ARKIB

KATEGORI

Buletin

Renault Talisman tampil dengan gaya ala sedan Jerman

Views

New-Renault-Talisman-0009

Sekali imbas jika dibuang logo Renault, sudah pasti akan ada yang menyangka model ini berasal dari Jerman. Namun gaya rekaan sebegitulah yang ditampilkan oleh Renault melalui sedan perdana terbaharu mereka yang diberi nama Talisman. Sekali imbas, Talisman nampak seperti Volkswagen Passat yang lebih berotot.

Menurut Laurens van den Acker, yang merupakan ketua pereka Renault, kereta ini direka untuk menampilkan kualitinya yang tersendiri. Mereka telah bekerja keras untuk memastikan segala-galanya dipasang dengan begitu teliti dan jitu supaya pemiliknya merasai sesuatu yang begitu premium. Selain itu Talisman dicipta untuk mendapatkan penggunaan bahan api yang cekap, emisi rendah dan keseronokan pemanduan.

Talisman akan dijana oleh enjin diesel DCi 1.6-liter berkuasa 160 PS yang turut dilengkapi dengan tetapan turbo-berkembar setup. Dua pilihan enjin petrol juga turut ditawarkan, TCe 200 yang merupakan unit 1.6-liter yang sama untuk model Clio RS (selain Espace MPV/crossover) dan TC150 (tiada maklumat diberikan – kemungkinan enjin yang sama tetapi ditala lebih rendah).

Kedua-dua unit ini akan mendapat kotak gear ekslusif klac-berkembar tujuh-kelajuan Renault. Untuk unit DCi 110 pula akan dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan sebagai standard manakala untuk 130 dan 160 akan mendapat kotak gear enam-kelajuan klac-berkembar.

* nampak gagah dan maskulin Talisman ni kan?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

New-Renault-Talisman-0045 New-Renault-Talisman-0002 New-Renault-Talisman-0007 New-Renault-Talisman-0036 New-Renault-Talisman-0033 New-Renault-Talisman-0034 New-Renault-Talisman-0061 New-Renault-Talisman-0060 New-Renault-Talisman-0062

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • SEMEMANGNYA MODEL-MODEL BARU KERETA PERANCIS MEMANG SEMAKIN LAWA.GUA TAK SABAR TUNGGU PROTON PERDANA FASA 2 YANG MERUPAKAN KERETA MEWAH PROTON.TUN CAKAP TAHUN 2016 AKAN KELUAR.JADIKAN MODEL INI SEBAGAI BENCHMARK.BELAKANG ADA GAYA AUDI.

Leave a Reply