ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Spyshots terbaru Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) dengan spoiler belakang!

Views

spy 1

Kali ini rakan Facebook Funtasticko.net, Reza Has telah berjaya merakam beberapa foto Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) di lebuhraya Karak. Menurut Reza, GSC @ P2-30A telah diekorinya sebelum memasuki terowong dengan kelajuan yang agak tinggi dan foto ini berjaya dirakam ketika pemandunya memperlahankan kenderaan. Jika diperhatikan pada foto ini, GSC @ P2-30A turut dipasang spoiler belakang dan nampak lebih sporty walaupun tampalan mod penyamaran masih lagi tebal.

* kalau ada spyshots baru kongsikanlah ye.. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

90 Comments


  • Ayah saye keje proton..dia bgi tahu kereta ni memang cantik..saye tngok gambar yg x de tampal, memang cantik pun tp ayah x bg simpan gambar tu, die kate x boleh…x tahu sbb apa x boleh…klu x boleh share fb..


    • Dik Danial kena paham

      Knapa Proton buat testing dgn pelekat2 ni? sbb xnk tunjuk rupa sebenar sblm pelancarankan? sbb tu la ayah hg xkasi simpan. Ayah hg tu professional. bgus 😀

      Tp GSC ni mmg cun.


    • memg ada ura2 ckap keta ni cantik n berbaloi beli…yela pic tu dh kira PNC lor..klu trsebar blh kne saman rsa nya…pe2 hal tggu jela launch nye


  • dah pernah berdiri sebelah model ni, bertampal. saiz saya rasa lebih kurang in between picanto baru dengan jazz / prius C. Rasanya myvi lagi gemuk sikit la..


    • itu ler kat thailand je ada yg versi LPG.. even exora LPG .. cek kat youtube. wlau exora tu pkai LPG power tk turun sgt pun.. Kat mesia buat la versi NGV mesti meletop coz rmai yang mencari kereta besar yang jimat bahanapi. kalau nak power, switch ke petrol anytime..


    • Proton sembang kuat jugak. Dulu sekitar tahun 2007/08 Proton pernah kata nak buat Saga yang NGV dalam masa “terdekat”. Kesudahannya habuk pun tarak.


  • Design luar keta Proton skrg ni makin menarik dah aku tgk..teruskan.
    Design dalaman ni yg aku personally rasa kurg mnarik..
    GSC ni x tau lah mcmana.
    Mungkin da smpai masanya Proton concentrate lebih2 lg kt interior plak..
    Antar la ank2 buah pg interior design convention/ seminar/ workshop ke apa ke..


  • Dash board memang lain la kalau tengok memang betul2 design baru. dengan panel tengah utk double din yang agak tinggi. memang mudah nak tengok screen utk gps. tak macam preve kena pandang bawah sedikit. aircond vent nye lebih besar terletak pada kiri dan kanan center screen. ada chrome lining sikit, steering design baru menarik lagi dari preve, ada dua spoke macam model VW kaler piano black kat bawah dia, center hon cover lebih kecil sedikit . tak besar gabak macam preve. yang paling menarik aku tengok ialah aircond controller dia..nampak lebih exclusif dari preve. ada chrome lebih jelas sikit profil nya.. tuhh boleh reveal sikit2 dulu…. and bagi tu berbaloi la kalau tunggu untuk dapat kan model nih. kalau kena pada harganya


    • semestinya… satria neo designnya mang sedap kalau di ahbeng kan….. walaupon dah 8+ tahun designnya masih memikat kalbu…. kalaula enjinnya berkuasa spt Golf GTi…yum2


  • “Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
    sekarang ni untuk masa akan datang.”

    Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
    kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama
    diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

    Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

    “Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

    Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
    banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
    belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

    Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
    sikit.

    Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

    Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
    Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

    Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
    orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
    Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
    Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.

    So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
    kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

    Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

    Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
    dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf
    dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

    Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

    Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
    accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
    hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
    bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

    Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.


  • “Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
    bagi membolehkan impian ini tercapai.”

    Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

    Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas
    Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas
    Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

    Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
    Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
    proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
    kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

    Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
    “Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
    nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

    Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
    Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.


  • Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu
    mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…

    1. memang mereka patriotik.
    2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
    akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
    tentu banyak duit.

    Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.

    Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
    kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
    industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.


  • artikel dibawah di petik dari laman web komuniti syok.org
    Dilema Proton

    Dipetik dari luahan engineer Proton…

    Assalamualaikum,

    Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

    “Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

    Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan
    2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
    Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia .

    “Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
    keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
    menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
    diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
    yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

    Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
    dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

    “Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
    sekarang ni untuk masa akan datang.”

    Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
    kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama
    diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

    Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

    “Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

    Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
    banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
    belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

    Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
    sikit.

    Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

    Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
    Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

    Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
    orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
    Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
    Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.

    So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
    kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

    Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

    Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
    dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf
    dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

    Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

    Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
    accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
    hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
    bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

    Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
    motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

    “Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

    Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
    dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami
    masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

    “Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
    bagi membolehkan impian ini tercapai.”

    Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

    Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas
    Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas
    Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

    Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
    Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
    proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
    kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

    Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
    “Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
    nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

    Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
    Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.

    Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

    Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
    tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

    Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
    bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
    dengannya.

    Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu
    mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…

    1. memang mereka patriotik.
    2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
    akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
    tentu banyak duit.

    Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.

    Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
    kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
    industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

    Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

    Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat

    Gila2FX 01-06-2008 10:50 PM

    ——————————————————————————–

    dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

    Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

    Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
    lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

    Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

    Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

    Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

    Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton….nasihat saya.… check performance dulu… Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau…nihh baru2 ni Suprima S…pergi test dahulu…orang yang pernah pandu sahaja yg dapat menilainya dan ikhlas dalam percakapan….


    • Naza pun dah tak rebadge kereta lagi selepas citra,ria, sutera, bistari dan suria.
      sekarang mereka dah menumpukan kepada pengedaran/francais rasmi untuk kereta luar.
      Mereka dah tak guna lesen kereta nasional. cuma aku tak pasti betul ke kereta kia yg dibawa masuk dinilai begitu rendah. yg tu pun kena siasat juga. jangan dengar cakap org.

      Perodua – walaupun perodua rebadge, tapi ia memberi pilihan kedua dan peluang kepada penduduk Malaysia untuk memiliki kereta pada harga mampu milik. Bayangkan ketika itu harga kereta proton masih tinggi, dan tak semua org mampu. akhirnya perodua kancil menjadi pilihan.


      • Mmm… betul ker naza dh tk guna lesen kereta nasional tu? Bisness depa nie mmg berorientaikan franchais n pengedaran model2 luar. Tapi kalau totally franchais, kenapa sumer logo model yg difranchaiskn menggunakan logo Naza? X pernah lagi tengok logo KFC n McD kat luar n dlm negara ada versi lain2:P Yg pelik depan logo Naza, kat stereng logo company luar. Kalau benar Naza adalah pengedar rasmi kepada kereta luar, contohnya KIA, nape ada 2 model yg sama dlm pasaran M’sia? (cth; KIA forte n Naza Forte). So, kesimpulannya, company luar pusing2, sekadar nk masuk pasaran kita jer… tu blum lagi perodua. Huhu.

        Cheers!


        • bang..forte bukan kereta rebadge naza. zaman ria je yg. declare kereta nasional. kalau nk dikira, hyundai pun ada 2 versi. 1 versi inokom, 1 lg mmg cap hyundai. saya tau sbb saya kerja naza dulu.

          kesimpulannya, salahkan polisi kerajaan. kereta luar sukar dpt masuk kalau polisi ketat.

          dan jgn iri hati kalau perodua dpt status kereta nasional. sama2 cari makan maa. ank melayu keje kt perodua juga. tak pyhlah nk ejek/ ungkit perodua tak patut jadi kereta nasional.


          • Mmm… Sy x cakap forte tu rebadge Naza, cuma tukar logo jer la kn?:P. Sekadar lontaran persoalan; kalau dh declare franchais kenapa ada 2 logo dlm satu model dlm pasaran yg sama, dgn harga yg dah tentu x sama? Setahu sy proton, perodua, naza, inokom declare sebagai kereta nasional.

