ARKIB

KATEGORI

Buletin

Russell Carr ganti Donato Coco terajui unit rekabentuk Lotus

Views

russell-carr_100487309_l

Lotus baru-baru ini telah melantik Russell Carr sebagai ketua bahagian rekabentuk untuk menggantikan Donato Coco. Russell Car telah berkhidmat dengan Lotus sejak tahun 1990 dan antara rekaannya yang masih segar dalam ingatan sehingga kini adalah Evora. Sejak 2009, Donato Coco yang merupakan bekas pereka Ferrari telah mengetuai studio di Hethel, namun tidak diketahui ke mana hala tujunya selepas perkhidmatannya tamat pada 31 Oktober ini.

Tugas pertama Carr berkemungkinan adalah membuat perubahan besar untuk model Evora, yang merupakan hasil rekaannya. Model tersebut dijangka bakal diperkenalkan sebagai model 2016 dan ada beberapa varian baharu yang mungkin sebuah convertible. Untuk beberapa tahun akan datang, Carr dan pasukannya akan menaiktaraf rekaan model Elise dan Exige selain bakal merekabentuk model yang masih belum pernah diperkenalkan oleh Lotus seperti sedan atau SUV.

* Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca Funtasticko.net yang beragama Islam. Selamat bercuti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Mmm… kalau Donato Coco ada dlm team designer proton tentu menarik kn? huhu… dah la penat2 hasilkan 5 model prototype super car. akhirnya karyanya scrape cengitu jer… kalau kita camne la agaknya rasa. Mgkin design SUV n sedan bukan lapangannya, baik la dia angkat kaki… xnk pisang berbuah 2x atau mmg lotus rasa beliau tidak ‘sajak’ menggalas arah tuju baharu lotus itu…entah ler..

    Cheers!


  • Sayang Donato Coco dah resigned. Dialah org yg bertanggungjawab utk redesign balik Lotus Elise & Exige, yg menyebabkan peningkatan jualan Lotus sejak beberapa bulan yg lalu.

    Russel Carr adalah orang yang mempunyai teknikal & engineering knowledge yg bagus, tp utk mendesign sesebuah kereta agaklah mendukacitakan, Lihatlah hasil design Lotus Evora & Lotus Europa. Lotus Europa hanya dapat dijual kurang dari 900 units…

Leave a Reply