ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lantik tiga muka baharu

Views

proton-logo

Proton Holdings Berhad (PROTON) baru-baru ini mengumumkan perlantikan tiga muka baharu untuk memegang jawatan tertinggi dalam pengurusan di Proton dan Proton Edar Sdn Bhd (PESB). Mr. Andreas Prinz yang menyertai Proton pada Julai lalu sebagai Pengarah Pemasaran Antarabangsa kini telah mengambil alih peranan sebagai Ketua Pengarah Operasi, Komersil. Andreas yang berpengalaman selama 29 tahun mempunyai rekod cemerlang di pelbagai syarikat mutinasional besar. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari University of Applied Sciences Rendsburg, beliau menghabiskan masa selama 15 tahun dalam industri automotif selain pernah berkhidmat di Volkswagen dan Bentley Motors dengan pelbagai kejayaan yang besar.

Encik Norzahid Bin Mohd Zahudi dan Mr. Daniel Tan Soo Liang kedua-duanya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi di Proton Edar Sdn Bhd (PESB) berkuatkuasa 1hb Oktober 2014. Norzahid, berkelulusan MBA dalam Pengurusan Strategik dari Swiss Management Forum St. Gallen, Switzerland. Beliau mempunyai pengalaman selama 32 tahun dalam pelbagai industri antaranya perundingan, kewangan dan automotif, menerajui dan mengawasi bidang perancangan strategik, projek dan pengurusan pemasaran, pembinaan jenama, hubungan pemegang kepentingan dan jangkauan pasaran antarabangsa. Beliau turut menghabiskan masa selama 21 tahun dalam industri automotif.

Daniel yang berkelulusan Ijazah dari Universiti Malaya mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pelbagai industri dan 10 tahun pengalaman dalam jualan automotif. pernah berkhidmat dengan pengeluar kereta Jerman di China dan memainkan peranan utama dalam perkembangan perniagaan dalam setiap organisasi dan menyumbang kepada strategi yang menguntungkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Serentak dengan itu juga, pihak pengurusan turtut memaklumkan penukaran portfolio Encik Azmi Bin Idris, yang sebelum ini CEO di PESB sebagai Pengarah Kualiti berkuatkuasa tempoh yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Mr Daniel Tan, COO Proton Edar Mr Andreas Prinz, COO Commercial En Norzahid Mohd Zahudi, CEO Proton Edar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Slm kereta sy saga flx telah berhenti di tepi jln disebabkan temparature naik dan kereta berhenti sendiri. Sy hantar kt seorg formen. Dia kata over heat. Lepas head bengkok. Sy terpaksa keluarkan kereta sy dr dia sebab tak puashati. Sy hantar kt eon services. Kt tempat terdekat. Masalah sy mereka akan repair kereta sy ke. Klu nak tukat head berapa belanja akan dikenakan. Sebab formen tedahulu kata dia dah tukar gasket. Sebab ramai yg halang sy. Untuk pergi ke eon service. Kata mahal

Leave a Reply