ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) sedang jalani ujian cuaca sejuk!

Views

proton-gsc-winter-test-1

Laman web paultan.org baru sahaja memuat naik beberapa foto spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) sedang menjalani ujian cuaca sejuk di Eropah. Foto tersebut berjaya dirakam oleh jurufoto perisik Eropah mereka semasa model ini sedang diangkut atas treler yang berkemungkinan besar baru sahaja selesai menjalani ujian. Rim model ujian ini juga menggunakan rim Gen.2 dan kelihatan beberapa buah model lain juga berada di atas treler tersebut termasuk BMW 3-Series F30 Modern Line dan BMW i3.

* Semakin jelas bentuk luaran lampu utama model GSC @ P2-30A, sayap Proton pada jeriji hadapannya juga seolah-olah bersambung dengan lampu utama, macam Proton EMAS. Kita tunggu spyshots berikutnya selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

45 Comments

Leave a Reply