ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang jurutera Jerman mendakwa Perodua Myvi dan Alza berbahaya. Adakah ia benar?

Views

21062012564

* Foto hiasan

Isu seorang jurutera dari Jerman bernama Wolf Vaupel yang telah bersara dan berhijrah ke sini mendakwa Perodua Myvi dan Alza berbahaya telah mendapat perhatian hangat di laman sosial mahupun di beberapa laman web berkaitan automotif tempatan pada minggu lalu. Pada mulanya saya menjangkakan ia ada kaitan dengan isu struktur kerangka model tersebut, tetapi isu telah yang dibangkitkan adalah mengenai ciri pada lampu panel meter yang sentiasa menyala ketika enjin dihidupkan boleh mengakibatkan pemandu beranggapan lampu hadapan kereta mereka telah dipasang ketika waktu malam.

Penggunaan meter jenis Optitron ada kalanya boleh mengelirukan pemandu, terutama sekali yang jarang memandu kereta yang mempunyai ciri sedemikian. Dikatakan Myvi yang bukan menggunakan meter Optitron juga mempunyai ciri yang sama. Namun ianya bukanlah sesuatu isu begitu serius kerana pemandu itu sendiri perlu peka semasa memandu pada waktu malam atau kedaan yang gelap. Sebenarnya lampu meter pada model Perodua Myvi akan menjadi lebih malap jika lampu hadapan dihidupkan dan nyalaannya lebih terang jika sebaliknya.

Mungkin juga selepas ini Perodua atau pengeluar kereta lain boleh menambah indikator yang menunjukkan lampu hadapan dipasang pada masa depan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku. Apa yang penting sebenarnya pemandu sendiri yang perlu lebih peka dan supaya jangan terlupa untuk memasang lampu semasa keadaan memerlukannya. Hati-hati di jalan raya semua!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments

  • if u drive at night with the display stalk illuminates with some intensity, it can feel as if glare coming from the stalk thus its irritating and reduces focus to the road so the level of hazard increases.putting it in a simple language = its dangerous

  • honda jazz GE wife aku pn meter ada lampu, xkira siang ke malam.
    kalu kita bukak lampu kecik, meter jadi malap sket. ada indicator utk lampu kecik.
    tambahan lagi, lampu radio, buttons etc akan menyala skali kalu kita bukak lampu kecik tu.

    sila aware pasal kereta yg anda pandu. xsume kete sama.

    • Setuju.Dapat kereta baru,explore dulu sifat2 dia.Meter menyala ke tak,drive malam wajib la buka lampu.Gelabah je Jerman pencen tu.

  • persona elegance thn 2010 pun ada ciri-ciri yang sama.. sy suka dgn ciri2 tu.. sebab 2nd car yg sy miliki (perodua axia) tak memiliki ciri2 tersebut.. kadang2 lalu kat tempat yg gelap sedikit.. meter tak brapa nampak

    • lalu tempat gelap jgn tgk meter bro.. tengok jalan depan..jarang pulak org drive masuk tempat gelap tengok meter.. bahaya sangat habit tu

  • Salam semua.

    Mmg betul tu..sbb aku pun guna myvi..kadang2 mmg terlupa on lampu..sedar tak sedar kalau ada org high beam, atau teringat baru check..

    Bila aku nmpak myvi tak on lampu,aku kasi beam supaya diaorang teringat..

  • PERODUA MERBAHAYA ….. menipu pengguna walaupun harga murah untuk low spec. Kasi Boikot…. sapa yang dah pernah eksiden x pasang lampu sila buat claim mahkamah …. dakwa mereka yg bertanggungjawab sure menang… sebab defect daripada pengeluar……dan jika telah berlaku kematian dan kemalangan, boleh claim kpd mereka. Dh 3 juta unit terjual…. CEO boleh kata kereta kami berkualiti dan safety tertinggi. MEMBONGAK JE PERODUA ni. Sekarang pengeluar kereta ke arah race towards technology and safety. PERODUA kat takuk tu je…. puak-puak x proton yang bebal nak gaji besar je tapi semangat menghasilkan R&D sendiri takde.

    Itu yang semua pemilik P2 agak bebal dan mereka membeli kereta kerana sebab-sebab negatif iaitu :-

    1) murah (harga kacang putih),

    2) nak pakai untuk raya (ni mmg ramai sangat org buat),

    3) sebab anak nak kereta utk masuk universiti (ni mahasiswa selalu buat),

    4) buat kereta pergi pasar (kereta untuk suri rumah),

    5) awuch….. my first car (buat org baru kerja),

    6) sebab nak balas dendam pada P1 (Hanya alasan – walhal tiap2 bulan p ahbeng kena tipu),

    7) kualiti P1 hancur (walhal in realiti, bila depa pakai kereta P1…… pi tukar ECU, modified sana sini kat ahbeng penipu = mana x cepat rosak),

    8) Sebab ZERO down payment (P2- AJAK PEMBELI MENIPU = mcm mana dia boleh bagi 0 down payment sedangkan, awal-awal lagi salesman P2 suruh pembeli menipu PINJAMAN BANK dengan cakap “BILA BANK CALL, CAKAP UNTUK KEGUNAAN SENDIRI DAN TELAH BAYAR 10% DOWNPAYMENT”,

    9) Senang sbb murah service dan alat ganti (

    10) After Sales value bagus (in realiti, kereta P2 banyak permintaan untuk second hand market, so puak-puak secondhand car naikkan harga kerana boleh buat banyak untung …… P2 dah kau team dengan bank supaya resale value tinggi = in realiti interest mencacak),

    BAGUS JURUTERA JERMAN TU MENYEDARKAN P2 YANG SEDANG LENA MENGAUT KEUNTUNGAN…….DENGAN MEMBELASAH PEMBELI DAN PELANGGANNYA. TAHNIAH BUAT SEMUA PEMBELI P2……

  • Perodua merbahaya ….. menipu pengguna walaupun harga murah untuk low spec. Kasi Boikot…. sapa yang dah pernah eksiden x pasang lampu sila buat claim mahkamah …. dakwa mereka yg bertanggungjawab sure menang… sebab defect daripada pengeluar……dan jika telah berlaku kematian dan kemalangan, boleh claim kpd mereka. Dh 3 juta unit terjual…. CEO boleh kata kereta kami berkualiti dan safety tertinggi. MEMBONGAK JE PERODUA ni. Sekarang pengeluar kereta ke arah race towards technology and safety. PERODUA kat takuk tu je…. puak-puak x proton yang bebal nak gaji besar je tapi semangat menghasilkan R&D sendiri takde.

    Itu yang semua pemilik P2 agak bebal dan mereka membeli kereta kerana sebab-sebab negatif iaitu :-

    1) murah (harga kacang putih),

    2) nak pakai untuk raya (ni mmg ramai sangat org buat),

    3) sebab anak nak kereta utk masuk universiti (ni mahasiswa selalu buat),

    4) buat kereta pergi pasar (kereta untuk suri rumah),

    5) awuch….. my first car (buat org baru kerja),

    6) sebab nak balas dendam pada P1 (Hanya alasan – walhal tiap2 bulan p ahbeng kena tipu),

    7) kualiti P1 hancur (walhal in realiti, bila depa pakai kereta P1…… pi tukar ECU, modified sana sini kat ahbeng penipu = mana x cepat rosak),

    8) Sebab ZERO down payment (P2- AJAK PEMBELI MENIPU = mcm mana dia boleh bagi 0 down payment sedangkan, awal-awal lagi salesman P2 suruh pembeli menipu PINJAMAN BANK dengan cakap “BILA BANK CALL, CAKAP UNTUK KEGUNAAN SENDIRI DAN TELAH BAYAR 10% DOWNPAYMENT”,

    9) Senang sbb murah service dan alat ganti (MURAH TU KT KEDAI AKSESORI KERETA JE DAN KEDAI SERVIS KERETA TAK BERTAULIAH YANG SELALU PROMOTE BARANG RECOND SERTA ALAT GANTI CETAK ROMPAK, IN REALITY, KALU KT P2 HARGA ALAT GANTI MAHAL GILA),

Leave a Reply