ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton panggil semula Exora Bold CFE untuk pemeriksaan percuma!

Views

exora-bold_ext_large

Foto hiasan

Perhatian kepada pemilik Proton Exora Bold CFE keluaran Oktober 2011 hingga April 2014! Proton mengumumkan Khidmat Pemeriksaan Percuma untuk kereta anda kerana ada kemungkinan kebocoran pada penyambung radiator.

“Tujuan pemanggilan semula ini adalah respons kami terhadap maklum balas dari pemilik Exora Bold CFE selain membuktikan komitmen Proton kepada pelanggannya terutama sekali isu yang membabitkan soal keselamatan dan kepercayaan terhadap produk keluaran Proton,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Setakat ini tiada laporan atau insiden yang melibatkan kemalangan, kecederaan atau kematian berhubung dengan isu tersebut. Proton berharap agar para pelanggan memahami langkah yang telah diambil untuk memastikan keyakinan yang berterusan dari aspek keselamatan dan prestasi kenderaan mereka.

Program ini melibatkan 40,000 unit Exora Bold CFE dan pemiliknya disaran supaya menghubungi mana-mana pusat servis Proton berhampiran untuk membuat temujanji. Segala kos buruh dan penukaran alat ganti yang berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Proton. Pihak Proton juga akan menghantar surat pemberitahuan kepada semua pelanggan yang terlibat. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian 1800 888 398 atau hantarkan e-mail ke [email protected].

* Harap dapat diwar-warkan kepada rakan-rakan pemilik Exora Bold CFE keluaran Oktober 2011 hingga April 2014 ye. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • walaupun recall untuk part replacement atau inspection ni sesuatu yang seboleh bolehnya dielakkan, namum Proton ambil langkah pro-aktif untuk atasi masalah pada radiator Exora Bold CFE.. cuma sebelum ni dalam beberapa kes,Proton ambil langkah lepas pandang.. contoh masalah oil leak dari penutup cam shaft enjin campro yang banyak berlaku pada enjin2 campro.. patutnya Proton ambil langkah recall dan tukar gasket rubber secara percuma


  • satu lagi part yang selalu problem ialah ABS sensor.. baru je replace, ni dah menyala semula… Proton perlu beri lifetime warranty untuk ABS tu


    • Pengalaman aku…

      Baru-baru ni, waja cps aku menghadapi masalah ABS sign ni. Agak kerap jugak problem ni terjadi. Aku memang amalkan tunggu ABS/Airbags sign padam dulu sebelum menghidupkan enjin. Tapi entah kenapa sejak 2 minggu lepas kadangkala ABS tu tak mahu padam.

      Pernah terjadi ketika memandu di highway, sign handbrake dan ABS ni menyala.Sudahnya aku berhenti kat hentian, on/off kunci 2-3 kali jugalah nak bagi padam sign tu.

      Aku memang tahu waja campro/cps paling banyak menghadapi masalah ni. aku pun tak terkejut sebab waja aku dah 5 tahun. da pemilik tu, tak sampai setahun dah kena masalah ni. Kalau nak ganti ABS module ni bukan murah..mahu ribu2 juga. Akhirnya aku call SC, bagitau nak check ABS.

      Tapi sementara nak tunggu hari nak pergi SC, masalah tu hilang macam tu je..memang pelik sebab sebelum tu, mmg setiap hari kereta tu tunjuk “perangai” dia. Last2 aku tak jadi hantar SC. tunggu dia keluar petanda sign on\off baru aku hantar diagnosis.


  • Rasanya,pasal rocker valve gasket tuh,mmh standard item tukor stiap 40k km@2 tahun. Sume kete den n kete ayah den yg pkai campro,maintain servis ngan prtn branch ktn,stiap 40k km servis,mmg diaorg tukor. Sampai skang xleaking. Mgkin sbb getah yg pkai getah murah kit,sbb savvy den 100k km br tukor.

    Pasal abs tuh,mmg byk gak dgr prob. Xtaulah msalah apa bosch punya abs sistem. Rasanya iriz pkai conti punya. Tp kete den n rakan2 den yg biasa kalu start,bio abs n airbags punya lampu padam dulu br start engine. Xtaulah kebetulan atau ada kena mengena,tp alhamdulillah,ok sampai skang.

    Satu lg masalah kalu abs sensor nih,kalu tuko sbelah,xlama kendian,sebelah lg kong. Jadi dinasihati,tuko dua2,xda byk kije ulang alik.

    Lifetime warranty abs payoh rasa,sbb oem supply,bosch. Tp prtn patut siasat apa punca cepat kong. Kena siasat blk dgn bosch.

    Stakat ni,xda solution yg betul,tp xslh kalu start,bio sume lampu sensor padam dulu,bio dia abis diagnose dulu baru start enjin.


  • berkenanan dengan abs tu, banyak yang problem pasal dia punya sensor, macam exora bold aku, baru ni ada nyala lampu abs, pastu aku bukak dan cuci sensor tu, memang banyak habuk besi melekat kat sensor tu, pastu sampai skarang ok dah. bagi mereka yang dah abis warranty kalau lampu abs menyala jgn cepat-cepat tukar sensor, try cuci dulu sensor dia dan chek resistance sensor tersebut guna multimeter

Leave a Reply