ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Satria Neo Sprintex supercharger dari Proreka!

Views

10953377_563676100401635_7433138723837768334_n

Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar mengenai kewujudan model Proton Satria Neo yang menggunakan Sprintex supercharger bakal berada dipasaran. Proreka yang terkenal sebagai pereka bentuk bebas untuk Proton dan juga beberapa jenama kereta lain telah pun diberi hak untuk memasarkan Sprintex supercharger untuk dinaik taraf pada enjin Campro CPS.

Dengan pakej yang bernilai RM6,000 sahaja pemilik Neo boleh menaik taraf enjin Campro CPS dengan kit Sprintex supercharger + ekzos piggyback yang telah ditala + plug n play harness. Proreka juga turut menawarkan kit badan penuh Satria Neo seperti foto yang tertera (tidak termasuk grafik pelekat). Kepada pemilik Satria Neo yang mahukan prestasi enjin yang lebih baik dan kit badan yang lebih garang boleh layari Facebook Proreka Sprintex Supercharger untuk maklumat lanjut

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

644441_563676083734970_4283932513846113523_n 11017822_563676017068310_1263528743041352921_n 11021202_563676047068307_264361467830500959_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments

Leave a Reply