ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perlu keluarkan model “Die Cast Metal” sebagai cenderahati rasmi, setuju atau tidak?

Views

DSC_0168

* Model buatan tangan daripada Evolution Miniatures

Sebut sahaja mengenai model “Die Cast Metal” pasti ramai yang akan beranggapan ia hanya merupakan model kereta mainan biasa. Namun ia bukan sekadar model kereta mainan biasa, tetapi merupakan koleksi yang begitu berharga dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri bagi pengumpul dan peminatnya. Saya terpanggil untuk mengeluarkan artikel ini setelah melihat model kereta Proton buatan tangan daripada Evolution Miniatures. Mereka sebenarnya telah mengubahsuai model kereta lain untuk dijadikan model Proton mengikut spesifikasi yang dikehendaki pelanggannya. Kebanyakannya mahukan kereta mereka sendiri dijadikan sebagai koleksi simpanan.

Model “Die Cast Metal” kereta Proton sebenarnya tidak dijual secara rasmi, namun ada sebuah syarikat pengilang mainan tempatan telah mengambil inisiatif sendiri mengeluarkan model Inspira & versi kereta peronda Polis. Tidak dipastikan samada model tersebut telah mendapat hak cipta untuk mengeluarkan produk daripada pihak Proton terlebih dahulu. Namun persoalan timbul mengapa Proton sendiri tidak mengeluarkan produk sebegini sebagai daya penarik dan juga cenderahati untuk dijual kepada orang ramai memandangkan ia ada permintaan.

Perodua terlebih dahulu mempunyai produk sebegini yang telah dijual di booth pameran mereka. Jadi saya ingin meminta pendapat dan komen daripada rakan-rakan pembaca funtasticko.net mengenai produk ini. Bagi saya Proton memang perlukan produk ini dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya lantik sebuah syarikat untuk menjadi pembekal dan harga jualan mestilah berpatutan serta kualiti produk yang terbaik.

[socialpoll id=”2264710″]

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

601766_631162706935780_1388920403_n 1566_495898207128898_280210210_n 10404505_1567133106858138_5107803428365061758_n 1507969_699957803389603_1527875787_n 1484362_673365749382142_1264893210_n DSC_0090 DSC_0185 (2) 1903997_712499035468813_596073336_n DSC_0016 (2) 10944812_1574666972771418_9206939476357888155_n 11025825_1574666929438089_5576095439637539280_n 2014-02-18 15.34.10 1655877_711689355549781_464600692_n 11073001_1585682498336532_4915459103427842803_n DSC_0302 1462844_676139492438101_1206300171_n DSC_0038 11052431_1588461664725282_2392390078435250592_n 1545981_1567127410192041_7168896539946229020_n 10422219_1588461641391951_2903651814892513264_n 10955519_1567127406858708_1554336786212471643_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Mmm… sgt setuju!!!. Proton dah perlu ada unit merchandise nie. Bukan stakat cop logo kat payung, T-shirt, pen, beg dll. Model miniature proton sekurang2 dgn skala 1:24 bagus gak dikeluarkan. Kuarkan edisi terhad pun xpe:) Ramai peminat ternanti2 koleksi nie. Model2 nie bukanlah target utk profit sgt, tapi jadikan sebahagian drp strategi pemasaran kreatif selain serapkannya dlm sebahagian drp kempen kesedaran n keberadaan model2 proton dipasaran… lebih kurang cengitu ler:)

    Cheers!


  • Dah lama tunggu..dulu penah survey kalau tempah di sebuah kilang di China minimum 10 000 buah..
    harga kurang dari rm12 sebuah..

    tak sabar nak tunggu die cast preve… 🙂


  • why waste money? should have use the available fund to improve the RnD, quality, design & others improvement. not on this kinda junks that serve no purposes and useless die cast junkie.


  • Mungkin Die Cast model adalah hanya sebahagian dari merchandising. Paling sajak bermula dgn kereta dari Proton Motorsports dan Lotus. Kalau nak jual ide biarlah ia grand. Kalau dirangkumi lagi luas mungkin disertakan permainan remote control dan mainan litar seperti Scalextric.


  • Aku harap kualiti sama cam tomica limited vintage neo..kecik..1/64..tp detail superb..tomica biasa x cntik..level bru nk up..TLVN level abam2..stok dok dlm almari je..hehehe..nice..


  • Bro, yang keluarkan siri kereta polis tu memang licensed product PDRM daripada Daisheng. Saya tengok ada mula jual di PETRONAS dan Aeon. Antara siri dia:
    1. Waja PDRM
    2. Inspira PDRM
    3. BMW X5 PDRM
    4. BMW X5 + Bot Peronda PDRM
    5. Tow Truck PDRM
    5. Ada scale lebih kecil helikopter, kereta, dll.

    Harga start dripada RM29.90-RM69.90.


  • idea bagus tu..boleh sapa2 propose buat skim Kereta Die Cast 1 Malaysia…order byk2…jual x jual tolak tepi…sy propose buat model Juara & Tiara dulu


    • bole follow pesbuk Pipol Plastik atau tauke dia Puren Bulat. manufacture Proton Satria Neo 1/32 Resin. Satria Neo Base Line dan R3 dah release n tgh collect order. Model R3 RS, S2000 IRC, S2000 Supercharge Concept, Artiga Concept, dan R3 Lotus akan menyusul kelak.


  • bole follow pesbuk Pipol Plastik atau tauke dia Puren Bulat. manufacture Proton Satria Neo 1/32 Resin. Satria Neo Base Line dan R3 dah release n tgh collect order. Model R3 RS, S2000 IRC, S2000 Supercharge Concept, Artiga Concept, dan R3 Lotus akan menyusul kelak.

Leave a Reply