ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

RISIK-RISIK : Proton sedang bangunkan 3 model sedan!

Views

10799541_10204433738138938_1770998928_n

* Foto hiasan – karya Theophilus Chin

Harap maaf kerana dah lama tak mengemaskini blog kerana kesibukan tugas dan liputan internet yang kurang memuaskan. Sejak kebelakangan ini saya telah mendengar beberapa perkembangan yang menarik mengenai Proton walaupun kita lihat ia agak perlahan selepas pelancaran Proton Iriz. Beberapa maklumat terkini dari beberapa sumber terdekat dan juga forum di laman sosial sedang hangat membincangkan mengenai pembangunan 3 model sedan yang dijangka diperkenalkan pada hujung tahun ini dan 2016.

Model sedan yang sedang dibangunkan ialah model gantian Saga (Saga R), Persona (Persona R) dan Perdana – Fasa 2. Saga (Saga R) dan Persona (Persona R) dibangunkan menggunakan platform Iriz sebagai asas, tetapi berada dalam segmen yang berbeza. Saga R bakal diposisikan dalam segmen A+ (sedan kompak), manakala Persona R dalam segmen B yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Volkswagen Polo Sedan. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi dan rekabentuk setakat ini masih lagi dirahsiakan. Namun saya menjangkakan, Saga R akan menggunakan enjin 1.3l VVT dan Persona R pula menggunakan enjin 1.6l VVT yang digunakan pada model Iriz.

Model Perdana – Fasa 2 pula adalah kesinambungan model Perdana generasi baharu yang dibangunkan menggunakan platform Honda Accord generasi ke-8. Perdana – Fasa 2 bakal tampil dengan perubahan rekaan yang lebih ketara berbanding dengan model ketika ini. Ada kemungkinan Perdana – Fasa 2 bakal menggunakan enjin NEO1 yang telah dibeli dari Petronas atau masih mengekalkan enjin asal Honda Accord tetapi akan ditala semula oleh jurutera Proton.

* Setakat ini sahaja maklumat yang diterima, jika ada maklumat baharu saya akan kongsikan dari semasa ke semasa ye 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

84 Comments


  • wahh dah dapat injek modal lettew untuk proton nak buat 2 model sedan saga r dan persona r ni, igt kan saga r upgred masuk B segment sedan.


    • Permintaan wagon kat Malaysia tak tinggi. So tak berbaloi la nak buat. Tapi kalau Proton buat gak mungkin untuk pasaran luar.


    • tapi itu lah…kalau ikut logiknya… Preve adalah pengganti Persona, Persona pengganti Wira…

      Suprima S pengganti Gen2, Gen2 pengganti Wira Aeroback…

      wallahua’lam


  • kenapa tidak proton hasilkan model small mpv proton untuk bersaing dengan perodua Alza?mungkin bagi pendapat saya saga r boleh digabungkan segmen dengan persona r jadi proton dapat menfokuskan pada satu model yang berkualaiti manakala preve,suprima pula di FL untuk all new dengan harga lebih rendah.untuk exora seharusnya di stopkan production untuk memberi model baru seperti yang dicadangkan iaitu small mpv.Proton tidak perlu menghasilkan pelbagai model sedan dengan pelbagai kelas tetapi pelbagaikan segmen untuk keuntungan bagi mengelakkan pembaziran pengeluaran.jika tidak PERODUA akan kekal mendominasikan pasaran nasianal dengan adanya model sedannya untuk tahun ini.Seterunya exora terusdigunakan untuk platform SUV proton pertama. sekian


    • Dalam trend pasaran sekarang, MPV kurang mendapat sambutan, jadi saya fikir elok Proton tumppukan pada segmen sedia ada. Atau teroka pasaran SUV kompak dan midsize sebab segmen ni makin popular di Eropah, China, dan India. Lagipun SUV sekarang dah sama level praktikal dengan MPV.


    • @Zul fakar

      Untuk pasaran negara kita, generally Alza tu hanya sangat laku kerana dia adalah dari Perodua dan harga dia tak semahal jenama luar. Kalau bukan kerana itu, memang payah nak laku.

      Lebih baik Proton fokus pada model yang high volume. Kalau nanti dah untung dan duit dah banyak, baru la boleh nak buat model untuk niche market ni. Sekarang ni Proton sedang sakit, lebih baik fokus pada model yang ‘selamat’ dan mudah dijual.


  • kenapa lama sannnnnngggggggggaaaaaaaattttttttttttttttttttttttttttttt…………….
    xboley cpt ckit ker….bunyi hujug thun dpn pon lmbt….
    kenapa guna platform iriz lagi..buatlh design baru
    aq siap buat lg design aq nk tunjk kt proton tp xder rezeki….
    nk tunjuk xboley… xthu nk post kt maner… klw post kt facebook??!! ..
    boley jer possst..


    • @Yuhu

      Design (yang boleh dilihat dengan mata kita) itu takde kena mengena dengan platform. Walau dengan platform yang sama, rupa kenderaan yang dah siap nanti boleh dibuat supaya berbeza, Itu bukan masalah platform sama. Kalau nak rupa lain terus pun boleh, walaupun kongsi platform.


  • Rasa ini tindakan bijak untuk splitkan Iriz platform kepada Saga dan Persona. Saga dijadikan mampu milik sedan pada segmen A+, dan Persona R boleh bersaing terus dengan Vios dan City. Sangat menarik strategy ni.

    Mula-mula kusangkakan rumors Persona R yg bertiup kencang ialah Preve FL, tetapi nyata sekali tersasar.

    Dan Jatco CVT, 1.3 GDI turbo. Sangat menarik.


  • strategi menarik, split kpd a+ dan b segment. attack axia dan myvi skaligus. Saga boleh kekal below 45k dan persona boleh kekal below 60k sbb ni je price bracket yg msian willing to spent for a proton. Iriz plak sit in between….nice2 hrap strtegi ni mnjadi….


  • Ini pun bergantung pada feasibility study yg akan dibuat bersama Indonesia. Model yg akan dihasilkan semestinya sesuai dengan keperluan mereka. Buat masa sekarang model Exora lebih sesuai di Indonesia kerana ia adalah market MPV tapi keadaan mungkin berbeza di masa hadapan.


  • sy setuju utk pengeluaran berfokus ni.. xperlu nk pelbagaikan model, tp kita kene tekankan kelebihan yang kereta proton ade, iaitu ciri2 keselamatan. xperlu betul2 onz dsb..

    berkenaan pengeluaran berfokus ni, sy setuju sbb capex proton nampak goyah apabila tidak mendapat pulangan hasil pembangunan model baharu dgn jualan yang agak rendah. Dengan memfokuskan kepada beberapa model, sy yakin kereta yang dikeluarkan akan lebih berkualiti..


  • saya juga berharap masalah warisan proton seperti bunyi tikus, dash board & panel pintu rattle tidak berjangkit ke model akan datang, sebab jangkaan saya meleset kerana iriz masih dijangkiti problem itu, sekian terima kasih, dan jgn lupa equip new model dengan reach adjustable steering.


  • Mmm….. yes! legasi persona terus dikekalkan!:) Harap2 saga, persona, preve, exora n perdana legasinya terus dikekalkan. Model2 ikonik utk segmentnya:) Model seperti satria neo perlu dikeluarkan sebagai edisi khas. Segment A+ tu satu strategi yg bagus dan ianya adalah sedan. Biarkan lonely produa kukuh dgn model mini compact A segmentnya seperti Axia dan mini MPV compact seperti alza. Proton x perlu ikut sgt rentak produa. Misi diorg tidak sama. Proton perlu ikut rentak dan kehendak pasaran domestik n global semasa. Sekurang2nya proton meletakkan model super mini compactnya pada segment B (Iriz) dgn piawaian yg paling tinggi utk rakyat M’sia:) Dan harap Saga3 pada segment A+ tidaklah digambarkan sebagai kereta murah dgn safety yg rendah.

    Sgt teruja utk mengetahui konsep rekaan model persona baru. Kekalkan rekaan sporty n S shape please!:)

    Cheers!


  • vote for mpv bersaiz kecil tetapi macam toyota wish atau citroen DS5. Kalau dapat design depan dan belakang macam citroen DS5 memang lawa……tapi harga paling penting mesti dalam 40 ke 55 ribu……sedan rasanya proton dah banyak sangat ni…..preve lagi…..
    proton tak boleh keluarkan kereta lebih dari harga RM60k


  • Kah..kah..kah.. ANGAN-ANGAN Proton…
    sembang ‘kemaih’.. kata org utara..
    perbetui dulu lah penyakit kualiti tu..
    selagi penyakiy kualiti Proton tu tak settle
    tak usah angan2 setinggi langit laahh..

    Timing chain lah kunun.. dunia dah nk ‘kiamat’.. Proton baru nk cari timing chain? bile? 2018? 2020..

    uwekkk…


  • untuk saga-r, platform boleh share dengan indonesia. maknanya proton buat design sendiri dan indonesia buat design diorang dari segi depan dan belakang tapi platform sama. JImat Investment die boleh bahagi dua…..yang pasal enjin, Banyak syarikat mempertimbangkan untuk sharing platform contohnya mitsubishi dengan nissan atau peugeot. Proton boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang tak berapa popular untuk dapatkan enjin contohnya dengan suzuki, mazda, chevrolet, atau syarikat cina sebab masalah utama adalah investment yang tinggi. Honda dan Toyota dah cukup popular.


  • These kind of things are usually are confidential matters, how on earth that you get these infos? God I hope you would be sued for this thing and your insider won’t be sacked if these infos turned to be confidential matters inside PROTON….


  • tak kisah lah apa model Proton nak kuarkan, asalkan enjin nya jimat minyak.

    kalau enjin kuat makan petrol, kita semua tau apa hasilnya.


  • bagaimana pula dengan suspensi belakang?

    Perdana fasa 2 – multilink
    Saga R – torsion beam

    Persona R – torsion beam atau multilink. harap-harap multilink.

    Apa pendapat?


  • Bercakap mengenai marketing proton, bagi saya mereka amat tidak menghargai kesetiaan pembeli proton. Sebagai contoh, saya yang telah menempah iriz 1.3cvt sejak tahun lepas, dan hanya mendapat kereta pada akhir bulan lalu, tidak mendapat servis percuma…Dah lah tak dapat apa2 diskaun.

    Malah, Iriz yg baru diperkenalkan, ditawarkan pulak rebet sehingga RM4K untuk model 2015…what the hell proton? You always screw the 1st buyer!

    Nasihat saya, kepada yg nak beli proton, tunggu sehingga proton tawarkan rebet. jangan jadi pembeli awal. anda akan rugi…rugi dari banyak perkara.


    • Pada aku ini pun sesuatu yang tak patut proton buat. dah lah pembeli yg awal jadi “lab rat” kepada masalah2 yg wujud. Sepatutnya pembeli awal dihargai dengan memberikan harga istimewa. bukan pembeli yg kemudian yg dapat rebet.

      Lepas ni jangan marah kalau rakyat msia masih ambil sikap tunggu dan lihat apabila model baru proton dilancarkan.

      p/s: Ada member dapat diskaun RM8K untuk Iriz 1.6 CVT premium 2014… senyum memanjang dia.


      • Memang betul sangat cakap fizo tu. Marketing Proton buat kerja tak pakai otak. Sepatutnya pembeli awal la yang paling dihargai, sebab diorang ambik risiko besar (knowing Proton). Ini tidak, mereka pula yang rugi besar.


  • WOW Some positive news about Proton at last….hoho

    FYI Some Basterd’s in paultan are making some stupid claims that Proton is banned in Europe cause of some safety problems ….uhhh paultan is getting really bad there are no passion in motoring in that forsaken webpage …..


