ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton SUPRIMA S tiba di Brunei!

Views

JEF_9622

Selepas Indonesia dan Australia, kini tiba giliran Brunei menjadi destinasi pasaran model hatchback terbaru Proton, SUPRIMA S. Ia diperkenalkan secara rasmi di PROTON 3S Gadong Centre oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersil) PROTON, En Hisham Othman dan Mr Simon Gelan, Pengarah Urusan United Motors Sdn Bhd. United Motors merupakan pengedar tunggal kereta Proton di Brunei.

Didatangkan hanya dalam varian Premium, Suprima S  menawarkan pelbagai ciri baharu seperti PROTON Infotainment dengan aplikasi berasaskan Android, lampu panduan LED  belakang, DRL (Daytime Running Lights), Hill-Hold Assist, Park Assist dan ciri-ciri yang sama dengan  Suprima S yang dilancarkan di Malaysia.

Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin 1.6L Turbo dan dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan ProTronic CVT yang mampu menjana kuasa dan kilasan bersamaan enjin 2.0-liter aspirasi natural. Enjin 1.6L tersebut menjana 140 PS pada 5000rpm  dan kilasan maksimum 205Nm dari 2000 hingga 4000rpm. Suprima S (Premium) ditawarkan dengan lima pilihan warna : Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif