ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz lonjak imej kereta nasional!

Views
Introducing the All New Proton Iriz

Teruja! Setelah sekian lama menanti dengan pelbagai panggilan nama bermula dengan nama kod P3-20A, kemudiannya dikenali GSC diikuti PCC, kini sah Iriz dipilih sebagai nama rasminya. Dilancarkan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat kelahirannya Tanjung Malim, Iriz bakal mengubah persepsi rakyat Malaysia untuk memilih kereta yang lebih selamat pada harga sangat kompetitif.

Dibangunkan menggunakan platform dan enjin serba baru, Iriz dijangka mampu memberikan cabaran getir buat pesaing dalam segmennya seperti Perodua Myvi, Ford Fiesta, Honda Jazz, Suzuki Swift, Volkswagen Polo dan lain-lain. Iriz ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.6 liter VVT yang dipadankan dengan transmisi Manual atau CVT. Tiga varian boleh dipilih bermula dari Standard (untuk 1.3 liter sahaja), Executive (1.3 liter dan 1.6 liter) dan Premium (untuk 1.6 liter sahaja).

Dari segi rekabentuk, Iriz cukup menawan dan tidak keterlaluan jika mengatakan inilah rekaan terbaik yang pernah dihasilkan untuk model Proton. Rekaan hadapannya cukup bergaya dan garang terutama di bahagian lampu utama yang bersambung dengan sayap Proton dan jeriji hadapan membentuk “single graphic face”. Rim aloi 15″ berbentuk bunga raya diberikan untuk model 1.6 liter dan rim aloi 14″ untuk varian 1.3 liter. Lampu LED nyalaan siang hanya untuk varian Premium manakala lampu posisi dibahagian bawah lampu hadapan diberikan untuk varian Standard dan Executive.

Ruang kabinnya juga begitu luas dengan ruang kepala, bahu, kaki yang agak selesa.  Untuk varian Standard dan Executive kemasan tempat duduknya menggunakan fabrik manakala untuk varian Premium akan mendapat kemasan kulit sepenuhnya. Susun atur papan pemukanya walaupun agak ringkas tetapi nampak moden dan ranggi. Nampaknya Proton kali ini begitu menitikberatkan penggunaan bahan, tekstur dan warna hingga membuatkan ruang dalaman Iriz lebih mewah berbanding model Proton yang lain.

01

Tempat duduk bahagian belakang boleh dilipat 60:40 untuk memberikan ruang lebih untuk bagasi kerana ruang sedia ada hanya berkapasiti 215 liter, agak terhad jika dibandingkan dengan pesaingnya. Kali ini Proton memberikan tujuh pemegang cawan dan 2 tempat mengecas dengan 2 port USB. Varian 1.6 liter dilengkapi skrin sesentuh 6.2 inci yang dilengkapi sistem navigasi dan kamera undur manakala varian 1.3 liter akan mendapat unit pemain audio biasa.

Iriz adalah model yang pertama menggunakan enjin VVT serba baru yang memberikan prestasi terbaik dan penjimatan petrol. Enjin VVT ini ialah pembangunan selanjutnya dari enjin IAFM+ dan CFE sedia ada. Perbezaan utama ialah aplikasi teknologi pengurangan geseran seperti piston ring tegangan rendah, hard anodised piston dan tappet mekanikal, pancarongga ekzos bersepadu dengan pemangkin (maniverter), alternator pintar dan sistem VVT dengan sistem pengurusan enjin elektronik baharu. Iriz turut dilengkapi stering kuasa elektronik yang sensitif kelajuan dan mampu menjimatkan petrol.

Dari segi keselamatan Iriz boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya dan ini terbukti dengan penarafan 5-bintang ASEAN NCAP yang baru sahaja diumumkan semalam. Kesemua varian akan dilengkapi ciri keselamatan tertinggi yang dikenali sebagai Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang merangkumi ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman, ESC dan Hill Hold Assist selain ISOFIX dengan top tether. Hanya jumlah beg udara yang membezakan, dua untuk varian Standard dan Executive manakala enam untuk varian Premium. Kerangka Iriz juga amat kukuh dengan penggunaan Ultra High Strength Steel dan Hot Press Forming.

Ciri-ciri lain yang menarik pada Iriz adalah penggunaan Keyless Entry dan butang penghidup enjin untuk varian Premium. Terdapat tujuh pilihan warna menarik boleh dipilih seperti Genetic Silver, Fire Red, Solid White, Tranquility Black, Atlantic Blue dan pengenalan dua warna baharu Citrus Green dan Silver Moon Dust. Harga yang ditawarkan bermula dari varian Standard (untuk 1.3 liter sahaja), Executive (1.3 liter dan 1.6 liter) dan Premium (untuk 1.6 liter sahaja). Harga yang ditawarkan juga cukup menarik, bermula dari RM42,438 untuk varian 1.3 Standard (Manual) hingga RM62,888 untuk varian 1.6 Premium (CVT). Untuk varian Standard dan Premium harga adalah sama dengan harga tentatif, tetapi untuk varian 1.3 dan 1.6 Executive terdapat penurunan antara RM1,000 hingga RM2,000. Lima tahun jaminan atau 150,000 km (yang mana terdahulu) dan tiga tahun servis percuma (atau 100,000 km) diberikan untuk pembelian Proton Iriz.

Brosur Proton Iriz :

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

69 Comments


  • Dh pegi tgk kt proton city mase Tun M tgh berucap td
    td ..sempatla curi amik gmbar sekeping dua….bile dh tgk depan mata serius iriz mmg smart gile…lampu dgn dashboard serius x sama dgn kete keluaran Malaysia yg lain….mmg new benchmark for Malaysian basic car


  • The price…what a bummer! Mcm tak turun harga. If at 59K for the premium variant would have made a significant difference. RM62K ??? that is in the preve segment.


  • Alhamdulillah..
    Aku rasa terharu dan bangga kali ini dengan penghasilan Proton.
    AKu doakan Iriz akan berada di jalan raya negara2 asing terjual dengan larisnya
    Iriz akan masuk ke negara2 bukan tradisi eksport semata2. tapi negara2 maju. Insya Allah
    Apalah yang aku mampu sumbang untuk negara melainkan doa supaya kita berjaya di luar sana.
    Produk kita, negara kita, tenaga umat.. Malaysiaku..

    -Di sini lahirnya sebuah cinta.. –
    Alhamdulillah..


    • nak laris kat negara asing macam mana harga tak berdaya saing…. mahal
      jenama pun masih kurang diyakini…

      byk lagi pilihan kereta yg sekelas dgnnya dlm lingkuan harga yg sama.


  • At last, launch jugak..setelah berperang berbulan bulan tgklah sendiri.teringin beli, beli..yg x mampu atau rasa x perlu spec tgg, beli yg lain…tapi observation aku la, iriz will sell well kat urban area. Yg kat rural tu, p2 will still rules n teruskan legasi p2 murah lagi. Aku masih rasa axia,will sell 5 times more than iriz, tapi myvi mmg out trus. Tapi p1, improvelah after sales.teruk sgt


    • Mmm…axia 5:1dgn iriz? Biar betul?:p nk buat ramalan biar ada asas. Axia tetap akan ada pembelinya. Begitu gak iriz. Target market brbeza. Kalau 50:50 or 60:40 ada gak logiknya. Oh ya. Iriz dh brtempah lebih 17k sebelum pelancaran. Means axia 85k? Hakikatnya axia Setakat nie dlm 20k bertempah. Tapi yg pasti myvi sayonara ar lepas nie.

      Cheers!


  • Iriz ditawarkan dengan 5 tahun jaminan dan 3 tahun servis percuma!! Percayalah, dalam seminggu 2 ni Perodua juga kan ikut jejak langkah mengembalikan sevis percuma 3 tahun mereka di samping 5 tahun jaminan seperti Proton!


  • aku dh test drive td…model 1.3 MT executive kaler citrus green.itu je model yg ade utk test drive.semua pakat toleh wlupun aku bawak test drive unit.kecewa x dpt belek & test drive 1.6 CVT premium.utk tontonan umum hanya ada 1.3 MT standard kaler hitam.


      • Gear manual agk keras & terasa sangkut skit utk gear 1 & 2 sma cam persona 1st edition (aku pkai peraona 08).alangkah bestnya klu bwk kereta comey iriz ni dgn gear MT smooth cam persona elegance….


        • Aku tak rasa keras, ok jer.
          may be slot nk masuk tu masih baru.
          cuma gear knob shape utk manual tu myebabkan kira rasa tak comfort.
          A a little ‘jerking’ @ 2nd gear masa nk pecut 1100rpm – 2000 rpm.
          nk kata jerking sgt x.. tp kurang lancar at that portion.
          maybe ada komen reviewer lain bg CVT 1.3?


