ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Spyhots terkini Proton GSC @ P2-30A!

Views

gsc spy 2

Setelah lama menyepi tanpa sebarang info dan spyshots terkini, akhirnya Proton GSC @ P2-30A muncul kembali! Spyshots terbaru ini telah dihantar oleh sahabat saya Darmizi melalui Facebook sebentar tadi. Menurutnya spyshots ini telah sempat dirakam oleh sahabatnya Mohd Rizan di lebuhraya NKVE dari Kota Damansara menghala Shah Alam. Difahamkan dua unit uji pandu Proton GSC @ P2-30A baru sahaja selesai menjalani ujian di Genting Highlands. Saksikan video spyshots tersebut di www.facebook.com

* Nampak gayanya kita terpaksa menunggu sehingga bulan Oktober sebelum model ini dilancarkan secara rasmi. Ada spekulasi mengatakan model ini bakal diberi nama Proton IRIZ, sama ada betul ke tidak saya pun tak pasti. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

69 Comments


  • The contest said, the name should be in Malay and less than 6 letters. So, Iriz was probably based on the Malay word “Iris”, which means “slice” in Malay. I’m not sure about you, but, there’s a lot of Malay words out there with unique pronunciations and deeper meaning that will suite with this car globally. Well, apa boleh buat? If that’s the best, that’s the best. I can safely say, I already know what the car might look like. Either way, masih tak sabar!


    • Setuju. Lebih banyak perkataan melayu/nusantara yang kurang ditonjol/diguna pakai dalam kehidupan seharian. Mungkin nampak janggal bila guna, tapi untuk nama produk rasanya ok kot. Lebih elok guna perkataan melayu pinjam dari sanskrit/arab dari perkataan melayu pinjam perkataan inggris. Tapi kalau dah itunamanya.. ok je. Iris/Iriz pon sedap juga.


  • Mmm… kalau Iriz namanya mmg ok. Kereta pun model kompak sesuai dgn nama yg ringkas n kompak; setanding dgn nama jazz/fit, note 🙂
    Mgkin la tamsilan kepada Iris. Iris adalah bahagian bukaan mata. Mgkin model nie nk tonjol lampu depan baru yg sememangnya akan tertonjol dgn imej baru proton. Hehee.

    Cheers!


  • too far from release.

    once its released,
    there are lists to go for initial check.

    1. seats lumbar support.
    2. steering distant when feet and seat at ideal position.

    if one and two passed the test, that’s mean proton has changed to make batter car.

    if 1 and 2 are still what we have in proton cars today. A BIG GOOD BYE, seriously means proton don’t know how to make cars.

    (after years of complaining, we hope some changes, well see how proton really care about people since proton is people’s car) JUST FOR 2 SIMPLE ASPECT which relates to human body and comfort,,, that’s all we are expecting,


  • if we ever seat for a long hour in a honda or mitsubishi we know how the cars are taking care of our back without aching, if we seat long in ford we know how the seat hug us during corners.
    with that we know what it means by a good seat design that ensure you a joy even 6 hour of drive. not in proton car, that’s mean something incorrect in its seat design.

    sorry to say about protons’ seat and ergonomic, no match to those i mention for the purpose of long hour drive.

    as easy as seat design we say. if this small aspect of thing cannot be done properly by proton,
    means that,,,,,,, you know what i mean.

    to compare about produa seats, viva has a bad seat , myvi is not bad in lumbar support, avanza no no, alza not bad in ergonomic.

    if you are satisfy with proton seats design well good for u, but for me they are mostly not quite ok except the seats in the latest satria neo r3 which is ok.


  • Orang tegur secara membina tu terimalah…kalau nak jadi fanatic@fanboy proton pun biarlah berakal sikit. tak perlu sindir2 orang pandangan orang sampai Nampak kebodohan diri sendiri.


      • Tapi takkanlah nak compete dgn perodua sanggup delay lama2. seolah2 perodua tu terlalu mempengaruhi kereta GSC proton.

        Rasanya kalau nak letak harga kereta GSC tu, tak payah nak tunggu harga perodua tu sedangkan ia bukanlah faktor utama yg menentukan harga sebuah kereta.

        entahlah proton..tahun ni mmg dorang slow in motion..aka mood jimat tenaga..hehe


        • Skrip macam Savvy/Myvi. Ikut skrip yang fail. Myvi = model paling laris, Savvy = hahahaha. Orang kata jangan belajar dari kesilapan. Kalau belajar dari kesilapan bila nak betul…


          • Mmm… sy maksudkan skrip ia dilancarkan. Yg mana satu akan lebih laris biar consumer tentukan nanti. Awat sakit ati sgt nie jang?:P

            Dari kecil dah diajar blajar dari kesilapan supaya kesilapan yg sama x berulang. X tau la plak falsafah ko nie bleh diimplimentasikan atau tak. ekeke:P

            Cheers!


        • Mmm… kalau ikut perancangan, kan dulu dh war2kan bahawa model GSC nie patutnya kuar dlm bulan April? Pastu ditunda Jun n the latest Okt. Kelewatan mgkin berpunca drp kelemahan pengurusan n kelemahan perancangan. Tu yg Dato’ Khamil mengamuk tu n peletakkan jawatan Dato Lukman. Apa2 pun kena lihat ke depan n positif. X rasa proton just nk kaji harga perodua tu. Even model baru perodua tu nanti adalah model di antara viva n myvi sedangkan GSC nie adalah pesaing baru myvi. Segmen, varian n spec mgkin akan berbeza dgn perodua baru tu. Tapi x dinafikan masyarakat tetap akan compare 2 baby baru tu:)

          Cheers!


  • Perodua kan kereta Jepun celop..Kalau nak pakai nama Toyota jual murah2 nanti kerajaan Marah..Perodua tumpang kejayaan Jepun jer..kete ringan,chassis ringan tapi accident sendiri mau ingat..Pasal Myvi aku patah tgn,aku naik Persona van hentam nasib baik.ok jer takde lah mcm Myvi aku dulu.punyalah seram.Anyway Proton harus improve,Jgn jadikan modal sebagai alasan..Bina enjin 1.4/1.6/2.0 & 2.2 NA dan Turbo..Chassis kasi ringan sikit..kereta terlampau berat


    • Bukan kata perodua n toyota jer..byk brand lain jdkan ni sbg skill nk dptkan torque dan kuasa enjin ..bila chasis dan luaran body da dinipiskan n jd ringan ..enjin pon kurang beban..kos pembuatan pon dpt d kurangkn..dorang counter blk dgn sumbat lapisan foam atau sound proof byk2 kat blkg side door panel supaya bunyi kedap n padat akan kedengaran, seolah-olah ianya solid.. secara x lgsung buyer akan rasa lebih premium bila bukak n tutup pintu…padahal ia adalah hasil dr sifat foam tu sndiri yg menyerap bunyi dan bukan dtg dr ketebalan body… tp bila eksiden kuat berkait knderaan berat mcm treler atau lori ..habis 5 org skali jalan…dari situlah kita bole lihat kekuatan chasis keta skrg dgn dulu…sekurang-kurangnya proton masih melihat struktur binaan chasis ni sbg keutamaan dlm keseluruhan binaan keretanya…selain bantuan airbag..,kekuatan chasis adalah elemen terakhir utk lindungi penumpang n pemandu…


      • Erk..setahu aku apa juga kereta, kalau bertembung dengan lori atau treler memang sukar untuk selamat. Dah banyak kes walaupun ia kereta rating 5 stars.

        Lainlah kalau eksiden dengan kenderaan “sekelas”, di sini kekuatan dan rekabentuk chasis, airbag dan safety lain memainkan peranan.

        Tapi yang lebih bagus adalah untuk dapatkan chasis yang kukuh tapi dengan berat yang lebih rendah.


        • Eksiden x memilih knderaan sekelas bang..kat jlnraya mcm2 knderaan ada..kalo nk berlaku tu dgn mana2 knderaan pon bole berlaku…mcmne hebat kkuatan chasis keta tu kalo da lggar treler atau tembok bkt tetap mati jgk..ia bergntung pd impak dan kelajuan kendaraan trsebut..apa yg penting pemandu haruslah berdisiplin sntiasa brwaspada n brhati-hati ketika mmndu..bkn ikut suka hati ..perlu hormat antara satu sama lain..


  • untuk meet crash regulation kena tambah berat sikit loo. meterial kena high tensile loo. Regulation malaysia makin tough , so need to comply frontal crash and side impact.


    • malaysia nye regulation mane tough . Proton nak meet Euro and AUSTRALIAN NYER REGULATION. Kalau x mampus la nak ikut regulation proton yang airbag je baru wajib.
      tapi btw, kenapa proton x nak buat identical car with different name macam toyota buat dekat Noah and new Voxy. Kereta sama tapi design lain


  • Mnamakan model dgn nama2 baik dan menarik tiada msalah bagi aku. Yg jd masalah bagi aku ialah menukar nama dan aku tak tau nak benchmark dgn model mana sebelum ni. So bagi org biasa mcm aku ni, bila nak compare, aku nak compare dgn yg mana? Aku nk tengok perubahan, then dari mana ke mana? (dari sudut model) – unless itu intention nya..anyway, aku yakin dan tau engineer Proton, diorg mmg buat yg paling baik dari satu model ke model strusnya, cuma itu lah..from where to where, itu jer aku rasa aku lost..


    • Mmm… penerusan model2 mengikut generasinya mmg bagus. Kita bleh lihat perubahan n transformasi n evolusinya sekali gus mengukuhkan ddari sudut branding. Tapi biasanya mana2 company pun hanya akan guna pakai strategi nie utk model2nya yg berjaya di pasaran. Mcm movie gak; cth citer transformers. Bila berjaya di pasaran ada siri seterusnya. bulan 6 nie edisi ke 4 citer nie kuar di pawagam. Hehe. Admin dh bleh kot promote citer nie yg berkaitan dgn kereta gak. Haha:) Dgr2 banyak model2 baru diperkenalkan dlm citer nie nanti.

      Cheers!


    • aku setuju dengan pandangan kau. Proton should set their own legacy model. sekarang ini hanya saga dan satria je yang masih kekal. bagi jenama lain, rata2 memang tidak diteruskan lagi.

      Cuba bayangkan apabila jurnalis automotif menyebut “model wira terbaru” atau “this is a new model proton waja” atau lain2 nama2 lain yg pernah wujud, mungkin di situ wujud satu perasaan yang proton telah menambah baik model2 sebelum ni.

      Tapi untuk model kereta kontot proton yang tak pernah Berjaya, elok buka nama baru..hehehe.


      • stuju bro..
        cuma sampai bila perlu tukar? Aku ada baca Arena model berjaya..tp xde pengganti..Persona pon berjaya.. tp blum ada pengganti..mungkin aku tk tau prancangan proton..hehe sorry..


  • miros tested that myvi A pillar failed, structural weakness, but not in saga flx.
    and personally for me too short front at myvi is a scarry bit. engine unit is really set very close to fire wall, evidently the front tire seemed to near to the foot well, and if see it outside front tire is so close to the door line.

    saga is a rational compact


  • lumbar support ni masuk dalam safety ke? Kalau lumbar support tak betul bila eksiden jadi bahaya pulak. Takut nak pakai kereta proton kalau macam ni.


    • Nama ni bising kjp je.. mcm preve dulu.. mcm keluar.. lama2 dah biasa jd sebutan.. begitu juga suprima… ramai yg perlekeh.. suprimau bagai.. mainan bhsa mulut dikalangan kita jg.. lama hilang gitu je.. dan akhinya diterima…


  • Keluar october? sigh*

    Does this mean model lain yang plan utk dikeluarkan akan tertunda juga..?

    Rasanya bukan sebab tunggu model produa, ni memang tak sempat setel kot?
    takkan la nak rugi half a year semata-mata untuk strategi tunggu model pengeluar lain keluar..

    Sepatutnya proton tak perlu tertunggu-tunggu dengan model lain… kalau model tu bagus, dia akan menang juga, dan kalau model tu tak bagus, orang akan cari yang lain juga.

    Lebih baik kalau lancarkan model tu dulu, kemudian bila pencabarnya keluar, proton pulak keluarkan model varian lain atau SV..


  • Bg aku takper lambat sikit asalkan semua masalah dah settle, kalau lancar cepat pastu banyak masalah korang jugak yang bising. Tak perlu risau sangat pun pasal pencabar Proton tu, kalau produk bermutu dan cantik orang akan beli jugak. Saban tahun orang beli atau tukar kereta baru.

    Cuma di pihak pengurusan Proton, apa pelan mereka untuk masa hadapan Proton. Semua pembuat kereta satu dunia sedang merasai kelembapan ekonomi global sekarang. Aku sendiri pun tak berminat nak tukar kereta. Lebih baik tunggu dan lihat dulu. Takut2 tak mampu nak tanggung kenaikan tol, minyak, makanan dlln.


  • Delayed sekali lagi ? Tidak mengapa, asalkan Proton GSC ini tidak datang dengan masalah berlambak-lambak macam Prevé dulu. Biar lambat, asalkan semua vendor dan komponen diperiksa sebaik mungkin untuk masalah QC.

    Kereta inilah yang akan ‘menyelamatkan’ Proton, kerana ia akan dijual murah. Kalau Proton buat kereta yang world-class pun macam Suprima, tapi harga ‘terlalu tinggi’, rakyat akan cakap ‘terlalu mahal untuk Proton’, malah harga Suprima amat kompetitif tidak mengira pasaran eksport atau Malaysia.

    Good luck Proton. Jangan mengecewakan kita, please do your 100% BEST. Itu saja yang kita harap.


  • Kalau dah penah pakai proton sejak tahun 90an…kompom akan paham tentang kereta proton..family aku dah pakai dari saga sampai preve..cume aku bengang dgn % interest bank je..kalo proton punye le tinggi..(sebab aku bukan org finance..aku tak paham nape lagi tinggi dari kete import)

    btw..ade sape2 spy shot exora sv..minggu lepas jumpe kat yong peng dgn lampu LED depan design bulat..bukan melintang mcm trend skang…(xsempat nak snap sebab tgh berkejor nak g meeting)


  • Ride and Handling Proton memang the best……tetapi salesman Proton tak pandai nak tunjukkan perkara ni ke customer. itu pandangan saya…..Perodua ride and handling tak bagus tetapi ramai orang beli…..bagi aku Proton perlu fokus kepada kereta murah lawan Perodua myvi sahaja…..

    Handling kereta Proton memang safety, solid and fun driving. Belum masuk Preve safety rating yang tinggi lagi tu – airbag full untuk highline termasuk side airbag, ABS, ESC


    • Kenapa proton tak boleh melepasi perodua.. pada aku sebab utama adalaah elemen Jepun. Proton tawarkn mcm2 safety tp masih tak dpt tarikan pembeli. P2 guna enjin jepun dan model penuh dari jepun. Org yakin giler dhn jepun biarpun body nipis dan ringan sebab tu myvi pickup laju.. proton design sdr enjin bikin sdr tak tiru atau dr mana2. Org susah nk percaya bnda baru. Sbb takde rujukan jepun. Tengok saga lama iswara wira.. ada elemen jepun org cina pun pakai.. skrg org cina mna ada nak pakai proton sangat..


      • masalah org malaysia ni lebih2 lagi melayu, takut dgn benda baru, macam mana nak maju..sampai ke sudah la kat takuk lama je

Leave a Reply