            Salah ker protect industri sendiri? Negara lain pun ada polisi ketat utk tujuan itu dgn berbagai cara.

            X iri hati dgn status perodua sebagai kereta nasional, Bagus gak bila anak2 watan contribute kejayaannya cuma agak irihati sikit bila company jepun tu bijak jual produk mereka, guna fasilitis company berstatus kereta nasional:P

            Cheers!


          • kenapa kau persoalkan logo naza forte? dah sah2 kia tu pengedar rasminya naza. asalnya forte tu CBU..mmg tak tukar logo. tapi bila dah CKD, naza dapat pujuk kia tukar logo naza. hakikatnya org tetap panggil tu kia forte dan tau tu kia. lagi pun kia forte tu bukan kereta nasional. so takde isu.

            Kalau kau sibuk sangat pasal logo, cuba kau tanya org ramai kereta perdana yg proton bg kat menteri sekarang? berapa ramai kenal tu proton perdana berbanding Honda accord? kau tgk naza tampal logo kat kia pun kau dah bising cakap tak adil untuk proton?.

            Kau cakap kau iri hati dgn perodua? dah dorang pandai market kereta dia. proton? balik2 cakap nak tingkatkan eksport. hasilnya takde meningkat juga jualannya. kalau proton sendiri yg lembab dalam bab marketing, jangan salahkan pengeluar kereta lain. dunia global skrg sape lambat, dia tercicir.

            Sorrylah. aku takdelah nak fanatik kat mana2 jenama termasuk proton, perodua atau lain2. Kalau setakat nak ajak orang bermimpi sama2 mcm kita tak boleh beb. Orang beli kereta ikut keperluan dan kemampuan. Kalau org nak pakai mpv tapi tak mampu nak pakai exora, takkan nak paksa juga kan..last2 org beli alza.

            Aku bukan nak hentam sape2. tapi jangan jadi peminat fanatik proton sampai pikir org lain tak adil kat proton. kalau ada fikiran mcm tu, bagi proton 30 tahun lagi pun belum tentu maju lagi.

            aku pun tak cakap kerajaan salah protect proton. kau baca betul2 kenyataan aku. aku cakap polisi kerajaan yg salah sebab mudah bagi kereta luar masuk, bagi AP…bagi kereta china masuk, walhal jenama proton kat china pun takleh wujud.

            Fakta sekarang ni, isu status kereta nasional dah tak leh pakai untuk market kereta masing2. kalau kau cakap naza, inokom pun kereta nasional, brp kerat sangat yang nak beli kereta2 yg ditukar logo dorang tu? org msia masih ragu2 nak pakai kereta korea beb. org beli Toyota, Honda. Ada duit lebih, angkat kereta konti. harap kau dapatlah faham maksud aku ni.

            Tak perlu kecoh dgn status kereta nasional. kalau rasa penting sangat, suruh kerajaan mansuhkan cukai proton kaw2. biar org mampu beli preve suprima pada harga RM40k-rm50k.interest bank untuk proton bagi rendah mcm kereta import… tu baru bagus!


          • Mmm… xde la nk bagi hangat isu nie. Rileks, teremosi plak ek? Cuma bila benda x clear sy tanya n soal. Persoalan di lontar n bukan mempersoalkan aka blame:P So bro bani dah explain, fine la. Maknanya, forte dlm pasaran m’sia adalah CBU, Naza Forte berlogo Naza utk model CKD. Naza adalah pengedar rasmi KIA n company franchais utk company dri model2 lain. Ok fine. So x patut NAZA declare ia sebuah company kereta nasional kn? Sekadar pengedar n company franchais, betul? Sy x cakap pun forte berlogo NAZA tu kereta nasional ye n sy x cakap pun iri hati dgn perodua atas statusnya kereta nasional. Baca baik2 ye. Sgt besar terma ‘company kereta nasional’ tu bila kerajaan memberi keistimewaan n fasilitis utk company berkembang dlm industri tapi sayang bila mudah dieksploitasi oleh company luar. Mgkin ada benarnya polisi gov yg lemah menjadi faktor.

            Dlm industri, hanya negara pengeluar kereta seperti m’sia jer yg ada ‘kereta nasional’ nie. Istilah nie x memberi kesan n nilai tambah pun kat pasaran global tapi significant sekali bagi sebuah negara membangun mempunyai icon seperti itu dlm industri. Nk memacu industri x bleh nk harapkan company nasional jer berkembang. Menarik pelaburan, pemasangan kereta luar di dlm negara juga perlu di tingkatkan bagi menyaingi negara jiran.

            Pasal perdana baru rebadge accord. Mmg pun rebadge sumer org tahu. Hasil hubungan baik JV DRB-Hicom n honda malaysia. Lagi pun model proton rebadge accord utk kereta kegunaan pegawai kerajaan n bukan utk mass production. Bukan isu rebadge la yg sy highlight kn kat sini. Baca betu2. Oh ya, tunggu jer perdana terbaru yg diwar2kn sebelum nie utk mass production yg serba baru tu…katanya la yg guna platform accord tu. X tau bila plak kuar nya:)

            Salam Jumaat n Cheers!


      • walaupun tak banyak, tapi sedikit sebanyak pump power stereng akan sedut power dari engine jugak. kalau dah tak takde kurang la skit beban engine boleh gunakan power untuk accelerate keta.


        • Bro kena faham. Untuk geng-geng fanatik Proton, satu-satu teknologi itu hanya akan dianggap sebagai elok bila Proton yang pakai. Kalau orang lain pakai, itu masih tak elok lah, tak matang lah, tak reliable lah. Tapi bila Proton pakai, automatic jadi elok.

          Ko tengok jela nanti, bila Proton pakai EPS, esok-esok muka yang sama ni jugak la yang melolong kesana kemari kata teknologi tu bagi dan merupakan satu pencapaikan yang positif. Tapi of course la diorang takkan guna ayat sebiji cam aku cakap ni, sebab nak elak kantoi. Hehehehehe.


  • bagus komen daripada nik zainol..kita perlu sokong buatan kita sendiri..sebab orang lain sokong barang masing2..tibe2 orang malaysia tak memberi sokongan…


    • sbb byk penduduk Semenanjung Malaysia ni bukan berasal sini tp makhluk2 yg xmau diterima negara sendiri… yg satu lagi makhluk yg paling rendah kastanya di negara asal… mcm mana mau patriotik? semua projek IC 1948…… lalala


  • kalau baca sejarah jepun, kereta mereka dulu tak bagus pun,tin milo jer…tapi mereka beli juga bukan sebab kualiti tetapi sokongan pada barangan mereka. Malaysia terpaksa buat dasar untuk jaga industri automotif negara sbb rakyat kita tak seperti rakyat jepun..


  • buang cukai proton,bio murah bbnding jenama lain :-), nanti kena saman semula sebab langgar afta.

    apa yg saudara fauzan ckp,sama mcm peda ckp,walupun pada saudara bani,apalah sgt sampai nak persoal status kete nasional,bkn penting.

    tkezut org keje naza ckp xpenting. tp itu pandangan n pendapat dia. jd den trime

    apabila dpt status kete nasional,byk benefit yg pengeluar kete tu dpt,antaranya geran rnd,sokongan dr segi infrastruktur n sbgainya. nanti ada ckp ape plak slhnye.

    xda slh dr segi teknikal,tp dr segi keadilan,xberapa nak adil. prtn,kena bina bangunan n fasiliti rnd,kena employ pekerja2 rnd, kena tanggung kos rnd, barulah dpt geran rnd.

    tp perodua? ada rnd,tp bhagian design,tp bhagian mengubah suai ape yg ada. bukan mendesign dr menda yg xda. tp dpt geran rnd yg sama. tp rndnye bleh katakn xujud.

    pastu, kemana duit itu disalur. prtn,krn pemegangnya co malaysia,maka duit itu akan brada dlm mlaysia. tp perodua? saudara bani pun tahu sapa pemegang beso saham perodua n mpunyai kuasa menetapkan keputusan syarikat.

    yg ketiga, beza naza forte n acordana. acordana hanya utk gov ajek. inspira lancer? prtn blanja hampir 300 juta utk rnd tukar lancer jd inspira,sbb tu ada spyshot bkn main byk lg,inspira tgh testing. ada jumpe naza forte,naza suria,naza ria,perodua,inokom punye kete spyshot bebanyak tgh testing kat malaysia?

    brp byk naza forte buat rnd tukar logo bnding ngan inspira? brp kos naza tanggung rnd? naza ada ke rnd buat kete?

    bkn soal boleh atau xbleh,tp xadil lah. ianya sama dgn keistimewaan rakyat asing yg duduk kat sini,dpt taraf pr,tp layak dpt bntuan mcm rakyat malaysia. brim pun layak, klu idup susah,jbtn kebajikan bg 300 sbuln bntuan,walupun rakyat pr.
    tp klu dah duk lama,kawin ngan org malaysia,anak lahir kat sini,maka anak tu lyk dpt bntuan,itu adil,tp mak atau ayah dia yg non malaysian,xadil.

    paham ke dok metafora den ni?


    • sokong bro Mat 100%
      susah ckp dgn org fanatik..tp tk ngaku fanatik..
      punye xreti faham apa projek Accord pd Perdana.. itu bukan projek tukar logo..
      dh jelas di jelaskan berkali2..
      mentaliti bangkangan.. point of view yg celaru..
      sabar je la fauzan.. kitorang semua fhm..


      • erk..sebenarnya sape yg fanatik skrg? sape yg asyik ckp ketidakadilan kpd proton? en mat pun masih tulis soal ketidakadilan lagi tu. so nak macamana lagi? dah minta kurangkan cukai proton, tp ckp aku fanatik?

        aku tahu lah projek perdana accord tu.kau ingat aku bodoh ke? aku cuma nk jawab konteks yg bro fauzan asyik ungkit logo naza/kia forte. dia rasa pelik bebenor, sedangkan depan mata dah ada contoh. lg sekali aku ckp, naza forte tu CKD..bukan rebadge. kalau dah CKD, buat apa nak uji berkoyok mcm kereta rebadge. tu pun dpt tukar logo naza dari asas perjanjian masa naza dpt lesen pasang kia carnival jadi kereta nasional. masa tu tun m marah rafidah sebab pandai2 bg status tu pd naza. tu pun kalau korang igtlah. tp tu politik punya hal lah. ada naza forte tu murah mcm proton? takdekan.semua org tau org msia masih skeptikal dgn kereta korea. harga rendah spec canggih pun xleh kalahkan honda/toyota.

        cakap pasal RnD, kerajaan yg suntik duit secara langsung kat proton kan masa dorng pegang proton? Perodua skrg dapat geran? naza? kerajaan tak bagi pun duit modal secara langung. pandai2lah pemegang saham yg tanggung liabiliti cari modal. untung, kerajaan dapat hasil cukai.

        Proton dh dpt byk bantuan kerajaan. kenapa en mat masih juga cakap ketidakadilan berlaku pd proton? salah sape skrg? salah kerajaan? salah proton? atau salah rakyat yg tak beli kereta proton? en mat mungkin ada jawapannya.

        sebenarnya apa lagi yg korg nak kerajaan buat utk lindung proton? kerajaan tak boleh buat apa2 lagi sebab industri automotif, perjanjian, perdagangan, pasaran dah berkembang pesat.korang nk ckp org yg beli almera, vios, perodua tak patriotik?ptut semua beli proton? mcm tu? come on lah. korang sendiri takde penyelesaiannya kan? korang nak paksa proton eksport kereta dia banyak pergi seluruh pelusuk dunia?

        korang mampu pakai proton sbb gaji besar. mungkin pd korang apalah sangat dgn harga saga tu..setakat 30k-40k je. tapi ada yg hanya mampu pakai kancil, viva. proton ada keluarkan kereta basic mcm harga viva? takde. ape lah sgt yg korang dengki dgn perodua atas alasan ketidakadilanlah, tutup peluang proton lah. pikirlah nasib org yg tak mampu pakai proton baru. korang tak tertanya2 knp wira berbelas tahun masih bersepah kat jalan? sebab masih ada yg tak mampu, tak nk hutang beli kereta proton baru hatta saga sv sekalipun.

        aku taknak ulas panjang lg. sebab nanti ada org ckp aku fanatiklah, celarulah..tu baru atas jenama proton. padahal proton bersepah je kat jalanraya msia ni. kalau jalan, korg leh nmpk 10 proton:1 bukan jenama proton. baru aku sentuh sikit pasal proton, korang dah ckp mcm2. walhal aku takde kutuk kualiti proton teruklah, banyak masalahlah. aku cuma sentuh isu status kereta nasional je.


        • Pada aku (ni aku cakap secara am kepada semua, termasuk diri aku), perbincangan akan lebih menarik bila unsur-unsur fanatik (tak kira kepada brand mana pun) dapat disingkirkan. Kita buanglah unsur fanatik dari diri kita. Baru la kita dapat berfikir dan bercakap secara lebih objective.


          • ko nak tahu fanatik ke tak ko bace balik 3 x ape yg ko tulis.. then compare cara ko membebel tu..

            hal wira? sape ckp org pakai WIRA sbb xde duit/miskin? sbb WIRA tu KUALITI dan sedap pakai. enjin jimat..body ok..
            aku pakai SAGA Magma12V sampai skrg.. sbb aku sayang menda tu bkn sbb xde duit.. syg sbb dia xbuat hal, khidmat kt aku sekian lama..
            nk beli Camry pun boleh la mampu jer.
            xde sape sakit hati dgn company lain..tp kita bincang berdsarkan fakta.

            ko patut pegi bloq yg suke kutuk Proton xtentu hala tu ckp cm kt atas..

            better terangkan lah ko nk deliver ape sbrnye? nk seret hal politik ke? ko ckp mcm org atas pentas ceramah parti plak..
            ckp terang2 je la bro.. xpyh nk selindung2.. senang kami paham ape sbrnye.


          • Bro Tanah gambut,

            Aku taknaklah cakap org pakai wira sebab kualiti dia bagus dan sedap diakai. nanti org ingat aku bash proton pulak seolah2 kereta proton selepas generasi wira dan campro tidak berkualiti. Tapi memang betul. ada org mmg tak mampu beli kereta proton baru dan masih kekal dgn wira mereka.

            Aku takdelah nak kutuk kereta proton, perodua malah naza sendiri sebab pada aku semua ada kelebihan kekurangan. Belilah ikut kemampuan dan keperluan. Tak semua orang mempunyai citarasa yg sama. dan pengeluar kereta pun tak mampu nak penuhi citarasa semua orang.


  • pn pndpat saya, p1 n p2 layak dpt benefit masing2 cume konsep mereka je yg berbeza. p2 bnyk gunekan rnd grant utk localize part shj. hakikatnya local content p2 lbih tinggi dr p1. cume x dinafikan kosnya lebih rendah dr p1 yg start from scratch. dua2 layak digelar kereta nasional cume mungkin dr sudut yg berbeza. p1 local eng dan p2 local manufacturing. sbb tu ad rasionalnya pnggabungan p1 n p2 supaya sinergi lebih kuat. namun matlamat yang berbeza mngkin mnjadiaknnya kurg ideal. penubuhan p1 mmg x prnah merugikan rakyat, projek ni mmbuka mata kita utk celik dlm bidang automotif. syngnya penubuhannya xde snychronisation yg mnyeluruh. bpe bnyk ipta/ipts yg offer bidang automotif. pendidikan teknikal kita x selari dgn matlmat industri kita. sbb tu dasar NAP baru2 ni emphasise kt pndidikan teknikal juga. tp jgn lupe pengurusan juga memainkan peranan penting dlm mnntukan halatuju industri ni. ambik contoh UK, diorg mmg hbat dlm bidang automotif, tp jenama ap je yg tinggal skrg. kbnykan dh jd milik luar. industri auto ini satu industri yg besar dan bergerak perlahan, gajet elektronik launch model baru stiap 3 bulan, kete hnye FMC dlm 5 thun dan MMC slpas 2-3 tahun dilancarkan. dlm mse sama kite kene nilai, knape mereka yg otai2 dlm proton kluar slpas berkhidmat lama. atas dasar ap? gaji? kekangan dlm ‘berkarya’? bagi saya ini harus diperhalusi supaya workforce kite x kluar dr negara. ini satu pembaziran sumber. knapa p1 harus pergi ke german sndiri utk tarik student2 msia yg study kt sne supaya berkhidmat dgn p1? x patriotik ke mereka? prnah trbace luahn eng p1 zaman DSZ, diorg ckp letih kerja under DSZ tp puas sbb terase idea diorg dihargai. bidang automotif ni sgt luas, bnyk aspek yg perlu bergerak seiring. bnde nmpk dihighlightkan dlm NAP 2014. hrap2 mnjadilah walaupun mngkin kite trlepas pndang smasa awal penubuhan p1 dulu. skdr pndpt 🙂


  • Aku salute pendapat masing2..
    Ini pendapat aku.
    Sekian lama aku tgk org dok komen/ kutuk/ tunjuk ajar Proton maupon Perodua.
    Pada aku, aku xde hak nak kutuk atau nk tunjuk ajar depa2. Sapa la aku? – hanya seorang peminat tegar automotive negara. Aku jgk xde hak nak kutuk/ tunjuk ajar company2 lain , cth. Maybank ke, KPJ ke or sapa2..
    Proton ada haluan dia. Perodua ada haluan dia.
    Yg aku komen hanya product diorang..
    Peace yo!


  • mcm den ckp awal2,den respek pndpt sume mahupun saudara bani.

    tp itu pndpt den,n den terangkn apa yg saudara fauzan ckp psl ketidakadilan dlm post sblm ini.

    yg slh disini adalah policy maker aka big G. dlm nap terbaru,itu pasal peda bising.

    kalu policy sblm ni,geran diberi mengikut level of rnd activity,jd kira oklah,walupun ada yg diberi yg xbrp nk ujud rnd. tp policy kali ni lebih kpd local contents n ckd,secara xlangsung,dh lari ckit apa tujuan asal penubuhan kete nasional,kerana perodua juga diberi status yg sama,dgn polisi br,ia menggalakkan rebadge dr bina kete dr ground up dimana kita lebih byk blajo n blakunya pemindahan teknologi.

    mmg btl,viva murah,tp klu bndingkn value viva n saga, saga lg murah. peroduapun byk order besi dr anak syarikat prtn krn local contents,begitu gak proton, jd prtn tahu brp byk prtukaran jenis besi digunakan oleh perodua dlm kete depa utk cut cost,tp rega jualan xdalah murah sgt sbenarnya. nanti tgklah gsc,bnding rega n equipment dgn myvi.

    walupun sbnrnya dh bleh bnding overprice myvi klu bnding ngan saga,tp org xnampak. yg ni direct competitor,gsc vs myvi.

    mmg bg peluang utk miliki kete yg lg murah,tp sbnrnye,bleh lg murah. mmg ramai org malaysia kije kat p2 atau naza atau inokom,tp yg mkn byk bkn diaorg,kroni n apa diatas.

    den bkn suh ttp p2 n seangkatan dgnnya,den nk dia offer kete yg setimpal dgn rega.

    ada beza kete xda bintang crashtest ngan kete 3 bintang. sib baik result xda bintang xdikluarkn.


    • hahaha bro, saya rase elok big G keluar kan term baru.. selain Kereta Nasional( r&d/build from scratch)-proton?, iaitu Kereta Separa Nasional(rebadge/bumpermakeover)-p2/nazakia/inokom..


    • Sorrylah en mat. aku pun bukan nak bangkang tanpa sebab. aku cuma tak suka bila ada yg cakap aku cakap kerajaan salah sebab protect proton sedangkan terang2 lagi aku cakap polisi kerajaan telah menyebabkan kereta proton tidak dapat bersaing lagi.

      En mat pun dah ulas pasal NAP. mmg aku terkedu sebab banyak benda yg proton masih lemah. dulu takde lesen boleh pasang kereta bawah 1800cc. skrg terang2 nak bagi bukak plant untuk EEV. bila EEV ni, proton sendiri masih tercari2 jalan nak penuhi keperluan tu. Kerajaan dah sedar, dorg tak leh selamanya lindung proton macam tu je. Kalau tak bagi syarikat luar bukak kilang, spare part dan lain2, negara2 asean yg pulak yg akan ambil peluang tu.


  • P1 buat kete harga cost double dari P2. Tgk lah bpe harga kete P2 compare dgn P1. P1 buat kete dari zero. Slalu P1 buat kete RM400 juta tp P2 cuma RM200 juta je and kebykan cost P2 utk setup line je.


    • Itu kita faham bro, P2 tak membuat kereta dalam erti kata sebenar. Sebab daihatsu yang buat the heavy lifting. P2 cuma buat sikit-sikit jer yang nak bagi ubah sikit-sikit penampilan jer. Sebab tu murah kos dia.

      Yang banyak aku tengok orang kat PT dan juga sesetengah kat sini ialah kenapa harga (tanpa cukai) untuk Proton dan pesaing yang buat kereta sendiri (bukan P2) tak jauh beza? Sedangkan kualitinya/teknologinya, masyaallah jauh beza.


        • tu la harap ade la..asyik nk recycle 3 knob bulat tu je, buat la design button dgn screen yg boleh fit utk future model sekali..cth ford focus dan ford kuga sama je climate ctrl design dia.. x lupa juga ford focus tdci lama dan ford mondeo..


          • bro, dh lama dlu penah posting pasal climate control. Climat econtrol ni penting bg negara iklim panas terik siang.. mlm sejuk.. sbb dpt optimize compressor motor running, xbazir, dn yg palin utama sistem dpt kawal pengudaraan pd suhu yg sepatutnya.

            Sistem konvensional 3 knob proton skrg mmg dh bosan dan outdated.. klu pengguna yg xphm bahasa aircond, di pulasnya cooling knob pd almost max (akibatnya compressor stress running, hence fuel telan banyak lah) pastu dekat knob FAN..’kedekut’ bkn main..letak no-1..

            ini setting yg amat jauh dr sistem seimbang..dan bazirkan banyak tenaga..kecekapan penyejukan rendah..akhirnya comressor ‘lemah’..

            so itu pasal lah climate control system dtg menyelamat org2 yg xteknikal.. differentiation outside ambiet air dgn cabin room air, microprocessor akan setkan value then arahkan compressor & fan working cara yg terbaik supaya dgn condition tu.. suhu yg diset akan tercapai dgn cepat dan ekonomik.. serius penting…


          • hahaha..bengong bagi ingat balik cite pasal climate control..berguling2 aku gelak bace mamat tu pertahankan climate control die…


          • hehe..tp penting bro.. especially comfort & fuel economic utk travel jauh2.. time panas terik


  • yg den tgk,xda auto climate, masih manual, cume dsain 3 bulatan sama jek cam preve,cume nmpak lebih ekslusif bbnding sblm ni.

    auto climate bgs,cume aritu den xstuju yg korbankan bcm dr auto climate. klu ada dua2 bgs,tp klu satu jek leh ujud,eloklah abcm,lebih 20 fungsi tmasuk safety. auto climate,hanye utk ac jek.

    button bwh hu ada front parking sensor,auto unlock central lock,hazard, esc,n alarm.

    bwh button2 tuh ada pass airbag off indicator. kang jd cam kes preve,org duk tekan. tp kali ni nampak dah berubah.

    meter panel mmg cntik,bg denlah,jauh lg cntik dr preve.

    nah gambo gsc.jpg

    acah jek :-). dlm mimpi denlah,tp sport rim ni sjibik mcm mimpi den,cume xda camo jelah, ahaks.


  • huhu….dah nampak banyak interiornyer…cuma material testing nyer quality…tak leh komen lagi…aper aper pon…nampak better than myvi…

Leave a Reply