ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusingan ke-2 Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan bermula!

Views

UEFA Range Ad_TheStar

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan Pusingan ke-2 Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan. Kempen itu menawarkan peluang memenangi perjalanan yang dibiayai sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan akhir LigaJuara-Juara UEFA kepada para pelanggan yang membeli kenderaan Nissan sepanjang bulan April. Perlawanan akhir tersebut bakal berlangsung pada 6 Jun 2015 di Olympiastadion Berlin, Jerman.

Pusingan 1 kempen itu berakhir pada Mac apabila tiga pemenang bertuah Mohd Nazar bin Rebin, Mohamad Hafizzudin bin Zulkefli dan Mohd Ariffin bin Japri telah memenangi perjalanan yang dibayar sepenuhnya untuk menonton perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA di Eropah.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “ETCM menawarkan Pusingan ke-2 Kempen Liga Juara-Juara UEFA Nissan dan ia pastinya lebih mengujakan kerana para pelanggan berpeluang memenangi perjalanan yang dibiayai sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan akhir di Eropah. Di samping itu, kami turut menawarkan promosi-promosi hebat ke atas model Nissan sepanjang seperti Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina, Almera Nismo dan Nissan X-Trail serba baharu bulan ini.”

Antara promosi yang paling menarik ialah kempen RM1.00. Para pelanggan hanya memerlukan RM1.00 untuk membeli pakej NISMO Aerokit untuk Almera, IMPUL Aerokit bagi Grand Livina atau pakej IMPUL Aerokit untuk model Sylphy. Dengan harga RM1.00 juga, pelanggan boleh mendapatkan paparan Navigasi Multimedia bersaiz lapan inci apabila membeli sebuah Teana atau X-Trail 2.5. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 juga layak untuk mendapatkan tempat duduk dibalut kulit dengan bayaran serendah RM1.00! Sebagai tambahan, Serena S-Hybrid dan Navara kini hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Orang ramai turut dijemput untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk merasai sendiri keterujaan Liga Juara-juara UEFA serta tawaran hebat daripada Nissan. Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:

TarikhVenue
17- 19 AprilKulim Landmark Central
17 – 19 AprilCenter Point Sabah
29 April – 3 MeiAlamanda Shopping Centre
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply