ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tawar 5 tahun jaminan dan diskaun sehingga RM5, 000!

Views

01

* Foto hiasan

PROTON Holdings Bhd menawarkan lima (5) tahun jaminan dan penjimatan tunai sehingga RM5,000 bagi model terpilih sempena promosi khas Jualan Akhir Tahun. Kempen promosi yang diadakan di semua bilik pameran PROTON di seluruh negara ini turut menawarkan bakal pemilik kereta Proton yang ingin memiliki model Saga, Persona, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Inspira dengan servis percuma tiga (3) tahun serta Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20 Megabit sesaat (Mbps) melalui rangkaian 4G Yes bagi model terpilih.

Mengulas mengenainya, Ketua Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, En Norzahid Mohd Zahudi berkata, semua tawaran menarik ini bertujuan untuk memberikan pelanggan satu penjimatan yang besar untuk semua model Proton. Paling menarik untuk semua pelanggan dan bakal pelanggan kami diluar sana, bersempena dengan promosi khas ini, PROTON menawarkan penjimatan paling hebat untuk model terbaharu kami iaitu Proton Iriz.

Menerusinya, pemilik Iriz akan menikmati jaminan pengeluar (waranti) sehingga lima (5) tahun atau 150,000km, yang mana terdahulu. Kepada pemilik kereta Proton sedia ada yang mana keluarga terdekat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan anak-anak serta berhasrat memiliki kereta Proton baharu, mereka juga turut berpeluang menikmati diskaun istimewa iaitu sebanyak lima peratus (5%) dan servis percuma sehingga tiga (3) tahun untuk semua kereta Proton.

Promosi bersempena dengan “My Proton Family Campaign” ini adalah untuk semua varian dan model Proton kecuali Proton Iriz. Semua promosi yang dinyatakan ini hanya sah untuk kenderaan yang berdaftar dengan PROTON pada atau sebelum 31 Disember 2014 sementara stok masih ada. Jadi, jangan tunggu lagi ya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif