ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON We-Care Prihatin Banjir diaktifkan semula!

Views

proton-logo

Atas keprihatinan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, PROTON Holdings Berhad mengaktifkan semula program PROTON We-Care Prihatin Banjir bagi membantu membaik pulih kereta pemilik Proton yang mengalami kerosakan akibat ditimpa musibah itu. Di bawah program PROTON We-Care Prihatin Banjir ini, pemilik kenderaan Proton yang terjejas akan diberikan 20% potongan harga ke atas jumlah keseluruhan kos baik pulih kenderaan mereka.

Program yang dijalankan selama lima (5) bulan bermula hari ini sehingga 15 Mac 2015, turut akan membabitkan pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari tempat kejadian hingga ke cawangan pusat servis Proton terpilih. Sebanyak 67 buah cawangan pusat servis Proton di seluruh negara kini bersiap sedia untuk menawarkan bantuan berkenaan.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan Proton yang terbabit boleh menghubungi PROTON We-Care Centre di talian 1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat penundaan. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, En. Norzahid Mohd Zahudi berkata, inisiatif PROTON We-Care Prihatin Banjir yang mula diperkenalkan sejak 2008 ini dilaksanakan bagi mengurangkan beban mangsa banjir terutama di kawasan yang kerap mengalami banjir dan berdepan kerosakan harta benda termasuk kenderaan.

“Sebagai syarikat pengeluar kereta, kami bertanggungjawab membantu mangsa banjir kerana membaik pulih kenderaan memerlukan modal besar dan melalui program ini, diharap ia dapat meringankan beban pelanggan kami, khususnya kepada mereka yang tidak memiliki insurans bencana alam” katanya. En Norzahid berkata, PROTON adalah jenama yang dimiliki semua rakyat Malaysia dan salah satu cara terbaik untuk kami menyumbang kembali kepada masyarakat adalah dengan menghulurkan bantuan pada waktu mereka memerlukannya.

“Adalah amat penting untuk kita membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir ini. Keperitan yang mereka lalui bukan sekadar kerana kehilangan harta benda semata-mata, malah, mereka terpaksa menghadapi kesukaran menanggung pelbagai kos membaik pulih kenderaan mereka yang teruk disaluti lumpur. “Justeru, PROTON akan terus memainkan peranannya dalam memberikan bantuan untuk meringankan pemilik kenderaan Proton yang menjadi mangsa bencana alam di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, di bawah ini PROTON mencadangkan beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh mangsa tentang cara untuk menguruskan kenderaan yang terjejas akibat banjir:
1. Jangan hidupkan enjin kereta anda.
2. Jangan gunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu kereta. Sebaliknya, lakukannya secara manual.
3. Pastikan buka atau matikan terminal negatif bateri kereta untuk menghentikan aliran arus elektrik di dalam kereta.
4. Ketiga-tiga langkah di atas bertujuan untuk mengurangkan kerosakan kepada peralatan, khususnya komponen elektrik dan mekanikal kenderaan.
5. Jika menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan tadi, beberapa peralatan atau komponen masih dapat diselamatkan.
6. Selepas mematikan arus elektrik kereta anda, keluarkan barang-barang berharga dari kereta, kunci pintu kereta anda secara manual dan sila dapatkan khidmat lori tunda yang diiktiraf sebelum menarik kereta anda ke Pusat Servis PROTON pilihan anda.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply