya import teknologi dr Daihatsu, dan boleh buat jualan dan untung yg banyak hasil drp pendekatan ni

      Sbb tu Tun tgh usahakan sekrang, JV dgn Suzuki… Suzuki mahir dalam kenderaan segmen kecil, ruang yg Proton lemah


  • Proton tidak memiliki skala ekonomi utk melabur lebih bnyk dlm R&D.. Sukar utk Proton melahirkan enjin yg betul2 efficien, senyap & berdaya tahan..

    Jualan di Malaysia pun dh makin menurun.. Jualan di luar negera pun ada tak der jer..

    Mana la nak ada duit nak buat R&D gempak2..


    • sampai bila nak macam ni…?

      setiap kali launch model baru, bukan main lagi dia punya hype kat media. game changer la, akan melonjakkan nama proton la…, akan meet sale target puluh-puluh ribu la…., help company turn around la…
      tapi sambutan tak juga seperti yang diharapkan…

      come on la proton, takkan nak bagi excuse je bila fail…


  • Langkah yang bijak. Tapi pada hemat saya, Proton lebih baik kekalkan jenama Suzuki untuk model-model teras seperti Swift, Jimny, dan Vitara. Proton boleh rebadge model lain seperti Celerio untuk Saga baru, atau Ertiga untuk ganti Exora.

    Mungkin gunapakai platform Kizashi untuk model gantian Preve/Suprima S kelak.


  • Bagi saya Langkah join venture dengan Suzuki adalah langkah terbaik untuk bersaing dengan Perodua. Proton memerlukan keuntungan untuk membuat R&D untuk keretanya. JIka joint venture ini disertakan dengan facelift design luaran adalah yang terbaik.
    Proton tak perlu disalahkan dalam hal ini. Jika Proton disalahkan, Perodua juga patut disalahkan sebab jika Proton tak mengambil kesempatan ini, Perodua akan mengambil kesempatan keuntungan ini.

    Proton mesti mengekalkan model pembuatannya sendiri (Saga, Iriz, Persona dan Preve) dan cuba untuk fokus jual di Asean dahulu dengan meningkatkan kualiti kereta Proton.


  • Mmm…. mgkin ini saja langkah terbaik buat kedua2 pengeluar (Proton-Suzuki). Masing2 punyai matlamat masing2 dan masalah masing2. Proton perlukan model2 terlaris di pasaran M’sia yg mreka belum ada dari segment A hatchback, SUV n MPV kecil tapi RnD agak costly.

    Dllm pasaran yg agak lesu, Suzuki pula perlu bersaing dgn pengeluar2 bukan tempatan yg sememangnya sengit di pasaran M’sia, Ditambah lagi kerugian yang turut dialaminya iaitu sebanyak USD 558 juta akibat skandal VW diesel. Suzuki terkesan dgn kerugian itu melalui sahamnya di dalam VW serta JV VW sebelumnya yg agak berat sebelah dgnnya. Pilihan yg ada bagi suzuki di M’sia adalah JV dgn proton, mereka tidak perlukan lagi kilang pemasangan suzuki di pekan, Pahang yg sebelum nie di bawah DRB-Hicom. Melalui JV tersebut, Proton menawarkan fasiliti lengkapnya di Tanjung Malim bagi pemasangan model2 suzuki dgn model2 pilihan akan menggunakan jenama proton. Dgn cara ini kos operasi suzuki banyak dpt dikurangkan. Even suzuki tak perlu sgt kilang pemasangannya di M’sia kerana Suzuki sudah mempunyai kilang pemasangan besarnya di Rayong, Thailand dgn kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 unit setahun ditambah lagi kilang baharunya di Indonesia.

    Dgn adanya model2 segment pelengkap dari suzuki ini, adalah diharapkan ia dpt meningkatkan jualan keseluruhan model2 proton pelbagai segmen selepas ini sekali gus memberi keuntungan kepada proton. Suzuki juga akan meraih keuntungannya melalui royalti setiap model yg dilesenkan kpd proton:) Win-win situation:)

    Cuma diharapkan prootn bijak menggunakan kemahiran n kepakaran rekaannya utk memastikan model2 suzuki ini berwajah proton dgn ada penambah-baikan. All the best proton!

    my 2 kupang…

    Cheers!


  • Kalau Proton berhasrat nak jual Swift maybe Proton boleh tumpu je buat Swift Sport versi CKD dlm 80k-90k range mesti lagi laku. Dapat buat lagi murah lagi bagus hehe. Itupun kalau equipment pasang Swift kat pekan tu boleh support yang sport version la. Still boleh fokus jual Iriz dan kacau demand untuk segmen B lain macam honda jazz ford fiesta etc.


  • TERBAIK PROTON,MASALAH PROTON TAK CUKUP SEGMEN DAN MODEL DAH TERLALU LAMA.KALAU GENERASI BARU NAK BELI KERETA BARU TAKKAN NAK BELI PERSONA YANG DAH TERLALU LAMA DESIGNNYA.PROTON IRIZ PULA HATCBACK.TAK SEMUA SUKA HATCBACK.KITA PROTON BUAT COMEBACK TAHUN 2016 DENGAN MODEL BARU GENERASI KEDUA SAGA,PERSONA DAN PERDANA.TAHUN 2017 EXORA,DAN MODEL SUZUKI REBADGE.


  • TERBAIK PROTON,MASALAH PROTON TAK CUKUP SEGMEN DAN MODEL DAH TERLALU LAMA.KALAU GENERASI BARU NAK BELI KERETA BARU TAKKAN NAK BELI PERSONA YANG DAH TERLALU LAMA DESIGNNYA.PROTON IRIZ PULA HATCBACK.TAK SEMUA SUKA HATCBACK.KITA PROTON BUAT COMEBACK TAHUN 2016 DENGAN MODEL BARU GENERASI KEDUA SAGA,PERSONA DAN PERDANA.TAHUN 2017 EXORA,DAN MODEL SUZUKI REBADGE.

Leave a Reply