  • Pendapat saya Proton harus meneruskan menggunakan platform Saga sekarang sebagai platform untuk Saga R dgn enjin 1.3vvt buat sementara. Susun semua kedudukan segmen kereta dgn platform yg sudah dibangunkan sebelum ini. Optimumkan hasil2 pembangunan yg ada kerana kos platform bukan sahaja dimaksimumkan tetapi juga mengelakkan kerugian kepada fasiliti pengeluaran kerana bertukar conveyer untuk memenuhi keperluan platform yg bertukar.
    Gunakan platform Saga/Savy untuk segment A/A+, Platform Iriz utk Segment B, Platform Preve/Suprima untuk Segment C-New Exora.
    Buat benchmark equipment and feature berdasarkan segment kereta bukannya harga kereta. Contoh Saga R=Brio Amaze,Mirage Atrage, Suzuki Maruti. Iriz sedan/Persona R=Vios,City,Almera,Mazda 2,Polo Sedan. Preve=Civic,Altis,Focus,Mazda 3.
    Akhirnyn setelah memiliki modal baru, gunakan semula platform Savy dgn top hat baru berstyling/DNA terkini Proton-IRIZ dengn benchmark A+ yg betul seperti Axia,Mirage,Kia Picato,Honda Brio dgn enjin baru. Savy adalah produk yg baik tetapi kualiti khidmat lepas jualan terhadap enjin kereta itu dan kebanyakan mekanik Malaysia yg tidak mahir terhadap enjin berDNA eropah menggagalkan produk tersebut. Ganti enjin tersebut dgn enjin 1.00-1.2L berDNA Jepun. Enjin CamPro walaupun dibagunakan bersama Lotus tetapi masih memiliki DNA Mitsubishi menyebabkan enjin tersebut mudah dan mesra mekanik di Malaysia.Akhirnya gunakan enjin baru tersebut ke model Saga sebagai gantian enjin 1.3vvt yg Proton ada sekarang.
    Dan teruskan kesinambungan platform2 yang ada seperti mana pengeluar2 kereta terkemuka kerana Proton telah lengkap barisan kereta mereka berdasarkan segmen. A/A+=Savy/Saga B=Iriz/Pesona R C=Preve/Suprima/Exora D=Perdana R. Akhirnya mungkin proton boleh menerokai segmen SUV B menggunakan platform B seperti trend terkini dgn model2 sepeti Honda HRV,Ford Fuga,Mazda Cx3.
    Pandangan peribadi saya antara perkara utama yg perlu diberi focus oleh Proton adalah marketing dan khidamat selepas jualan. Tingkatkan marketing dan kualiti khidmat jualan Proton dgn lebih inovatif. Saya kerap melawat Group Proton Iriz. Kebayakan masalah yg dipost adalah masalah2 kerana kecanggihan kereta tersebut. Akibat budaya rakyat kita yg malas membaca hatta manual, kedangkalan kelihatan seperti satu masalah .Saya mencadangkan Proton mengaji pegawai selepas jualan untuk memerhati dan memberi response yg cepat kepada sumber-sumber teknologi informasi seperti ini. Pada zaman segalanya dihujung jari, Page2/Forum seperti ini yg digunakan oleh potensi pelanggan sebelum mereka membuat keputusan. Persoalan2 yg tidak terjawab membuatkn feature2 canggih Iriz seperti satu masalah seperti Super Lock, Radio boleh dimainkan tanpa kunci, Auto lock boleh dioffkan, kunci boleh diaktifkan hanya untuk pintu pemandu. Untuk lebih inovatif buat video untuk feature2 ini kerana lumrah rakyat kita yg malas membaca. Gunakan medium seperti Youtube Proton sebagai medan penyampaian dan pengajaran cara penggunaan kerana ia dekat dgn penguna. Buatkan video pendek per feature kerana lumrah manusia cepat bosan dan tidak ditonton hingga habis apabila feature bermacam-macam dibuat didalam 1 video seperti video marketing Iriz yg ada sekarang.


      • apa masalah dengan tua?
        Toyota gunakan cara yg sama dengan penambahbaikan berterusan(kaizen) terhadap kereta-kereta mereka. Optimise material, change material, additional enforcement. Kini ilmu tu diturunkan ke Perodua. Lihat bagaimana Perodua menaikan rating safety Myvi walaupun menggunakan platform dan bentuk structure yg sama.


    • Mmm…platform saga 3 star ncap. platform iriz 5 star ncap. Proton dh ada platform 5 star ancap seperti preve/suprima S n iriz. Platform dari model2 nie adalah baik utk membangunkan model2 baharu proton yg lebih baik n menarik:)

      Cheers!


  • Ada salah faham kaitan platform dgn safety rating ni. Safety rating bukan bergantung kepada platform semata-mata tetapi, structure, safety equipment level dan design equipment. Platform Iriz tanpa HPF structure,ESC pun sukar untuk mencapai rating keselamatan 5star. Platform ni lebih kepada saiz lantai kereta. Structure dan level of equipment boleh ditukar tambah bergantung kepada sasaran rekaan kereta tersebut. Menggunakan platform IRIZ pada 2 model berbeza menyebabkan ada 2 modal yg sama saiz kedudukan tayar tetapi berbeza level equipment. Klu begitu lebih baik proton decontent sahaja equipment seperti yg mereka buat pada model2 SV.


    • Mmm… secara harafiahnya, platform n safety tiada pergantungan. Sy x pasti kalau platform hanya melibatkan saiz lantai jer. Mcm buat rumah la. rekaan platform yg baik n kukuh akan bleh menghasilkan rekaan rumah yg lebih baik. Walaupun saiz rumah yg lebih kurang sama:)

      Cheers!

Leave a Reply