ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki lancar Fun365 Campaign sempena pengenalan Swift baharu!

Views

Print

Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, baru-baru ini melancarkan Fun365 Campaign, sempena pengenalan model baharu Swift dengan varian GA, GL dan GLX. Kini anda boleh membuat tempahan model tersebut dengan tawaran yang menakjubkan (termasuk GST dan tanpa insurans) di seluruh Malaysia. Kedua-dua varian GL dan GLX dilengkapi dengan beberapa ciri dan kelengkapan baharu yang menarik. Harganya adalah seperti berikut :

swift 1

swift 2

Selain Swift baharu, Suzuki turut menawarkan rebat istimewa untuk lima model lain termasuklah Swift Sport, Jimny, Grand Vitara, S-Cross dan Alto, untuk bulan ini sahaja. Rebat adalah seperti berikut:

swift 3

Pelanggan Maybank atau Public Bank bakal menikmati kesemua rebat yang ditawarkan atau kadar pinjaman dengan faedah serendah 0.78%, mengikut terma dan syarat. “Kami di Suzuki Malaysia, percaya dengan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami adalah salah satu cara untuk menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong kami,” kata Mr. Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile.

“Selain itu dengan termeterainya Memorandum Perjanjian  Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Pelesenan antara SuzukiMotor Corporation, Proton Holdings Bhd dan DRB-Hicom, para pelanggan boleh terus menikmati pengalaman premium Suzuki dari penyelenggaraan kenderaan hingga ke alat ganti tulen yang diberi jaminan.

Kunjungi lokasi jelajah Fun365 Campaign pada 24 – 26 Julai 24 di City Square, Johor Bahru, 30 Julai – 1 Ogos 2015 di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu, 3 – 9 Ogos 2015 di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, dan 12 – 16 Ogos 2015 di Midvalley Megamall. Di sana anda berpeluang untuk memandu uji model baharu Swift GA, GL dan GLX, Swift Sport, Jimny, Grand Vitara, S-Cross atau Alto. Pelanggan yang berjaya mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 31 Julai 2015 di salah satu lokasi jelajah tersebut bakal mendapat telefon pintar iPhone 6 secara PERCUMA!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply