ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sambut ulangtahun ke-30!

Views

logo 30 tahun proton

  • Rebat RM3,000 untuk pelanggan yang lahir pada tahun 1985 atau
  • Pakej tukar-beli di bawah Progran Kesetiaan -RM100 untuk setiap tahun umur kenderaan atau
  • Pakej istimewa RM30,000 bagi model Proton Saga yang melambangkan perjalanan 3 dekadnya

Proton meraikan ulangtahun ke-30nya dengan menawarkan tawaran hebat istimewa dengan penjimatan hebat untuk pembelian bagi pelanggan baharu dan pemilik Proton sedia ada. “Tahun ini begitu istimewa buat kami yang meraikan ulangtahun ke-30. Proton bukan sahaja membangunkan kereta buatan sendiri, tetapi ia juga memberi sumbangan kepada masyarakat dan pembangunan negara. Proton bukan sekadar membuat kereta. Sejak model pertamanya Saga diperkenalkan, ia melambangkan perkembangan ekonomi negara yang semakin berkembang dan tahun ini juga Proton telah mengeluarkan empat juta unit kereta,” kata Dato’ Harith.

Sebagai permulaan, mulai 9 Julai hingga 30 September 2015, Proton menawarkan rebat sebanyak RM3,000 untuk semua model untuk pelanggan yang genap usia 30 tahun pada tahun ini (atau lahir pada tahun 1985). Selain itu dibawah Program Kesetiaan, pakej tukar-beli istimewa turut ditawarkan kepada pelanggan. Pemilik Proton boleh menjual kereta lama dan membeli kereta baharu dengan nilai harga kereta lama diberi rebat RM100 untuk setiap tahun umur kereta tersebut.

tun launch logo

“Dengan promosi ini, satu tabung khas telah ditubuhkan. Setiap RM30 hasil jualan setiap kereta Proton akan disalurkan kepada 3 badan kebajikan yang bakal menjadi penerima subangan tersebut pada hujung tahun ini,” tambah Dato’ Harith.

Promosi ulangtahun ke-30 Proton juga bakal memberi ganjaran kadar faedah serendah 1.99% setahun untuk model Saga dan Iriz yang terpilih, skim pembiayaan 100% untuk kakitangan kerajaan, tawaran hebat untuk graduan dan mahasiswa, kadar faedah rendah untuk model Proton yang lain dan banyak lagi. Paling menarik, pemilik model baharu baharu tidak perlu risau kerana kereta mereka akan diberi jaminan lanjutan sehingga 7 tahun.

Logo rasmi ulangtahun ke-30 telah dilancarkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Abdul Harith Abdullah petang semalam. Menampilkan format yang ringkas, logo tersebut menggabungkan unsur masa lalu dan masa hadapan dalam satu bulatan yang melambangkan segalanya dihubungkan bersama-sama dalam industri automotif. Logo ini akan diguna pakai pada iklan, produk, korporat dan papan tanda di bilik pameran, jualan dan acara promosi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


    • tq, melabel tanpa bukti….. buatlah kajian dulu, bentangkan hasil keputusan dan kemudian baru hebahkan. Komen tiada bukti umpama meratah daging sahabat sendiri/keluarga/masyarakat.

      Apa ada hal, aku punya hal lah…. yg penting mereka jatuh sejatuhnya….. malukan mereka dengan terancang. Jom join serangan secara berterusan ini.

      Cakap 2 positif dah tidak perlu lagi, sebab aku punya mulut so aku punya hal lah.

      Jika ini rancang berterusan-
      Stage 1 = segala berita positif mesti diberi komen negatif,
      Stage 2 = segala produk mereka mesti di beri comparison tak munasabah,
      Stage 3 = pastikan segala JV mereka gagal,
      Stage 4 = terapkan minda masyarakat tentang segala keburukan mereka walau tiada bukti kukuh,
      Stage 5 = pastikan segala gosip dan fitnah menjadi benar dengan cara mengubah ideology melalui berita palsu & internet,
      Stage 6 = jangan jual kereta mereka walau murah dan superior drpd pengeluar lain,
      Stage 7 = taknak bermuhasabah, pastikan semua 1-6 terjadi.

      Kalau ini lah yang sedang kita fikirkan, maka kita serupa perangai umpama dajal.

      UMPAMA…
      Suka hati cakap orang dajjal….. “kita” tiada kaitan dengan “kamu”
      Suka hati kata melebel tanpa bukit ……. sedap mulut cakap org, tapi dia komen macam haram.
      Suka hati kata rancang tersirat berterusan ……. mana ko tau, ada aku cakap ke?
      Suka hati senarai stage rancang berterusan……. nanti semua org tau, tak jadilah plan nanti.

      BE OPEN MINDED WITH POSITIVE ATTITUDES AND ETHICS….


      • sentap teruk nampak…

        sales dah terbukti..
        apa nak bising lagi..

        sales oversea pun xkemana..

        kalau betul2 bagus, orang tk komen negatif..

        bila orang cerita kelemahan… semua dilabel fitnah..dajjal..

        senang tutup buku..

        30 tahun dah..


        • Di reply oleh pembuli internet dan komen statement stage 4 dan 5 berdasarkan reply anda.

          Tq for showing your self to the public.


  • Promosi-promosi seperti ini memang perlu ditawarkan kepada pengguna setiap masa.. Setelah satu-satu promosi itu tamat maka promosi dalam bentuk yang lain/berbeza perlu terus ditawarkan kepada pengguna.. Contohnya setelah promosi ulang tahun ke-30 tamat pada 30 September, maka tawarkan promosi bentuk baru pada 1 oktober, begitu juga seterusnya.. Jangan berhenti menawarkan pelbagai jenis promosi.. Jenis promosi yang sama juga jangan ditawarkan terlalu lama(time limit), up to date dengan keadaan semasa..

Leave a Reply