      • Wajib pergi test drive sdiri..Memang owsem la kete nih..bangga dgn interior, handling dan juga spec yg ditawarkn..berbaloi2 lagi dr myvi.

        Bile tgk spec yg ditawarkan, rs mcm myvi tu terlalu ‘kosong’ je.


        • myvi keluar tahun bila, iriz keluar tahun bila. kereta keluar 4 tahun lepas nak banding dgn kereta yg baru keluar tahun ni… memang la jauh berbeza spec yg ditawarkan.


          • Myvi “Lagi2 Best” rasa baru tahun lepas dilancarkan. Kiranya baru 1 tahun lebih di lancarkan.


    • wow kat tlk intan ni 2 unit showroom( 1 premium, 1 std, same color moondust), kete pandu uji 2, 1 premium red, 1 citrus green exec 1.3. syg x sempat nak test drive tggu hujung miggu la..


  • tahniah tahniah tahniah kereta proton iriz…wow wee…memang sgt teruja cantik giler…tapi apekan daya dah beli persona sv bawu 4bln lepas…ermmm..hurmmm…alahaiiii…..


  • Dengan rekabentuk agak comel begini, pastinya boleh tapau market pembeli perempuan yang merasakan Saga dan Persona terlalu maskulin.


    • org perempuan kebanyakkannya tak pandang jenama proton
      org perempuan pentingkan jenama
      faktor utama dlm mereka membuat keputusan kereta apa yg akan mereka beli adalah jenama… faktor2 lain mereka kurang titikberatkan sgt.

      jenama bagi org perempuan sgt penting sama la macam bagaimana mereka membeli kasut baju, bag tgn yg berjenama. tak berbaloi pun tak apa asalkan ada jenama yg bagus.


  • Td singah kat shroom proton.ade sorg makcik msk kete trs crik compartmen bwh seat.mgkin mkcik tu da biasa bwk myb.iriz perlu penambahan spt ni utk trk minat gol wanita wlupun satu benda yg kecil.iriz da cukup comel dgn dsgn yg tersendiri.good job proton.


  • dah gi tengok kat Proton, memang terbaik, kejap, interior bagi aku so-so, tapi still massive improvement jgk, feature pon menarik, boot belakang punya cara bukak (manualy) pun cun…
    steering sedap pegang, cantik (walaupun bukan leather punya – kat situ ada Standard dgn Exec jer), Pintu lagi sedap bunyik dia tutup dari preve, bunyik “thud”, n berat..
    Seat, ok la sedap la duduk…overall, memang Iriz ni cantik dipandang, kemasan, fit n finish improve banyak, details pada design, memang patut diberi pujian.


  • short review dr aku yg kurang pengalaman ni 🙂

    Aku sempat juga gi test drive petang ni kul 6 petang, Proton Edar Dealer.
    Iriz 1.3MT Executive, Genetic Silver..
    ok 1st Impression bile tgk depan mata.. lbh comel dan compact dr apa yg aku lihat dlm internet/ blog. Mata kasar agak Mybi size dr depan & blakang. Wheelbase lbh dr MyVi.
    Boot engine kemas, byk clearance space antara bumper to manifold, dn ke pillar. Klu eksiden save byk crumple zone.

    Bonet belakang.. just masuk jari dlm space bawh tu.. tekan macam rubber button, terus terbuka. convenient klu sblh tgn pegang brg byk..
    Masuk dalam.. seat belakang mmg BEST.. lembut cushioned feel. xde keras macam SAGA. so body passange akan selesa wpun jalan jauh. tutup pintu lebih sedap bunyi dr SAGA atau Preve.

    Nampak improvement lagi ialah feel door latch tu..lembut dan xrase mcm ‘click’ effect mcm model2 lepas.

    Interior xnmpk cheap plactic.. nampak mcm kelas honda city pun finish, cuma tone warna agak bosan.. flat matte black.. seeolaknya dkt dashboard tu boleh letak tone sikit pd curve dashboard atas glove box.

    Aircond control knob.. yg ni Proton masih ketinggalan. Rotary knob tu rasa tak feel best, agak keras dan ‘murah’. Proton lebih elok letak button type with climate control berbanding jog/knob dial. Center console dashboard tu kemasanna boleh di upgrade. lbh elegant.

    Model Exect ada dual USB-charger port dkt arm rest, non slip surface dkt bwh aircond console.

    Driving test:

    Disebabkan keta ni baru sampai 2 hari lepas, dealer cakap diornag xready lagi full register plate, so just test drive dlm kawasan perumahan, dlm jarang 2km pergi balik..lurus dan berbelok2.

    Ok..1st, panel meter dan info display warna kebiasaan Proton lah.. amber/ red.. bosan jgk kaler mcm ni.. bar display tu.. kalau ada warm white rasanya lg menarik.

    Bila start engine.. bunyi soft.. xbising mcm Preve or SAGA.. idling lbh senyap.
    Engine akan hidup bila klac di tekan dulu..
    safety features.

    Bila pegang gear knob, terasa agak kecil tombol tu, edges,.. sbb tgn aku besar..
    Gear manual sepatutnya lebih ergonomik jika dibulatkan bhagian atas sbb cara gear manual di pegang xsama mcm gear Auto. Kt sini rasa aku kurang skit..

    1st bila keta mula gerak.. angkat klac sikit..keta dh gerak, smooth engine.. bila tekan pedal, xde rase resonance vibration spt engine Preve or Exora, senyap..

    CUMA.. 1.3cc MT.. aku cuba accelerate tak rasa pickup.. mungkin load 3 org dewasa yang berbadan gempal.. aku try pecut pada gear 2-rpm @1000-3000, tp rasa kurang pecutan.

    Body handling mmg cemerlang.. steering response ckup bagus.. smooth, pantas, sedap pegang.

    Noise dr tayar ke dlm room tu masih boleh improve. Mgkin jalan kwsn tu kasar..

    aku ade rase 2nd gear @1100 rpm.. mcm ade jerk ‘halus’ skit utk sampai ke rpm2000.

    Overall aku ckp keta ni sedap utk urusan harian.. gi keje, bank, sesak dlm bndar, atau jalan jauh.. sbb handling dia best.. rase ‘ringan’ dan mencilok2..

    hehehe


        • TQ..
          Hmm..
          kat Pt tu bukan kategori komen lagi
          tapi perang mengutuk dan menghina Proton. Org2 yg terlalu sakit hati tanpa sebab dgn Proton.. over sgt.

          Headline je Pt ‘cosmetic’ kan sbg info, yg bwh2 tu ‘full of rubbish’.
          Sbg blog auto ternama Paultan sepatutnya moderates comment yg terlalu tak bermaruah, dlm dunia bebas mana pun undang2 dan adab mesti pakai jugak..klu tidak sama lah dgn beruk di rimba.. 🙂

          tp yelah dia pun sama je minded dgn RBA (sorry ckp). so xde perbincangan ilmiah. Org2 yg nk ilmiah keje nk kena tepis dlu bnde2 yg bukan2.
          Beri komen bila kita betul2 dpt info, lihat dan pandu uji..etc.
          Jika tidak masuklah kita sbg org2 yg menipu dan memfitnah (dosa laaa..)

          Heehee 🙂 🙂


          • Mmm… set2 desperate kat pt dah goyang n rasa tergugat. sbb tu diorg meroyan sakan. X leh terima hakikat Iriz terbaik n lebih baik drp myvi dari banyak segi.

            Cheers!


    • Yes….bnda yg sma aku alami.nk susun ayat x brp pndai.kwn2 aku 3 org saiz sederhana (average tggi 170cm) duduk blkg bgtau cukup selesa.sblom masuk nmpk ruang seat blkg sempit cam myvi tp bila dh duduk selesa.x berhimpit mcm myvi.diaorg yg ckp.aku drive je sbb aku nk beli.

      P/s: pandangan kwn aku yg pakai myvi (dia test drive ptg td pas abis kje): iriz jauh lbih selesa & lbih selamat.dia pun b’cadang utk jual myvi SE 2010.nk ambik iriz katanya.


  • sungguh mengujakan… dengan ini… iriz a lot better than myvi in every aspect..

    kecuali dari segi pickup dan fuel consumption… mungkin faktor kerb weight tu dengan kereta yang lebih besar dan packed with features. tak dapat la nak macam myvi bawah 950kg dan walaupun dengan enjin yang lebih berkuasa dan cvt, tak dapat juga beat dari segi 0-100kmh dan km/l ..

    iriz a lot better dari segi safety, good look, practicality, a lot of features, comfort.. handling iriz comform beza berbatu2 dari myvi, kalau betul 17K booking dalam 2 minggu, iriz takkan jadi macam tiara atau savvy, aftermarket parts akan banyak, iriz owner club akan meriah, tambah lagi iriz ialah hybrid dan ev ready (atau boleh terus kata comform) akan keluar versi hibrid / ev . kita akan tengok lebih banyak iriz di atas jalanraya lepas ni…

    mungkin lepas ni ada lg versi SV untuk spec rakyat malaysia saje yang harganya jauh lebih murah tapi kosong. (betul ramai kat malaysia ni mentaliti nak jimat je takkesah pun features dan safety) dan juga iriz versi CFE untuk GTI. hohoh.. 0-100 utder8 seconds ke.. untuk car enthusiast.. kat malaysia ni ramai juga kaki rempit..


  • Patut la launch kt tg malim,diorg nk launch delivery centre kt sne. Great effort. tgok vid presentation td rse bangga dgn kebolehan anak msia dlm kejuruteraan automotif tp spoil ble chairman drb puji tun melambung tinggi hahaha. U will regain ur success proton, just keep improving ur product line up. Now major focus is aftersales,3 thun free services,nak x nak komfem owner kena hadap service centre so lyanan kne kasi tiptop lah yer….


  • Lepas test drive tadi…Pandangan aku..

    Proton lepas ni perlu fokus pd usaha menghasilkan enjin yang lebih cekap tenaga dan hasilkan output hp dan tork yang lebih pd cc rendah.Handling, exterior dan interior styling, electronics kira Proton sudah sehebat jenama dunia lain.

    Naturally enjin Proton Campro tanpa bantuan turbo adalah kurang berkemampuan dlm kelasnya untuk memacu body2 rigid Proton yang kukuh tu. Walaupun beberapa improvement telah dibuat Proton sejak 10 tahun lalu.
    Cuma enjin Campro di tune dgn CFE/ Turbo sahaja yg memperlihatkan tujahan vs fc yang terbaik dgn gear ratio yg betul. paling best aku rasa Exora Bold mengatasi semua berbanding Preve or Suprima. 6 Speed Exora lebih cekap, senyap dan fast response.

    Sifat engine campro semasa direkabentuk mungkin menghadkan keupayaan ini.
    Apapun Iriz telah melonjak kebolehan Proton merekabentuk mengeluarkan kereta kelas global, handling bagus berkualiti secara sendiri tanpa rakan kongsi atau sebagainya dengan penuh gaya dan terhebat.

    AKu kagum, terharu dan akui Proton yang sekarang bukan yang dulu lagi..semas buat ujian zig zag tadi aku rasa aku bukan memandu Proton.. bg aku lebih bagus dr Honda City.

    Dengan beberapa lagi langkah dan usaha gigih untuk perbaiki kekuatan enjin/fc akan meletakkan Proton sebaris dengan jenama dunia seperti Toyota dan Honda. Selepas dr cabaran ini Proton sudah boleh hasilkan pelbagai platform kenderaan termasuklah kenderaan komersial seperti trak dan bas.. Insya Allah tak jauh dh.

    🙂 🙂


    • komen peminat perodua akan melebihkan kekurangan iriz, komen peminat proton akan lebihkan kelebihan iriz tapi komen bro seimbang, jujur. tq bro. bro boleh jadi blogger kereta.


  • iriz dan axia dua2 affodable , cantek ada gaya keduanya . memang perghh…!!! kompetitif…
    senang loan proses nak beli keta.
    ada tu tunjuk degree jer bule beli keta. bestnyer..
    factor kenaikan harga bahan api lupa sekejap 🙂 🙂
    dak u pon naik keta gi kuliyah lama kang dak skolah plok..kelass koo
    makin jemm laaaaaaa…jalan jalan raya dimana mana sahaja..fuhh..jenuh…
    byk jalan jalan dah diupgrade jadi
    dua tingkat antaranya :
    NPE ,
    MRR2 , kepong , cheras
    persiaran kewajipan subang jaya
    jalan tun razak
    mex highway
    Plus hghway proses pelebaran 4 lorong.
    kl seremban
    jln kucing/sentul ke jalan duta
    jalan istana SBE highway ke pandan jaya
    fly over , ramp up ramp down , roundabout triple layer
    nampak gayanya byk lagi jkr kena buat jalan bertingkat nih…
    atau yg ada akan jadi 3 tgkat 🙂 🙂 🙂
    raya tahun 2015 ,musim2 cuti. triple jem highyway balik kpg la nampoknyer
    best kita dah maju..alhamdulilah


  • Already looked at the car, tested it.

    1st showroom i went to was ss14, but walkaway with ‘bengkek hati’, why? no one from those SA (about 8 of them, just sitting around) come to enlight me abt the car. i look my self onto iriz, see the under, sit, but just me. i asked 1 SA abt the diff btwn spec & asked abt price, he said ok then left me. i’m waiting but, he just ‘sembang’ wth his frens.. WT*******.. no wonder this good iriz will be nightmare if these SA attitude still around.

    2nd showroom i went was glenmarie, at 9pm. going around the show car & SA follow me while chat2. i praised iriz in front of him, he smiled haha, & asked me what car i’m driving now, i said merc..suddenly he left me. haiyaaa… dissappoint again. how they want to sell a car if didnt help customer make a choice/offer something aside what had.
    then i just tawar hati, walkaway to front door, & suddenly their manager ‘sapa’ me, sudah drive? i said no. come2 he said, then he asked his staf/SA to take the nicely iriz out from the showroom for me to test drive. wow, i felt great.. this is how u treat customer, 🙂
    make a test drive, & was pleased how the steering behave, proton EPS was great. swapping here & there, handling is damn good for this tiny(not that tiny hahaha, quiet big) car.
    tested 1.6 premium cvt. noteable engine is much more response that before (i sometimes drove brother persona), but if proton can make more refine, like swift engine, then this car is a must.

    🙂 i smiled again. (really thx that manager).. booked 1


    • Hahaha congrat! You get this baby soon.
      I u complaint about these SA at We Care email.
      for sure these SA will kena laa.

      Macam2 kan. so maknanya 1.6 CVT mmg terbaik lah utk yg nak pickup.


    • SA proton biasa la memang macam tu… jauh beza dgn SA jenama2 lain contoh toyota, baru saja kita bukak pintu dah sampai pun kat kita…

      nissan pun ok, perodua pun ok, puegeot pun ok, honda pun ok, kia pun ok, chery pun ok …selama aku pergi showroom2 kereta ni tak pernah pun aku tak dilayan kecuali la showroom jenama proton… kalau masuk showroom proton selalu tak pernah pun di layan selalunya buat tak tahu saja sampai la kita keluar.


  • Assalam,

    Saya dah beli 1.6CVT premium…… torrbaiikk. Ini kereta bandar yang sedap dipandu tanpa rasa penat. Very…. very….. fun car to drive.

    Tapi saya setuju komen bro di atas2 tentang enjin, masih perlu penambahbaikan. bunyi enjin agak kuat dan semacam kasar macam enjin boxer pun ada pada kelajuan rendah ha ha ha… ada ciri2 kejantanan disitu. Pickup agak kuat dan bagi sesiapa yg x biasa bawak CVT, memang x perasan kereta dah laju cecah 100kmj pun.

    Ada sedikit delay pd throttle response, tp lama2 akan biasa. NVH cemerlang!! kereta lalu sebelah pun x dengar bunyi sangat.

    Bagi pemanduan biasa2, gearbox CVT iriz ni pada telinga saya senyap je pada sebarang kelajuan bawah 120kmj…. berbanding bunyi enjin yg lebih kuat bunyinya. x paham kenapa semua review dr. journo kata sgt bising….. kalau tekan pedal macam bawak kereta lumba memang la meraung2 enjin n Gb iriz ni, tp CVT utk pemanduan relax & penjimatan minyak….. so bawak pun relax2 la.

    Handling superb…… sangat syiok. Setakat test drive 5 minit anda takkan dapat merasai kehebatan sebenar handling iriz ni. casis yg sgt mantap & cukup stabil pada sebarang kelajuan.

    Brek agak lembut…. spongy, so kena tekan lebih skit, compare exora bold yg terus grip bila tekan. Mungkin sebab brek drum dibelakang kot.

    Seats ohsem. sgt2 selesa, grip badan kita bila korner, jadi kurang letih jika memandu di laluan berliku2…

    Safety tip top…. semua ada dari low spec sampai premium.

    FC x dpt nak conclude lagi….. belum cecah 1000km aka first service lagi.

    Yg. paling best pada iriz ni ialah steering EPS nya. ini penambahbaikan yg paling utama pada proton kali ini. steering ini disetup memang secukup rasa. ringan bila perlahan, dan akan berat bila laju. kereta akan mengikut kemana sahaja steering ini diputar…… bravo proton!!

    Pada harga yg ditawarkan bagi saya ianya cukup berbaloi. jika anda mementingkan jenama, iriz ini bukan utk anda, jika anda mencari sebuah compact car yg mudah & seronok dipandu tanpa memikirkan jenama, iriz adalah calon yg paling sesuai.

Leave a Reply