ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru Impreza sedan bakal gegar LA Auto Show

Views

Bagi peminat Impreza, lagenda sukan rali ini bakal menambahkan lagi keterujaan pada anda! Kini tiba giliran Subaru menayangkan model konsep sedan Impreza setelah versi hatchback diperkenalkan di Tokyo bulan lalu. LA Auto Show yang membuka tirainya pada pada 17 November ini menjadi lokasi pengenalan model tersebut. Model konsep Impreza sedan merupakan model sedan lima pintu dengan gaya rekaan yang mantap dengan garis bumbung yang sporty.

Subaru-Concept-Impreza-2

Foto model konsep Subaru Impreza hactchback

Model ini juga bakal menjadi produk pertama yang menggunakan “Platform Global” baharu yang lebih ringan dan platform ini juga akan menyaksikan pelbagai variasi model Subaru akan dibangunkan pada masa depan. Subaru juga dikatakan sedang membangunkan enjin boxer generasi akan datang untuk Impreza, yang menampilkan teknologi pancitan terus dan penyahaktifan silinder untuk kecekapan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida lebih baik. Subaru dikhabarkan bakal berkongsi sedikit maklumat mengenai enjin Impreza baharu di LA Auto Show.

Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply