ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton IRIZ “TURUN” harga lagi!

Views

1A646DCD933A41F2B6B1D285021AA38C.ashx

Laman web Proton Edar telah memuat naik iklan promosi terbaharu bagi model IRIZ. Paling menarik harga IRIZ turun lagi dengan harga bermula dari RM37,XXX untuk unit keluaran 2014 sahaja. Kini anda boleh jimat sehingga RM5,000 dan promosi akan berakhir pada 31 Mac 2015 sementara stok masih ada. Kepada yang berkira-kira nak tukar kereta baharu sebelum GST dilaksanakan April nanti, inilah masa yang sesuai!

* sepatutnya dari awal pelancaran lagi harga IRIZ bermula dari RM37,XXX untuk varian standard 1.3 manual dan harga paling maksima untuk varian 1.6 premium CVT RM56,XXX sahaja.. baru lah IRIZistible kan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

59 Comments


  • Strategi harga tinggi masa pelancaran dan diskaun hrg gila2 sebenarnya boleh merosakkan reputasi proton. Ramai pembeli yg tunggu saat ini utk membeli iriz tp yg rasa rugi yg beli awal. Bygkan nilai iriz pembeli awal ketika ini…eeeee geramnya


    • kenapa nak geram pulak…. harga mahal baru org beli kata tun… dah lupa? yg penting buat semua kereta sendiri bukan buat bumper je…


    • Saya pun beli Iriz 1.3 Manual Standard dapat diskaun RM 5,000 jugak. Beli keluaran 2015 pada tahun 2016. Ini salah satu tips utk beli keta baru pada harga diskaun maksimum. Tunggu tahun berikutnya, kalau still ada stok yang belum terjual, Proton akan bagi diskaun kaw2. Perkara Biasa…


      • Sebab, dalam market kereta ni, nilai jual balik kereta (resale value) akan berkurang mendadak seiring dgn jumlah tahun sejak dibeli. Walaupun beli kereta 31 Disember 2014, tapi 2014 tetap 2014, dah resale value dah rugi setahun


  • bagi saya harga iriz sesuai dengam harga nya,,, features yang diberikan jauh lebih baik berbanding pesaing terdekat, malah boleh mengalahkan B-segmen sedan jenama jepun yang berharga lagi mahal


  • Harganya pada launching berpatutan, tapi sebab dek logo rimau, patut dikurangkan sedikit supaya tak lebih 60k. Strategi diskaun ni sebab myvi baru pun harga bawah 60k.

    Aku bayar 62k woi masa launching.


      • sampai sekarang aku nampak lebih byk myvi baru berbanding si iriz ni kat jalan raya… walaupun rupa myvi baru hodoh tapi rupa iriz tak jauh beza dgt pun lebih kurang saja hodohnya… axia jauh lagi cantik. tambah2 axia murah warna hijau.


  • “Macamana ni bos? stok iriz banyak lagi tak terjual…production yg baru tengah rancak ni…kalau tak terjual stok tu, naya kita bos”.

    “Rileks…jangan gelabah..benda kecik macam ni pun tak boleh nak settle”. Takpe..kita bagi diskaun kaw2 untuk stok Iriz yang ada. Gerenti laku”.

    “Aik bos”. iriz baru launched 5 bulan lepas..dah bagi diskaun? Nanti marah orang yang beli iriz awal2″.

    “Ala…Jangan pedulilah. yang penting stok tu habis dijual. Nasib doranglah yang beli awal2 tu”.

    “Ok bos..nanti saya keluarkan memo untuk semua showroom kita”.


    • NAk bagi diskaun biar la moel yang dah nak expired. Ini baru ja lancar dah diskaun. Sapa beli awal terkilan la. Tak kisah la model 2014 ker 2015. Kereta baru is kereta baru bukan kereta sekenhen. Proton patut pandai buat budget pengeluaran. Ini que sampai berbulan bulan tapi stok tahun lepas dok ada lagi. Sekarang dah bulan 3. Bulan ketiga untuk model yang que list yang begitu panjang masih mempunyai stok tahun lepas? Adakah mangement proton terlalu bijak?


      • Odyssey stock 2014 diskaun 35k, almera yg baru launch bulan 1 haritu pun skrg diskaun 5k. Camry diskaun 15k. Market mmg tgh slowdown skrg. Honda je yg nmpk strong skrg dr segi demand. Itupun utk ckd range 100k. saudara je yg nmpk bruk p1 semata2


      • Mmm… mgkin pasaran kereta agak lembab (faktor ekonomi, harga minyak global, naik turun ringgit/dollar dll.) sejak kebelakangan nie memungkinkn company2 kereta mengubah strategi n tekan butang ‘merah’. Banyak company perang harga melalui penurunan harga, diskaun, rebat dll. even utk kereta baru, facelift atau all new. Walau jangkaan MAA tetap yakin sasarannya TIV lebih 690,000 unit utk tahun nie berdasarkan banyak model baru yg keluar dan jgkaan harga kereta turun 1-3% dpt merangsang penjualan.

        Iriz patutnya compete dlm B segment seperti Myvi terpaksa bergelut dgn kehadiran kereta dari A segment seperti Axia yg lebih EEV n lebih murah. Safety pun not bad, 4 star lagi. Target awal jualan iriz dlm 60,000 unit setahun bermakna sebulan sekurang2nya 5000 unit perlu terjual. Sebagai penjual, apa lagi pilh yg ada selain mengurangkan harga melaui diskaun utk meningkatkan jualan sekali gus mencapai sasaran asal jualan dlm situasi sekarang? Dan sebagai pembeli yg tidak dlm situasi nie tentu saja tidak bernasib baik utk menikmati penurunan harga dari beberapa company2 kereta ini. huhuhu..

        Cheers!


        • Patutnya pembeli awal patut diberikan harga diskaun bukannya pembeli kemudian. Set la 20k pembeli pertama dapat harga murah pasal diorang nih lab rat. Ni dah la jadik lab rat, bayar mahal dari orang lain. Dah la jatuh tangga, tangga plak jatuh atas kepala. Bila set pembeli awal dapat diskaun, kalau ada apa apa diskaun lepas nih, pembeli awal tak la terasa sangat. Semua ni saiko saja.


          • @MrDDR

            Aku sokong 100% bro. Memang sepatutnya Proton buat macam tu. Bukan pegi mangsakan pembeli awal yang ramainya terdiri dari penyokong Proton.


  • Mohon buat post pasal Dashboard Perudua yang sedang hot dikritik sekarang..
    sedap dan lazat kalau dapat bash kaw kaw ni..

    Satu demi satu keburukan model perodua kita bongkar demi keselamatan pengguna jalanraya…


  • I think, semua ini adalah rezeki masing2. I beli Proton Iriz 1.6 Premium early January 2015 (stok 2014). Dapat diskaun RM12K (20%). Alhamdulillah… Masa tu saya gunakan staff purchase discount daripada adik saya yang bekerja di Pos Malaysia. Every year those yg under DRB Hicom memang entitle utk setiap 6 bulan staff purchase discount. So, kalau saudara2 ada relatives yang bekerja di DRB Hicom Group, rasanya boleh gunakan cara ini kot untuk harga yang lebih kompetitif.


  • Bukankah Proton guna sistem production order (tak tau apa nama diorang panggil), di mana dalam sistem ni, setiap tempahan akan generate Order ID dan linked dengan chassis number kereta sebelum kereta tu dibuat lagi…Ibarat bahasa mudah, beli kereta sekarang macam beli rumah. Beli, tapi kereta belum ada.

    Daripada sistem ni, sepatutnya tak kan ada kereta yang tak terjual.

    Tambah pula ada customer yang masih tak dapat kereta lagi, jadi bagaimana boleh ada kempen rebat model 2014 ni?

    Sekarang ni baru nampak sikit2 Iriz kat jalan. Tapi ia masih dalam kelas rare..


    • maybe macam ni ceritanya bro…
      Masa launching dulu banyak yang book,so Proton pun produce la ikut sistem production yang diorang pakai tu.Agaknya ramai yang cancel order kot.mana tau customer upgrade model yang high spec skit ke.


  • Kah..kah.. tak lakuu… kesiannn..
    floor plant ‘sunyi sepi’.. volume sale unexpected..
    operator2 lantai kilang yg lagak bagus.. keras kepala utk terapkan kualiti tu.. korang makan asap lah.. bonus xde..

    pembeli kt luar ni duk sumpah korang dr atas sampai bawah.. ..

    Terpaksa diskaun ler sbb nk compensate masalah kualiti.. tak laku.. itu jer.
    Kalau laku macam goreng pisang apakah bodoh Proton nak tolak wang?

    Sampai kiamatlah Proton akan begini selagai tak ubah penyakit dalaman mereka.. berbuih2 mulut sudah diperkatankan tapi ‘hantu raya2’ belaan Proton berlegar2 tak kan benarkan Proton jadi berkualiti..

    * cer check gear stalk push release button SAGA.. material dan rekabentuk paling bodoh oleh Proton.. asyik patah.. patah..


    • zaman cemuhan telah berlalu.. dr zaman Waja sampai Preve.. perangai pentadbir Proton amat huduh sekali..
      skrg ialah zaman BOIKOT.. tunggulah balasan.. mengainaya pembeli yg bertungkuslumus cari rezeki susah payah.. letak harapan beli keta Proton.. tp di balas Proton dgn KHIANAT.. sejak zaman Mitsubishi (dulu salahkan Jepun) sampai zaman Ketuanan (skrg salahkan sape? beruk)..

      hahaha.. hukum KARMA Proton.. sumpahan2 pembeli terainaya..


  • tingkatkan kualiti interior proton setanding model terbaru mazda, tingkatkan semua kualiti komponen yang ada.

    Saya ada tengok video review mengenai mazda 3 di USA. Mereka berpendapat harga mazda 3 iaitu lebih kurang 25,000 USD(RM 93,000) pun masih mahal. Orang malaysia walaupun cukai tinggi masih sanggup beli kereta yang harga lebih tinggi dari tu.


  • Jangan beli kereta yang kurang berkualiti atau kereta yang harga tidak sepadan dengan kereta. Jadi pengguna yang bijak. Harga kereta di malaysia mahal sebab cukai. Kebanyakkan kereta di malaysia tidak berpatutan dengan harganya termasuk proton dan perodua.Kualiti kereta tidak sepadan dengan harga. Bandingkan sahaja kereta dI Amerika atau di negara2 lain. Kereta apa yang anda dapat dengan harga kereta proton?


  • keretani tak lawa, tambah pulak dgn aspek kualiti proton yg sememangnya diketahui ramai teruk… memang la siapa sangat la yg berani nak beli kereta ni….


  • Aku ingatkan semua orang tahu taktik dan tips utk beli kereta baru pada harga diskaun maksimum. Ada yg beli time promosi Hari Raya, Krismas dan sebagainya. Itu bagus. Tapi cara lain ialah pegi tanya Dealer kereta kalau2 ada stok tahun lepas yg tak habis terjual. Ini memang diskaun kaw2.

    Tapi kat tempat aku (Kedah), Iriz ni sangat laku. Aku bernasib baik sbb ada lagi 1 stok keta iriz tahun lepas yg belum terjual. So, apa lagi, sambar je lah. Dapat diskaun RM 5,000.

    Cuma kalau pakai taktik ni, ko tak boleh pilih WARNA kereta. Apa yg tinggal, tu je lah yang ada. Dan juga resale value mmg jatuh sbb dah rugi setahun. Tapi still ko dapat kereta BARU boh… bukan second hand

Leave a Reply