ARKIB

KATEGORI

Buletin

Salam Aidilfitri dari Funtasticko.net

Views

header raya funtasticko.net

Sempena kedatangan Syawal beberapa hari sahaja lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili Funtasticko.net untuk mengucapkan Salam Aidilfitri untuk kesemua pembaca setia blog beragama Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Dikesempatan ini saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin andainya ada salah dan silap. Kosong-kosong ye, semoga kita dipertemukan semula dengan Ramadan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Saya juga nak mewar-warkan kepada semua, Proton turut mengadakan program pemeriksaan kenderaan untuk pelanggannya di beberapa stesen Petronas terpilih. Program ini bekerjasama dengan kempen Coffee Break Petronas, yang bermula pada Khamis 24 Julai ini di stesen Petronas, KM 15.3 NKVE Damansara.

Para pelanggan turut berpeluang mendapat khidmat nasihat percuma berkenaan dengan enjin dan penyelenggaraan kenderaan, serta tips untuk membezakan alat ganti tulen dengan tiruan. Hadiah istimewa turut diberikan oleh Proton kepada pelanggan yang mengambil bahagian.

Ketua Pegawai Operasi Proton Edar Sdn Bhd, Azmi Idris berkata, Proton begitu serius terhadap tahap keselamatan dan keselesaan para pelanggan. Diharap melalui kempen ini Proton mampu meningkatkan kesedaran pelanggannya dan pengguna jalan raya yang lain mengenai pentingnya keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan.

* Berhati-hati di jalan raya dan pandulah secara berhemah. Patuhi had laju yang ditetapkan, jangan sampai dapat surat cinta dari trafik pulak ye. Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang akan ditujui dan teruskan bersama Funtasticko.net! Selamat Hari Raya Aidilfitri.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments

Leave a Reply