ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat pameran perdana Perodua Sentral kini dibuka!

Views

EMY_0036

Perodua kini mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan pembukaan pusat pameran perdana 3S (Jualan, Servis dan Alat ganti) pertama seumpanya di Malaysia, yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya. Dikenali dengan nama Perodua Sentral, ia adalah merupakan penanda aras Perodua dalam memberi keselesaan kepada pelanggan Perodua untuk membeli dan menyelenggara kenderaan mereka.

“Perodua Sentral adalah hasil daripada kajian selama 5-tahun yang turut menjadi sebahagian daripada inisatif transformasi Perodua untuk lebih kompetitif diperingkat global. Antara inisatif transformasi tersebut adalah “Transformasi Pengeluaran”; “Transformasi Produk”; “Transformasi Pembeliaan dan R&D”; dan “Transformasi Kepuasan Pelanggan”,” kata President & CEO Perodua , Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua Sentral dibangunkan dengan kos hampir RM40 juta, mempunyai 2 aras parkir bawah tanah dengan 184 ruang parkir, bilik pameran, 37 ruang servis, 2 aras untuk operasi jualan dan selepas jualan dan satu aras untuk ruang acara. Aminar menambah, Perodua kini sedang dalam perancangan untuk membina pusat pameran perdana 3S yang sama seperti Perodua Sentral di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

* Memang gah Perodua Sentral, lebih hebat daripada bilik pameran jenama terkemuka… sekali imbas macam pusat membeli belah pun ada, syabas Perodua!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

EMY_0482

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • ye…sebuah initiatif yg menarik buat pelanggan Perodua..Harap dengan adanya idea sebigini mampu meningkatkan lagi kadar jualan kereta jenama tempatan serta dapat meningkatkan kualiti jenama masing2..syabas Perodua


  • bro xde info pasal proton ke? senyap je, dah bln May ni,production saga(blm/fl/flx) di main line plant telah pun dihentikan,sama juga degan line prodution inspira di MVF plant bln april lepas,hehehe

Leave a Reply