ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Proton IRIZ bakal dikenali sebagai Satria di Australia!

Views

iriz beardesign grey

*Foto hiasan

Laman web automotif Car Advice baru-baru ini memaklumkan model kompak terbaharu Proton Iriz bakal dijenamakan semula sebagai Satria untuk pasaran di Australia. Satria generasi baharu itu dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan tahun hadapan menurut Ketua Pegawai Operasi Proton Australia, Kaye Amies.

Amies berkata keputusan untuk menghidupkan kembali nama Satria atau kekal dengan Iriz bergantung kepada varian yang dirancang. Beliau menambah varian yang lebih sporty akan dipasarkan menggunakan nama Satria GTi kerana ia merupakan sebuah kereta yang cukup terkenal.

* Saya difahamkan unit pembangunan enjin Proton sedang giat membangunkan enjin 1.3 turbo yang bakal menjadi nadi kepada varian hot-hatch Iriz R3/Satria GTi (di Australia). Kemungkinan besar ia bakal diperkenalkan pada tahun hadapan, tungguuu… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


  • Satria GTi memang dah berjaya menarik peminat-peminat GTi di Australia & juga UK.. actually, dah jadi Cult Car atau collection car,.. that’s why dari dulu lagi Proton Australia request dari Proton Holding utk membenarkan Proton Australia utk setup R3 Division mereka sendiri… tp Proton Holding tak setuju…

    btw, saya tak bersetuju nama Iriz ditukar kpd Satria sbb kedua-dua adalah berbeza kategori


    • Ok,kalau macam tu strategik yang mudah
      sebelum pelancaran model iriz R3 dgn cara promote dalam dunia pemotoran sertai endurance,competition race,rally or etc di peringkat global or dlm negara sendiri .jadi kepercayaan pelanggan dalam juara perlumbaan akan membuktikan kebolehan dan keupayaan kualiti dan kuasa yg ada pada model itu .macam satria neo edisi R3.Jadi ia lebih Rare!!! Limited!!! itu strategik untuk sport model untuk target juara.Iriz dah seakan
      ford fiesta apa tidak jika iriz boleh mengikut jejaknya dalam dunia rally dan
      perlumbaan.Jadi apabila on the road or highway Iriz R3 akan di segani walaupun kereta kompak.Ikut jejak nismo


  • kalau dah ada varian baru untuk sport.tolong la kasi new design untuk front &rear bumper,bodykit,rear lamp macam myvi 2015 mencuba bersaing dengan lebih agresif dan lebih murah daripada harga asal begitulah strategi perodua seperti alza fl dengan kosmetik lebih dalam harga berpatutan kerana jualan myvi menurun disebabkan axia dan iriz denyan apa yang ditawarkan berbaloi.Harap harga 1.3 turbo lebih murah dengan premium jadi sale untuk iriz r3 akan meningkat dengan varian sport proton jadi penghasilan mengikut tempahan akan meningkat dan proton menjadi hub untuk kereta sukan dan selamat untuk manual dan 6 speed mungkin sesuai.Seterusnya susulan preve dan exora fl dengan desingn baru 2015 mengharapkan perubahan besar buat proton untuk mencapai 2020 seperti mana sasaranTun (lagi 5 tahun !!!!)mampu proton untuk mengikut jejak kia&hyundai untuk pasaran global.
    Sekian dari peminat tegar Proton!!!


    • Ada betul jugak.R3 patut di brand kan. pendapat bro bagus tapi Proton mahu dengar ke??Hahaha..proses kerja proton lembab management teruk apa lagi after sale yang tak sudah-2 ada masalah.


    • ye at least proton kena kurangkan harga dalam 1k or 2k.. Proton menaruhkan safety features..susah nk murahkan harga.. Perodua memang mampu milik.. dan iniatif Perodua kuragkan harga berjaya sbb kurang safety features.. ad jugak yg Perodua kurangkan supaya jd murah.. Proton nk kurangkan harga kena fikir kos airbag,VDC dan sebagainya.. pd aq harga Iriz still the best with the spec..bayangkan Iriz kalau xd safety features (sama mcm myvi) cnfirm harga Iriz lebih murah.. apa pun ni sebuah persaingan sihat daripada dua2 syarikat..


  • Kan Proton Australia dah mention nama Iriz tu macam ‘budak perempuan’. Jadi secara lokalitinya nama tu tak sesuai di Australia. Jadi kena tukar la namanya. Biasa la. Honda Jazz kat Jepun pun nama dia Honda Fit, tapi M’sia ni kan Fit tu tak sesuai macam mat pet kot. Sedangkan Honda Jazz yang asal tu mini 4wd.


  • Mmm…. bahagian komunikasi patutnya declare jer model satria baru kat Aussie kuar dgn rupa/platform iriz, abis citer.:) Pastu nanti bila Iriz sedan (saga3) kuar guna balik nama Iriz di Aussie utk compete dlm model2 B segment sedan. Nama nie x ‘keperempuanan’ utk model sedan. utk model R3 mcm satria mgkin la. Iriz dgn altis lebih kurang jer sebutannya:) Lagi pun model hatchback B segment 4 doors tu popular ker kat Aussie? X kn?

    Cheers!


  • Korang kene faham, die sebab sentimen nama IRIZ as a Girl. Tu je. Proton malas nak buat nama baru. Baik using the SATRIA nameplate kemudian hardcorekan Iriz. Better utk market luar. Manalah tahu tetiba proton buat hardcore 3 door version .


  • Makin merepek dan merapu dah hala tuju Proton Holdings ni lepas Iriz tak ‘selaku’ dijangkakan..
    Otak pemikir dalam Proton dh kering gamaknya.. x faham legasi nama, segmen.
    Kalau jadi jugak nama SATRIA tu maknanya Proton memong bodoh.. maaf saya katakan.
    Kekalkan nama Iriz sbb ia varian compact Car.. bukan sport coupe segment.

    Kalau nk kembalikan Satria.. bina model setara dengan legasi Satria.


  • Kesian iriz tak laku sebagaimana dijangka..org kritik dikata bash.kereta hudoh,jual mahal..pahtu di ‘sv’ kan..strategi terbalik.rv kereta asik turun,mcm mane org nk konpiden dgn proton.

    dh bosan nk komplen,tp tak luah terbuku pulak dlm perut.

    persona replacement please!

    note : azlano,bile nk letak jawatan?


    • Mmm… Iriz x laku yer? Hodoh? Mahal?… di’sv’kn?… Nie nk kritik yg mana nie? Suprima atau iriz atau main tembak jer asalkan bleh ‘kritik’?:P almaklumlah dah bosan yek?:P

      Bro, mengkritik tu prinsipnya haruslah membina, memperbetulkan dan memberi semangat supaya terus maju, bukan melekeh2kan dan merendah2kan dan mematikan segala usahanya selama nie. Ker cam ne?:)

      Nk persona replacement ye? Ko suntik ar dana n proton akan buatkan khas utk ko. Ekeke:)

      Azlano ok ape. Dlm proton xde masalah ttg design. Yg tak ok dlm proton adalah management. Yg nie kena diperkemaskan. Banyak produk prootn berada pada tempat yg salah. Bah. management kena bijak buat keputusan yg betul dan tepat.

      Pendapat je.

      Cheers!


      • General bro..semua model proton makin hodoh. Tu bkn sbb design ke?mgkn la design tu atas individu kan.kalau ko nampak cantik,bagus la untuk ko..malang nye lg ramai mata tgk proton hodoh.mahal pulak tu.sbb tu tak laku bro.haha..sian salesman proton

        Kritik membina ko kate?haha..30 tahun buat kereta nk kritik membina apa lg bro.bukan buat kereta zaman 60an,70an.zaman skrg semua teknologi dh ade bro.kalau ko keje ngan orang pun 5 thn masih bangang orang akan kata ko bodoh bro..tak ada nye org nk bg semangat membina kt ko.haha

        bab dana ni sensitif bro..ada dana buat strategi hampeh,tak balik modal.buat apa?buat kereta mahal brapa org boleh beli?baik ganti persona dr buat preve kan.ko jgn cite bab segment pulak bro..mksd aku ganti ikut range harge tu

        kalu ko kenal azlano,tolong tanye dia bro..bile nk letak jawatan?


        • Mmm…maksud ko model2 baru prootn makin hodoh mcm preve, exora bold, suprima s n latest Iriz? Perrrgghh… malang sungguh ko nie dlm buat penilaian. sorry. Mgkin la COTY award 2014 baru2 nie 2 award yg dimenangi oleh IRIZ tu utk model2 yg hodoh n berprestasi rendah kn?:P… adoii:P

          Apa2 pun design citarasa masing2 le n ramai yg komen kt sini bukan sumer salesman pun, tapi termasuklah peminat, fanatik dan x kurang pembenci (yg nie mgkin ko;P Sorry!) Prestasi jualan prootn rendah bukan sebab design tapi dilema n kurang tepat deliver produk utk pasaran yg salah. Yg nie bahagian pengurusan n perancangn prootn kena buat kajian pasaran betul2.

          Yup, 30 tahun dlm industri bukan la satu alasan utk terus bangkit dari kejatuhan. Berbanding company2 global lain sekarang yg dah berpuluh2 tahun baru mencipta kejayaan dlm industri.Kena optimis dan berfikiran positif tentang visi n misi masa depan. Sebagai rakyat M’sia kena beri sokongan sekurang2nya moral n bangga dgn produk nasional. Itulah resepi kejayaan company besar lain (jepun n korea) bila rakyatnya sentiasa teguh di belakang walaupun pada awalnya company kereta mereka juga bergelut dgn kritikan dari aspek reputasi n kualiti. Dan ko kata; …” org kritik dikata bash”. Soalan cepumas utk ko; sekarang ko kritik atau bash?:P Bagi sy sebenarnya ko merapu:P Sorry.

          Bro, bikin kereta bukan mcm ko bikin kapal kertas yg ko main tepi longkang masa kecik2 dulu. Proton start dari zero knowledge hingga la sekarang teknologi yg diorg dh ada n bikin sendiri. Bagi proton, dana menjadi kekangan. Utk kos RnD bagi 2 model baru mendatang sekurang2nya RM1.2 bilion diperlukan. Yg tu x termasuklah kalau nk buat replacement persona ko yg patut dlm katogeri B segment sedan tu. Preve tu C segment. Even Sonata D segment generasi ke-7 yg baru tu pun kos RnDnya mencecah RM 1.3 billion yg dibina dlm tempoh 3 tahun. Rasa2 kalau perdana replacement generasi ke-2 berapa la agaknya yer? Ala. kalau keluar pun ko bukannya nk beli, asyik bising kata mahal jer:P Tapi kalau sonata tu x bising la plak:P

          Mcm nie la. kalau sy jumpa Azlano sy akan sampaikan kat dia ada org gila suh dia letak jawatan. Sy rasa tentu dia akan ketawa dan katakan… biarkan, biarkan:P Sorry.

          Cheers!


          • Setuju!!!

            Dipendekkan cerita bagi saya rekabentuk Proton yang terkini cantik dan smart. Menampakkan identiti Proton itu sendiri. Thumbs up PROTON!!!


          • Haha..jgn emosi sgt bro.
            Kite kate kereta proton hodoh dikate nye kite gile.
            tak pro la u adik fauzan.

            haha.kirim salam azlano bro


          • Mmm… statement mcm nie pun ko andaikan emosi? Nape? Sebb amat cynical n penuh sindiran kn? Sorry la:P
            Xde tujuan lain melainkan beri info n kesedaran. Kn melayu mudah lupee? 🙂

            Adoii… siapa yg adik2 nie? hehe… bro, nearly 8 tahun sy setia di daerah nie n amat dekat mengikuti perkembangan jatuh bangun proton, berkongsi info, pandangan. Terpulanglah bagaimana nilaian bro.

            Pro x pro biar yg waras n bijaksana menilainya. Yg pasti statement ;design ‘proton hodoh’ utk design seperti sentuhan firma Italdesign Giugiaro tu, amatlah x pro langsung n bersifat naif:P Sorry.

            Bro, Sy x kenal pun Azlano nie. Cuma berkesempatan melihat dia secara live masa presentation dia pasal iriz crossover kat karnival proton ari tu. Walaupun bro x suka dia, sekurang2nya bagi la credit kt designer muda nie atas bakat n potensinya. Lebih membanggakan warga kerja department yg diterajuinya ini terdiri drp anak2 watan kita.

            Apa2 pun terus bersiaran di daerah nie ye adik Zer. Jgn amik hati. Sorry 4 everthing:) Musim sekolah sudah hampir tiba. Baju, buku skolah bro sumer dh ready? Jgn nakal2 ye, nanti brother Fauzan babab kang!:) muahaha… gurau jer:)

            Cheers!


  • Dari segi value, proton mmg tak boleh harap punye. Kompom gerenti dan pasti. Tengok je la nanti pas 3-5 thn. Kalau beli myvi 1.5 2 thn sebelum beli iriz pun, lepas 5 thn value iriz tetap bawah lagi dari myvi. Perodua high value car.

Leave a Reply