ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON, LOTUS dan GOLDSTAR meterai perjanjian usaha sama

Views

ART_8434

PROTON Holdings Berhad syarikat induk Lotus Group, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Lotus Group International Limited, United Kingdom  dan Goldstar Heavy Industrial Co Ltd untuk pengembangan perniagaan kereta Lotus di Republik Rakyat China. Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan kereta Lotus dalam segmen premium sport di China, selain memanfaatkan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Wilayah Fujian. PROTON dan Lotus Group adalah anak syarikat DRB-HICOM Berhad.

Pengerusi PROTON dan bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PROTON,  dan disaksikan oleh Dato ‘Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. Bagi pihak Lotus Group pula diwakili oleh Encik Jean-Marc Gales, Ketua Pegawai Eksekutif dan disaksikan oleh Encik Rohime Shafie, Pengarah Lotus Group dan Ketua Pegawai Kewangan PROTON.  Pihak Goldstar diwakili oleh Encik Zheng Qianghui, yang merupakan Pengerusi Goldstar dan disaksikan oleh Encik Zhai Wenliang, Presiden Goldstar.

Dato ‘Abdul Harith Abdullah berkata, “Perjanjian usaha sama ini akan melihat penubuhan syarikat usaha sama baharu bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam penggunaan teknologi yang cekap dan termaju. Syarikat ini akan menghasilkan dan menjual kereta penumpang berjenama Lotus selain juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dengan produk-produknya di Republik Rakyat China.

“Pasaran automotif di China adalah yang terbesar di dunia pada hari ini, dan ianya masih berkembang, oleh itu adalah wajar untuk sebuah syarikat seperti Lotus ditubuhkan untuk memulakan dan  mengembangkan pasarannya. “tambah Dato ‘Harith.

“Pada April 7, 2015, Lotus mengumumkan 55% peningkatan dalam jualan kereta bagi tahun kewangan 2014/15, berbanding dengan tahun sebelumnya dengan 36 pengedar baharu dilantik dalam tempoh 2014/15. China telah muncul sebagai pasaran utama eksport Lotus dan ia dijangka berkembang dengan cepat. Lotus Group amat teruja dengan peluang baharu daripada usaha sama ini. “ulas Jean-Marc Gales . Lotus akan terus mengeluarkan pelbagai kereta sport Lotus model terbaharunya seperti (Evora, Exige dan Elise) secara eksklusif di Ibu Pejabat di Hethel, England.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • driving the proton , you can feel the steering too far or the pedals too near. worst ergonomic by proton , especially in exora,

    the easiest is proton need to update the steering design in order to agreed with normal human dimension. how many face-lifts since the first release but proton never do nothing.

    well. almost giving up proton, even-though i love the chassis, cant stand stand with the pain of weird driving ergonomic. thinking to let it go.

    = i dont understand the so called R and D department considering this issue,,,,,


        • ejas je seat kereta tu ke depan atau ke belakang…. tak payah jadi tidak jujur dalam mengomen… memang dh jadi trend manusia…. bila ada berita kebaikan, mereka akan menulis keburukan dengan harapan sykt itu muflis. Berita keluar 19 April 2015 pagi, sebelah petang tu jugak keluar berita buruk pulak…. nampak sangat manusia ada dua golongan seperti dlm kitab2 syumul ….. dua golongan itu adalah golongan mereka yg tidak bersyukur dan golongan yg bersyukur. Juga terdapat 2 golongan penyampai juga iaitu golongan yg jujur menyampai berita dan golongan yg memfitnah/mereka cerita yg tidak wujud. Fikir2 kan…. gunakanlah apa sahaja cara sekali pun, jika Tuhan kata jadi, maka jadilah ia…. sesungguh mana pun kita hebat dalam memastikan kejatuhan sesuatu syarikat itu dengan perasaan nekad, tetapi kita lupa dengan nekad itu telah mengorbankan ramai sahabat yg lain sedarah dan sekeadaan dengan kita….. MENANG HANYA UNTUK KATA “KAMI PUAS DENGAN TINDAKAN KAMI INI, DAN KITA TELAH MENANG PERLAWANAN INI, LAWAN TETAP LAWAN”….. umpama main bola, MENANG DI JULANG, KALAH DI KUTUK….. lepas tu kedua-duanya tidak dapat apa2 kerana kemenangan yg sebenar adalah FINAL PERLAWANAN AKHIR LIGA BOLA dan bukannya sekarang.

          KESIAN KEPADA MASYARAKAT KITA, KERANA MENGUNAAN MEDIA DENGAN TIDAK BERETIKA DAN DISALAH GUNA UNTUK MENYEDAPKAN HATI SERAKAH MASING-MASING.


    • pengalaman sy bawa proton dan perodua (tinggi 172cm).. steering persona pada posisi yang sesuai, jd tangan tak lenguh bila memandu.. pengalaman bawa axia.. steering agak jauh dari pemandu.. kekurangannya, bila memandu.. tangan sedikit lenguh


      • this is the answer.
        car ergonomic dimension and human dimension sometimes disagree each other.
        to optimize this discomfort ADJUSTABLE TELESCOPIC STEERING will compromise this discomforting factor.


  • jenama proton tak boleh dijual di china..terpaksa juga guna jenama lotus..takpe..yg penting masyuk, dan proton boleh membuat model yang lebih baik


    • A clown has entertained a lot of people & has make many smiles upon the clown actions, improvement, development, and step by step progress on joke the clown make. Even though many did not like the clown…. but at the end of the day, everybody call the clown to make arrangement to entertain for their kids… yet pay in a generous sum of money.

      If the clown gulung tikar, then the clown has become not a clown any more because many will see the clown values, norms, mission and vision that being revealed (by the bunch of other clown) on why the 1st clown exit the market and 2nd clown set the ball back rolling at the first place…. similar karma = the 1st bunch of clown died, then rule by the 2nd bunch of other clown, later 3rd bunch of clown kills the 2nd bunch of clown, bla, bla…… an infinite change which does not occur. MORAL: If you’re hoping to be the 2nd bunch of other clown …..that have the guts to change the system. I think many may agree…. that you try to make us clown by your word of wisdom “A great company but ruled by bunch of clowns”…….


      • Jangan kata rule by clown. Tak elok dok kata kat orang nih. Tapi,
        Proton is the only one…..
        the only car company in the world….
        that ruled by……
        VENDOR…

        Tell me one car company that vendor can say NO to them….
        Aku supply part tah hapa hapa ko kena terima….
        Ko tak terima jugak nanti aku report big daddy…


        • Maknanya ko tergolong dalam golongan memeras dan menipu kerana mengaku pulak tu…. 1) Fikirkan gaji tu layak untuk diberi makan pada keluarga anda? fikir2 kan. jangan bangga sangat menghisap darah org lain….. malah rasa bangga pulak berjaya buat company tu bermasalah dengan menghantar input yg tidak berkualiti dan hantar dah dekat due date…. lepas tu proton terpaksa terima sebab production line perlu input utk pasang kereta. 2) Fikirkan dan muhasabah tindakan anda telah meragut ramai pelanggan proton. Nampak nya …..vendor ini melakukan dengan terancang….. bagi menjatuhkan sesuatu pesaing dengan melingkupkannya.

          Dah sama macam campak batu pada periuk nasi orang lain….. iaitu pekerja2 di proton dan mereka juga ada keluarga untuk ditanggung.

          Maka awak sangat berbangga melakukannya….. terima kasih sangat dengan pencerahan ini.

          Didoakan supaya anda selamat semasa berhadapan dengan Maha Esa nanti.
          Amin.


  • Sepatutnya macam ini……

    KISAH IBU & ANAK DAPAT PENCAPAIAN 5A,

    BAGUS, IA SATU PENCAPAIAN YANG BAIK….. PERMULAAN KEARAH PEMBANGUNAN DIRI DARIPADA PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN INI. IBU JUGA BERBESAR HATI MELIHAT KEJAYAAN ADIK BAGI USAHASAMA DAN BAKAL ADA LEBIH BANYAK KEJAYAAN ADIK YANG BAKAL DAPAT DILIHAT DI MASA HADAPAN DAN MENJADI KEBANGGAAN KELUARGA…..

    MASYARAKAT & IBU ANAK DAPAT 5A,

    1) mereka tu nak menunjuk la tu…..

    2) semua nak dia pergi tusyen, tapi kita mana ada.

    3) Betul ke ni ….. tah2 gebang je lebih.

    4) Mereka tu anak golongan berada la…

    ================================================
    MANAKALA KISAH MASYARAKAT & SYARIKAT KERETA DAPAT PENGAMBANGAN PASARAN,

    1) “Jenama kereta lain bagus mana kualiti cuba hang tunjuk mai kat aku….punggok hang la…”

    2) buatla apa pun…asal untung balik…lotus cars nie sejarah kewangannya sgt buruk

    3) for iriz and preve?

    4) driving the proton , you can feel the steering too far or the pedals too near. worst ergonomic by proton , especially in exora,
    – the easiest is proton need to update the steering design in order to agreed with normal human dimension. how many face-lifts since the first release but proton never do nothing.
    – well. almost giving up proton, even-though i love the chassis, cant stand stand with the pain of weird driving ergonomic. thinking to let it go.
    = i dont understand the so called R and D department considering this issue,,,,,im 170 cm tall .

    5) jenama proton tak boleh dijual di china..terpaksa juga guna jenama lotus..takpe..yg penting masyuk, dan proton boleh membuat model yang lebih baik

    6) china wont complain about their own punch cvt

    7) Proton should gulung tikar jer.. A great company but ruled by bunch of clowns…

    TIDAK KAH ANDA SEDAR BAHAWA ANDA SEDANG MENEMPAH KUBUR UNTUK ANAK ANDA DAN MASYARAKAT MENGIYAKANNYA.

    Kesian, masyarakat telah di pacu oleh hawa nafsu mulut dan hati yang telah hitam. SEDIH


  • “Pengerusi PROTON dan bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PROTON” .. Tuan Editor, Yang Amat Berhormat hanya untuk wakil rakyat. Untuk Tun, yang sesuai adalah “Yang Amat Berbahagia” .. Harap maklum.

Leave a Reply