ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton setanding BMW, kata Putrajaya

Views

suprima s

* Foto hiasan

Agak hangat di laman sosial dan beberapa laman web tempatan semalam mengenai maklumbalas dari Putrajaya kepada Parlimen yang mengatakan model baharu kereta Proton kini setanding dengan BMW. Walaupun hanya merupakan jawapan daripada Kementerian Perdagagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar pada Khamis minggu lalu ia menjadi sensasi di kalangan orang awam.

Menurut MITI, model baharu kereta Proton telah dilengkapi dengan ciri yang cangggih, berkualiti dan berprestasi tinggi. Sebagai contoh, model seperti Exora, Preve, Suprima S dan Iriz didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist, Traction Control System, ISOFIX dan Electronic Stability Control yang setanding dengan kereta mewah yang diimport.

Dengan gabungan “Lotus Ride and Handling” ia telah membantu menaikkan tahap piawan kereta Proton selain penarafan 5-bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP) dan Asean NCAP. Ini secara tidak langsung menjadikan model keluaran Proton setanding dengan beberapa jenama terkemuka lain seperti BMW, Volvo, Toyota dan Honda.

* Walaupun kenyataan ini agak skeptikal kepada rakyat Malaysia, hakikatnya memang model baharu Proton kini mempunyai ciri kereta global, namun Proton perlu mempertingkatkan strategi pemasaran, menjaga kualiti produk dan khidmat selepas jualan terlebih dahulu untuk menjadi jenama yang disegani diperingkat antarabangsa. Apa pendapat anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • Kereta BMW, Volvo dll mengguna pakai rating penilaian dari Euro NCAP. Jika proton juga mengguna pakai rating ini dgn result yg sama (5 bintang), maka bolehlah dikatakan kereta Proton setanding dgn BMW dan lain² kereta eropah. Rasanya ini perbandingan yg lebih adil. my 2sen.


  • Nak kata setanding tu, taklah..tapi bolehlah untuk sekurang-kurangnya bersaing dari segi spesifikasi keselamatan. Dari segi lain-lain terutamanya powertrain,NVH, design rasanya proton kena banyak belajar lagi.

    Selagi pakai punch CVT, jangan harap nak dapat kelancaran pemanduan yg optimum.


  • Mmm.. rasanya yg menteri tu ckap ciri2 safety jer yg setara/setanding bmw/volvo kn? Yg lain2 tu proton perlu pertingkatkan lagi utk model2 mendatang. Usaha protn ke arah itu patutnya sgt dialu2kan. Cuma org kita yg pernah berpengalaman buruk terhadap produk silam proton seperti tidak percaya n x bleh terima hakikat n kenyataan yg produk kini proton adalah lebih baik drp sebelum2nya.

    Mmglah suprima.preve even iriz hanya mendapat pengiktirafan 5 star safety asean ncap. Setidak2nya pengiktirafan di luar Asean seperti Aussie Ancap 5 star sudah membuktikan sesuatu. Penarafan europe ncap hanya bleh dpt bila produk tu dipasarkan di sana. Baru la bleh diuji secara rawak.

    Cheers!


    • Spec meningkat..tapi dari segi kualiti, macam takde beza dari zaman waja sampai ke zaman preve dan Iriz. Saya tahu sebab saya pakai 3 buah kereta ni.

      Preve baru 2 tahun pakai, bunyi dari dashboard tak payah nak kata. Dashboard material tak lasak. mentol lampu depan dah berkali2 tukar. Enjin dgn cvt memang tak refined.

      Iriz..masih ada masalah2 kualiti pemasangan. enjin dgn cvt masih tak dapat bekerjasama dengan baik. enjin dah mengaum mintak pergi, cvt kata nanti dulu..haha..update tcu pun takde perbezaan besar.

      waja saya masuk 6 tahun, ABS dah kong.pergi sc check, dorang mintak RM6000 untuk tukar modul dengan sensor. tu pun takde jaminan ABS akan bertahan lama. kualiti pemasangan tak payah cerita..siapa pakai waja, dia dah tahu dah.

      tapi tulah hakikatnya. 3 buah kereta proton ada dlm garaj saya skrg. mungkin cukup lah rasanya saya pakai proton.


      • Mmm… itu yg saya kata, yg diorg cakap tu pasal safety features yg setara smpai dpt 5 star. Apa2 pun yg lain perlu ada peningkatan. Setakat nie xde plak dgr kualiti pemasangan iriz major prob. hehe..kena biasakan character enjin n cvt iriz la kot lepas nie:)…. apa2 pun, mana2 kereta pun, lain kereta lain ragam. … waja 1997, yg nie x termasuk dlm kategori kereta baharu prootn.

        Mgkin la bro, dah bleh beli kereta yg lebih mahal yg sesuai dgn ekonomi bro yg dah bertambah baik…apa2 pun jgn lupa utk bersyukur ye…sama2 la kita:)

        Cheers!


        • waja keluar tahun 2000 la..bukan tahun 1997. btw, model waja mmg biasa mengalami masalah pada ABS module.. nak tukar seketul benda tu dkt RM5K.

          mmg bengang jugalah sebab waja dah keluar bertahun2, tapi sampai generasi terakhir waja cps proton tak ambil pengajaran.

          rasanya proton masih tidak mengamalkan kaizen sepenuhnya.

          salute kat bro AzmanK sebab masih setia pakai proton. tapi saya rasa eloklah bro try kereta lain pulak lepas ni. iriz tu pun ada problem bunyi tikus pd dashboard. susah nak cari puncanya. redha jela.


          • Mmm… waja keluar pasaran tahun 2000, betul. Mula dibangunkan 1997. Itu yg sy nk sampaikan. Sorry:P

            Cheers!


  • Kenapa Proton selalu buat kerja separuh jalan?

    Contoh:

    1)Push Start button pada Preve. Kenapa Full Keyless Entry tak ada pada kereta ni, tapi ada pulak pada Iriz?

    2) Bagi kereta Premium Small Sedan untuk Preve, kenapa tak ada telescopic steering?

    3) Sistem IAFM pada Saga BLM yang problematic. Sekarang dah tak pakai pada model baru.

    4) Installed Navigation pada Preve. Tapi peta ‘kosong’ dan tiada update.

    I drive a Preve and the assembly quality is way better than the Saga BLM that I traded-in with. Kereta yang bagus tetapi malangnya disebabkan kerja separuh jalan, tak bisa jadi cemerlang hanya sebab perkara2 yang dianggap remeh.

    And don’t say that “Masalah2 cuma pada model2 Proton yang lama”. Sebab ‘History is being made today’. And customers tak tukar kereta tiap tahun. Mereka pakai kereta for a long time and they WILL remember everything.

    Kadang-kadang saya terfikir: “Are Engineering and Development not communicating with Marketing in Proton?”


  • kalu amek literally maksud tajuk ni then mmg ramai yg keji proton..Kt FB brbakul2..
    Kalu perati standard yg digunapkai proton, then mungkin ada betul nye..well maybe tk se-gah auto giant lain; Hot press forming siapa yg lead teknologi ni? sama2 kita cari..
    assembly plant tg malim tiru module mana? sama2 kita cari..pd aku at least ada la substance dlm statement ni. Tp mmg ye, prjalan proton makin jauh. Tkpe.. teruskan brusaha..
    Nk ubah landscape otomotif negara? Oh mmg amat sukar dn mgkin juga agak impossible.. Tp proton tk ptut mngeluh..but terus cari jalan..


  • Proton sememangnya setanding BMW 1 series dan 2 series, ‘mungkin’ 3 series juga. Tetapi masih jauh ketinggalan berbanding BMW 4 series, 5 series 6 series, 7 series. Malah teknologi M series sangat jauh meninggalkan Proton. Teruskan usaha Proton. Diharap semua model replacement baru akan dilancarkan Proton mendapat 5-star ASEAN ANCAP.


    • kenyataan pak menteri yang tak mikir panjang…nowdays…too many….depa sendiri x guna 100% kereta proton. educate their family using proton first then baru suruh rakyat guna. kepimpinan melalui teladan.

Leave a Reply