ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar varian Saga Plus!

Views

saga plus 2

Minggu lalu Proton telah memperkenalkan satu lagi varian model Saga yang dikenali sebagai Saga Plus. Masih mengekalkan nadi utamanya enjin 1.3 litre Campro IAFM dan boleh dipilih sama ada dalam transmisi manual dan CVT. Saga Plus ditawarkan pada harga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit dan boleh didapati mulai 15 Ogos 2015 disemua bilik pameran Proton.

Sebenarnya Saga Plus adalah pengganti kepada varian Saga SV sedia ada, tetapi dengan tambahan lima ciri-ciri baharu yang menarik tetapi mengekalkan tanda harga yang sama. Dengan pengenalan model ini Proton akan menamatkan pengeluaran varian Executive dan SE untuk memberikan lebih nilai kepada pembeli. Antara ciri-ciri baharu Saga Plus adalah rim aloi 14″, body kit penuh, spoiler, kemasan belakang mengikut warna badan kereta dan emblem khas dengan tulisan ‘Plus’ dibahagian belakang.

saga plus 1

“Rekaan Saga Plus tidak hanya disasarkan kepada keluarga kecil tetapi ia juga direka untuk menarik perhatian golongan belia dan eksekutif muda yang baharu memulakan kerjaya. Kos pemilikan Saga untuk tempoh 5 tahun juga lebih rendah jika dibandingkan dengan saingannya.” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Proton Saga Plus kini secara rasminya dibuka untuk tempahan dan ditawarkan dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Saga Plus juga didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 60,000km (yang mana lebih dahulu).

* Tiba-tiba je ada varian Saga Plus. Mungkin ini salah satu strategi pemasaran Proton untuk menaikkan lagi jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

saga plus 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • marketing kena lebih lagi niw, kalau hanya diketahui oleh pembaca blog je, tak ada kesan sangat. promosi merdeka pun tak ada dengar sangat dari proton.

    masa banjir besar pantai timur haritu proton ada keluarkan bantuan kot, banjir kecil macam di lembah klang kelmarin, senyap pulak. kalini perodua yang keluarkan promosi untuk mangsa banjir untuk tukar alat ganti.

    p/s: kalau buleh beri semua ni pada harga 33k. mungkin buleh buat SV lagi pada harga bawah 30K tiada sport rim, tiada bodykit,, nak murah lagi, tiada radio tiada alarm mcm axia driving test car


  • Tiada varian Exec dan SE, hanya ada satu varian saja iaitu Saga Plus. Strategi untuk mengurangkan lambakan model varian Saga sebelum ia digantikan dgn all-new replacement model di masa akan datang?


  • sebagai model terakhir saga, sepatutnya proton menjualnya dengan harga rm26k (kalo x silap) macam saga lmst dulu. baru boleh jual banyak.


  • Diharapkan/semoga pihak Proton akan/dapat mempertimbangkan untuk keluarkan Preve Facelift sebelum kemunculan All New Perdana, All New Saga & All New Persona

Leave a Reply