ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perlu lebih aggresif jika ingin naikkan jualan

Views

suprima s rear sketch

* Foto hiasan

Berita mengenai kenyataan Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil mengenai punca kemerosotan jualan mungkin disebabkan faktor kurang sokongan daripada rakyat tempatan kini semakin sensasi! Pelbagai respons diberikan, kebanyakannya tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan tersebut. Persatuan Automotif Malaysia mengeluarkan jumlah jualan Proton di Malaysia untuk tahun 2013 adalah 138,753 unit, dengan jumlah pasaran cuma 21.2 peratus yang menurun dari 22.5 peratus pada 2012 dan 25.9 peratus pada 2010.

Tan Sri Mohd Khamil Jamil turut berkata Proton sedang mencari jalan untuk mengembangkan jualan dan menjimatkan kos. Ini termasuk penyeragaman alat ganti kereta yang akan memberikan skala ekonomi dan secara tidak langsung menjadikan kos lebih rendah. Keuntungan Proton menyusut disebabkan kenaikan kos. Beliau menyatakan untuk model Saga SV 1.3, keuntungan bersih adalah di bawah RM500 dan ia adalah mengejutkan!

Bukan setakat kemerosotan jualan dipasaran domestik, jualan Proton di Australia dan Thailand juga menurun secara mendadak. Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi kemerosotan jualan Proton, antaranya kelewatan memperkenalkan model baharu (model GSC sahaja dah beberapa kali tertangguh), persaingan yang cukup hebat daripada pengeluar lain yang pantas mengeluarkan model baharu, faktor harga, rekabentuk, ketahanan enjin dan kualiti produk.

suprima sketch 2

* Foto hiasan

Faktor kelemahan jurujual memahami produk dan memberi penerangan tepat (bukan semua jurujual), syarat pinjaman bank yang ketat (kawan saya mohon pinjaman untuk Saga SV ditolak, tetapi pinjaman untuk model Nissan Almera diluluskan) selain pelbagai isu kekerapan berlaku kerosakan turut membuatkan ramai beralih kepada jenama lain.

Sebenarnya Proton mempunyai produk yang semakin baik dari segi spesefikasi, kualiti dan teknologi, namun faktor tersebut dibayangi dengan rekabentuk yang terbatas (faktor kos dan kemampuan vendor) selain perbezaan harga jualan model Proton yang semakin dekat dengan pesaingnya. Lihat sahaja lakaran Proton Suprima S seperti foto-foto di atas, sebenarnya pereka di Proton mampu menghasilkan rekaan bertaraf global.

Proton seumpama sebuah kedai runcit yang terpaksa bersaing dengan hypermarket (jenama global lain seperti Toyota, Volkswagen dan lain-lain) dalam merebut pasaran. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengeluarkan model baru dan mengurangkan kos. Disebabkan tiada skala ekonomi, Proton terpaksa membeli komponen dengan harga lebih mahal, jadi kenaikan kos akan berlaku. Dalam keadaan sekarang, Proton perlu aggresif memperkenalkan model baharu, bukan melewatkannya kerana ini sudah pasti membuatkan jualan semakin merudum.

suprima sketch 1

* Foto hiasan

DRB-HICOM sebagai pemilik perlu menyuntik dana untuk pembangunan model, enjin dan platform baharu supaya Proton tidak mengalami nasib seperti MODENAS yang kini terkial-kial untuk bersaing. Proton amat memerlukan enjin teknologi baharu yang lebih efisien dan mesra alam kerana teknologi ini semakin mendapat permintaan ramai. Proton juga perlu lebih menumpukan pada pasaran eksport terutama sekali di China, India dan ASEAN kerana pasaran yang begitu luas dan semakin meningkat.

Proton sepatutnya tidak perlu mengharapkan pasaran domestik semata-mata jika hendak menjadi jenama global. Kini pengeluar automotif dari China pula telah menggunakan strategi kejayaan KIA dan HYUNDAI untuk menembusi pasaran global. Lihatlah di Beijing Auto Show baru-baru ini betapa aggresifnya mereka ke arah itu. Adakah Proton mampu bersaing dengan mereka selepas ini? Jika tidak mahu ketinggalan, kena buatlah sesuatu.

* Kalau Proton setahun sekali pun payah nak keluar model baru, macam mana nak bersaing kan? Jangan salahkan rakyat Malaysia sebab tak beli Proton pulak, takkan nak jual model varian tambahan je sepanjang tahun. Pengeluar lain pun dah lancar model baru, cepat sikit lancar GSC tu ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

33 Comments


  • spt yg pernah saya katakan, kerajaan sendiri tidak membantu proton. hapuskan cukai, maka kekerapan rakyat malaysia menukar kereta dalam masa 5-7 tahun lebih tinggi. lebih banyak perolehan, maka lebih cepat proton bergerak mengeluarkan produk2 baru dalam pelbagai segmen. secara x langsung saya yakin kualiti turut meningkat. proton perlukan revolusi. pecat sahaja penasihat yg gagal.


    • Teori itu ada benarnya.tapi,jgn abaikan teori lg satu ni..
      apabila cukai dihapuskan,harga kereta semakin murah. Contohnya sblm ni byr bulan2 rm800 utk kereta proton suprimaS.tapi setelah harga kereta murah,rm800 sebulan boleh byr honda civic sebagai contoh..so rs2 org nk beli suprimaS ke nk beli civic?rsnye ramai yg akan kekalkn byr bulan2 rm800 berbanding byr lg rendah..org malaysia ni cekap juga bab2 pusing2 duit ni..haha…..


  • Sustainability is tough – apa yg company kecil dan kurang terkenal (relatively speaking) sering lakukan adalah ia bertukar menjadi ‘super good’ in certain areas – if not all. Cth: Digi have done it, Mudah.my also did it. Pada aku Proton ada Lotus yang ada ‘super-good’ feature/ criteria. Cuma Proton perlu mencari/ ada-kan ciri-ciri seperti ini utk terus bersaing. Jika tidak saingan akan terus menelan anda..


  • baru kuar myvi smlm utk wife..sbb nak guna sangat kete..
    gsc lak dah tangguh lama..
    sorry to say proton..
    quality perodua nampak lebih baik dari proton..
    preve aku pon dah mcm2 bunyik dah..prob pon leh tahan jugak,,
    spec:proton win
    quality: perodua win

    tapi aku masih nak tgk proton yg lebih baik lepas ni..
    smlm deliver kete myvi switch fold side mirror rosak..
    so perodua pon nak kate bagus sgt tu xde la.
    masing2 ade pro n cons

    berbalik kepada topik..
    masa depan makin suram..walopon gsc dah nak kuar, tp rase mcm susah jugak.
    proton kan fail bab2 marketing ni..


    • nasib baik myvi bro…engine senyap…smooth dan lancar…dalaman feels much more quality n expensive.. than lets say a saga BLM…

      proton’s engine will be shouting low rpm ke…high rpm ke…slow or low speed..menjerihkan


  • Mmm… apa2 pun kena giat keluarkn model2 baru mengikut jadual dan setiap 3 tahun. Setiap model baru pasti ada penambahbaikan dari segala segi termasuk mutu n spc. Tapi kalau dah 5, 6 tahun baru ada model baru dan yg lain2 tu sekadar varian jer, mmg susah ar nk pegi jauh. Mmg dana menjadi kekangan. Tapi kalau nk tunggu dana ada baru nk hasilkn sesuatu, berjanggut la utk bersaing dgn pesaing global. DRB kena mainkan peranan. Kena giat cari dana utk prootn disamping proton sendiri. Bagaimana dgn pinjaman lotus RM6 billion tu? Selepas plan pemulihan lotus dikaji semula, patutnya ada lebihan budget dari sumber itu dan patutnya digunakan utk membantu proton, bukannya digunakan utk dilaburkan dlm sektor2 lain yg DRB terlibat.

    Setakat 1 model global utk tackle pasaran mmg payah, patutnya dh ada 2, 3 barisan model baru global yg diyakini. Gunakkan sahaja resepi Mazda, sekali kuar dgn rangkaian model baru yg bergaya, CX5, mazda3, mazda6 utk pasaran globalnya. Sekurang2nya kalau 1 yg boom, oklah. Nie hanya ada 1, alau yg satu nie x boom, nk harap apa lagi?:(

    Proton kena kenalpasti potensinya, dan fokus pada kekuatan nie utk meyakinkan jenamanya. Dan kena selalu buat keputusan tepat. No more try n error ok.

    Cheers!


  • problem in proton car …
    1. Old low tech Campro, heavy fuel consumption 1.6=2.0L. too big/heavy, noise sound… need replace ASAP if not selling will not up. GSC if used honda engine sales can up x3 time compare to Campro.
    2. lousy Punch CVT, noise, not efficient, please change to aisin or 6AT,
    3. Marketing issue
    4. too heavy of car cause fuel consumption.
    5. interior lousy design, specially lousy center console, no attractive at all.


  • Masalah utama Proton adalah Campro Enjin, fuel consumption tinggi.. NVH juga masih jauh dibelakang Toyota, Nissan, Honda malah NVH Myvi mungkin lebih baik drp Preve..

    Mahu tidak mahu, Proton perlu buat sesuatu untuk gantikan enjin campro yang ada sekarang..


  • Setuju sgt dgn komen pasal enjin Campro.. Proton ni serba serbi tak menghalusi masalahnya… customer plak yg nk kena bising.
    Dr dulu aku heran mcm mana Proton boleh jd prduction enjin compro yg MEMEKAK tu.. xkiralah dr siri Campro asal , IAFM, IAFM+, CPS, CFE semuanya MEMEKAK dan high vibration. Kalau duduk dlm kabin kete Proton.. seat depan xpyh ckplah memang dh MEMEKAK.. ni seat belakang.. pun.. mase idling.. boleh rase MEMEKAK dan low-freq vibration.. jauh beza dgn enjin Honda dan Toyota yg senyap mcm xhidup..

    bila kita komplen mcm2 alasan.. mmg macm tu lah.. mmg mcm ni lah.. lastly sape pun xnk beli proton. Saga BLM paling teruk suffer dgn masalah ini.

    Sudahle rupa interior hampeh.. enjin sucks, minyak kuat.. bising.. so apa lg customer nk harap utk terus beli Proton? apa wow factor yg ada utk customer berhutang 9 tahun laburkan duit pd Proton in that such failure??

    satu contoh lagi.. enjin Campro akan suffer oil leaking yg ketara selepas milage 80,000km.. mostly sampled akn jumpa kes ni. kos utk baiki boleh cecah RM 700-1000k. sensor apa entah dkt belakang sikit head cover tu.. akan bunyi bising tnpa sebab.. serupa tepet longgar.. SC ckp itu biasa.. BIASA?? yg asal pun dh MEMEKAK.. tmbah lg bunyi baru..super PEKAK.. blowing fan yg design xbetul2 ambil kira kesan bunyi.. main hentam jer.,. janji cooling radiator tu boleh pump out heat.. xde precision dlm kejuruteraan Proton.. janji SIAP!

    Spt aku kata.. Proton ni xubah mcm budak AUTISM.. yg kurang upaya.. syok hidup dlm dunianya sndiri..


  • Precision engineering mg xde dlm proton. serba serbi.. ikhlas ckp sbb aku pakai Proton..
    Proton Megavalve tahun 90-an dlu kemudian jd Iswara dn Wira lahir itu shjlah zaman kegemilangan Proton. Wira dikira model berjaya Proton. Krjn disitulah Proton banyak belajar dr Mitsubishi.. Wira model yg sgt laris pd zamannya.

    Syg sekali.. pentadbir dan pelaksana Proton termasuk head of engineering proton tk adaptasi nilai precision yg Jepun bina pd Wira (lancer) dan Iswara (Fiore).. zaman tu susun atur dlm bonet enjin memang xsekemas skrg.. tp fungsi kawalan dan enjin oleh pemandu amat menyedapkan..

    satu perkara aku ukur precision design dlm proton.. ialah rasa turning signal stalk. aku byk pakai kenderaan company-mcm toyota.. bila aku pakai Proton balik umah.. sucks.. boleh rasa mcm mana Proton design .. janji boleh pakai.. feeling xde.. kalau Toyota , mase main signal stalk tu rase precise dan soft.. kita enjoy driving..tindakbalas steering, accelerator, control panel rase close to our ergonomics..

    Proton? belagak dgn signal sblh kiri. entah kitab mana Proton pakai mesti paksa customer Malaysia pakai signal kiri.. menyusahkan.. letak suis2 foglamp yg susah capai..

    ini remeh2 hal..tp Proton tetap berlagak.. dia xpeduli..ini sifat org Melayu..maaf ckp.. kalau ckp banyak nnt mula nk hangin.. dhle xde WOW factor..lepas tu basic factor pun tunggang langgang..

    itulah proton.. Untung sabut TIMBUL.. untung batu TENGGELAM..


  • Cuba Proton wujudkan unit khas muhasabah semula produk2nya selepas dijual. Buat betul2.. xpyh tiru compan lain.. tp buat sistem yg betul2 nk cari APA PUNCA MAJOR DECLINE dlm jualan PROTON. Cuba hasilkan satu2 model yg betul2 puas hati.. biar xbanyak varian tp setiap model tu PUAS HATI. interm of quality dan kepuasan pembeli!

    Jgn asyik tuding luar je..mulakan dr RnD dn Kilang dhulu.. mulakan muhasabah dr dlm floor plan-RnD-Kilang-vendor-marketing-PDI then baru ke Proton Edar berakhir di Service Center..buat tindakan bersungguh2.. bukan lepas batuk..

    Wow factor of design fizikal shj belum cukup utk WOW kan minat pembeli. Sb contoh.. Gen-2 dikira ada WOW factor pd zaman tu.. tp apa terjadi?? luar je nampak WOW tp byk masalah lain wujud.. mcm biasa Proton jual kereta yg JANJI SIAP.. CAMPRO sucks! kualiti part2 teruk.. no precision.. Persona dpt cover balik investment Gen-2. itupun di zaman DSZ.. sbb beliau ada kaliber dlm position nya dlm proton.. he was a motivator..also.. not just a director!!


    • Bro
      Respect your view
      Being critical is fine
      Being blant negative is a different thing all together
      Apa kita hanya mampu mengutuk shj setiap masa?


      • kutuk ja la yang mampu. Tak kan nak design sendiri kereta kot. Duit yang dok ada ni pon mampu beli kereta lingkungan 100k jer. Tak mampu buat kereta lingkungan 100k lagik.


  • Camni je laa Proton. Tau apa yang rakyat Malaysia nak tak? kalau tak tau sila tanya. Lepas dah dapat maklumat baru buat kereta yang rakyat nak. Kalau dia nak turbo high pressure bagi dia yang high pressure. Kalau dia nak manual, bagi dia manual. Pasal bising tu boleh cover dengan tambah ketebalan insulation kat firewall tu. NVH R&D punya job. Bukan rocket science pun tapi more of logic thinking.

    Enjin kuat makan minyak, R&D laa enjin ni kenape. Nak buat baru mahal kan? Pasal muhasabah tu saya setuju. Maksudnya Post Mortem. Kaji cemana nak kurang kos tapi kualiti tetap unggul. Mesti ada cara. Kalau tak tau, buat reverse engineering.

    Ish Proton company yang besar mesti laa tau. Cuma jangan ada management yang bangang-bangang yang jenis suka mencantas idea jurutera ke, idea orang bawahan ke at least bagi chance dia buktikan sesuatu. Macam dulu selalu ada kekangan sana, kekangan sini. Kalau vendor tu takleh buat, cari vendor yang boleh buat. Jangan nak rigid jer. Vendor tu takleh buat laa part tu. Tu semua alasan lapuk.

    Proton mesti ada beberapa vendor kan? Cara sebelum ni yang cantas vendor sebab kualiti tu bagus. Baru laa vendor ni takut skit, ni tak. Proton lak yang kene takutkan dia. WTH? Saya tau proton boleh lakukan sebab anak muda Proton berdedikasi…. Protonians. Boleh buat punya. Semua ada jalan.


  • Jika semuanya tdk mnjadi, siapa lg mampu mbawa Proton ke dpn? Kita sudh melihat wajah itu dan ini, pengurusan itu dan ini mngmbil Proton. Nah skrg apa sterusnya? Sudah pasti aku tdk mgharapkan org luar mnguruskan Proton..
    Tepuk dada, fikirkan..


  • Proton kena belajar dengan KIA dan Hyundai…Mereka ‘pukau’ orang kita dengan rekabentuk kereta yang menarik dan kekemasan binaanya walaupun enjin masih yang sama…Mereka jual dengan harga yang bersaing dengan PROTON tetapi kini mereka mampu bersaing dengan Honda dan Toyota…PROTON mesti mendapatkan pakar reka bentuk terbaik untuk mengubah keadaan….


  • proton perlu berubah segera! sy pemilik kereta proton yg jemu tgk design proton yg makin tak maju… buat perubahan. management yg teruk punca segala mslh..


  • horizontally shaped rear light,,,
    everybody agree for horizontal latest trend of the hatchbacks.

    but ends up with. an old fashioned 90s Hyundai rear combo..

    mmmmmm


    • maybe sebab nak reduce cost, bila horizontal biasanya kena buat 2 piece tail lamp..tapi bagi saya tak guna cut cost sebab bila invest lebih sikit pada design yang lebih baik, pembeli akan tertarik & sales akan meningkat


    • Kenapa kualiti antara kereta proton yang sama model adalah berbeza? Mgkn proton perlu lihat perkara ini.

      Dulu design dashboard kereta kia dan hyundai hampir sama je. Mmg la ada petalian korporat tapi takde la jadi bahan kritikan dan masih boleh jual. Tgk je optima dan sonata dulu-dulu camna rupa, huhu.


  • Sy x mau komen bab kualiti. Kalau kita rajin surf forum, pasti akan jumpa isu kualiti, x kira apa jenis kereta pun. Yg sy mau komen ialah citarasa org malaysia dlm memilih kereta. Dan sy sgt yakin 2 faktor utama ialah brand dan design. Soal ciri safety dan specs tolak tepi.
    Kalau org muda, berpendapatan RM2500 sebulan, duduk di kota metropolitan dan ingin memiliki kereta, jika diberi pilihan myvi dan saga, model mana yg akn dipilih? Sy pasti 70% akan pilih myvi. Sbb apa? Krn rekabentuk yg lebih sporty, smart dan menawan. Sy pernah tanya pd adik sy, tentang saga, apa jawapannya? Saga utk org tua yg dh pencen ok la bang…


  • Dari mata turun ke hati….Proton kena tackle pembeli dgn design dan teknologi terkini. Cth bila pengeluar lain dah mula start guna lampu dan meter dgn teknologi OLED proton masih bangga dgn LED DRL zaman lalu. Nasib proton dh jd mcm mitsubishi di jepun. Nasib baik ada model evolution yg mmg terbaik dgn teknologi enginenya kalo tk dah lama berkubur mitsui. Utk proton…pikatlah pembeli malaysia dgn rekabentuk terkini…jgn syok sendiri dan juga jgn berkira sgt dgn kos atau takut dgn crony vendor2…psl jika gagal penjimatan yg di harapkan akn bertukar kerugian melampau. Yg di kendong tk dpt yg dikejar berciciran.


  • sebagai pemilik proton, apa yg aku boleh katakan, proton masih lemah dalam bab fit and finish. Tak kiralah dari pemasangan komponen dalaman atau yg lebih teruk, dari body kereta itu sendiri.


  • proton saga kn antara model laris,tiba masa nya,wak kuar proton saga replacement ASAP…bru bleh up volume sales…wak kuar dua model dalam tahun ni,satu pelaburan yg tidak rugi pn…


  • saya dah pakai macam-macam kete…masing-masing ada problem. Pakai Toyota Innova – dalam engine compartment ada knocking sound very irritating…beli Myvi (Orang puteh sebut maivai).. tak sampai setahun macam2 bunyi macam orkestra..bunyi skru tercabut..pakai proton wira ..kete ok tapi window rosak tahun ke 6….tapi drive proton lebih fun..setakat ni dah pakai 13 buah kete –dari Toyota Corrolla DX, Mazda Familia,Ford Escort..Nissan, Opel, proton jer dah 6 buah.. yag paling teruk kancillah…dahlah kecik x selamat..radiator dua kali dah rosak..sudah ribu2 kena bro..

Leave a Reply