ARKIB

KATEGORI

Buletin

Scania Marcopolo telah tiba!

Views

maropolo side 2

Berita gembira buat peminat bas, Scania Marcopolo kini telah tiba di Malaysia! Marcopolo adalah pembuat badan bas yang terkemuka di Brazil yang bekerjasama dengan Scania untuk menghasilkan sebuah bas yang menawarkan penyelesaian pengangkutan serta menyediakan tahap perkhidmatan yang berkualiti di samping mengekalkan kos operasi yang rendah.

Reka bentuknya cukup moden dan mantap dengan kehebatan kejuruteraan luaran serta ruang dalaman yang berkualiti. Scania Marcopolo dilengkapi dengan tempat duduk kulit yang mewah dan penebat bunyi yang luas untuk memastikan keselesaan penumpang pada tahap kelas pertama sepanjang perjalanan. Ia dibangunkan hasil kejuruteraan casis sepenuhnya dari Scania yang terkenal dengan kos operasi yang ekonomi, keselesaan, keselamatan dan kebolehpercayaan.

Antara ciri-ciri menarik Scania Marcopolo adalah sistem suspensi udara penuh untuk keselesaan luar biasa, Sistem Brek Elektronik (EBS), Kawalan Cengkaman (TC), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Amaran Penukaran Lorong (LDW), Pemantauan Tekanan Tayar (TPM), Informasi Badan Bas dalam Kluster Instrumen (ICL), pengangkut tayar ganti, dan stereng yang dibaluti kulit hitam eksklusif dengan kemasan kayu.

maropolo side 1

Scania Marcopolo dikuasakan oleh enjin Euro 3, 13-liter 6-silinder dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 410 kuasa kuda dan 2,000 Nm tork pada 1,000-1,350 rpm. Ini bermakna ia amat efisien pada tork rendah serta cukup mengagumkan untuk dikendalikan dalam kawasan bandar. Scania turut menawarkan varian enjin Euro 3 berkuasa 360 kuasa kuda dengan talaan untuk Euro 4, 5 dan 6.

Setiap kenderaan Scania kini datang dengan dua tahun Penyelenggaraan Percuma Scania  (tertakluk kepada had perbatuan), dua tahun Bantuan Scania Percuma serta sepuluh tahun Scania Fleet Management secara percuma. Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang scania.com.my

* Buat masa ini saya tidak mendapat maklumat mengenai harga jualan Scania Marcopolo. Difahamkan unit model ini dipasang secara CKD. Untuk pengetahuan unit pertama model ini telah pun berada di jalan raya sebagai Bas Persiaran. Saya dengar ura-ura pasukan bolasepak Pahang juga bakal mendapat tajaan bas ini dari DRB-HICOM dan dijangka siap pada bulan hadapan.

Brosur Scania Marcopolo

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

marcopolo interior 474423_highres_Seat1 474422_highres_Audace_head_lamp_with_LED_lighting1 474414_highres_Scania_Back1 474415_highres_Scania_Front1 maropolo side 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply