ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Proton Exora MC 2 akan diperkenal dalam masa terdekat!

Views

exora sp

Proton dijangka memperkenalkan model naik taraf Exora Bold yang dikenali dengan kod MC2 pada sebelum akhir bulan ini yang juga merupakan model baharu pertama Proton untuk tahun 2015. Beberapa perubahan kosmetik minima telah dibuat untuk memberikan sedikit kesegaran pada model yang sudah hampir 6 tahun dalam pasaran. Exora MC2 akan ditawarkan dalam tiga varian, Standard, Premium dan Super Premium (SP).

Pada bahagian luaran secara kasarnya tiada perubahan ketara, cuma sedikit penukaran kemasan di bahagian cermin sisi serta lampu hadapan dan belakang. Selain itu Exora MC 2 akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti lampu nyalaan siang LED (DRL) dengan kemasan krom, rim aloi rekaan baharu, lampu kabus belakang dan kit badan tambahan untuk varian Super Premium (SP). Dua warna baharu iaitu Luxury Blue dan Indiana Grey turut ditawarkan.

Ruang kabin juga turut mendapat sentuhan kemasan baharu terutama sekali pada konsol tengah papan pemuka, panel tombol gear, steering dan pintu. Ruang dalamannya juga akan menggunakan kemasan fabrik dan kulit serba baharu selain grafik  paparan meter rekaan baharu (*kecuali untuk varian Standard). Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan tambahan beg udara sisi, ESC dan kamera pandang belakang untuk varian tertentu.

* Itu sahaja informasi terkini yang saya diperolehi. Kita sama-sama tunggu kemunculannya tidak lama lagi!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

60 Comments


  • Ingat dah x boleh sumbat dgn side airbag tu! bagus2, ada penambahbaikan dari segi keselamatan walau hanya FL. X sabar nak tengok interior!


  • Tahniah kpd proton sbb ad drl, rim baru, more matured look rear bumper n plg pnting esc…. good move for a new year.. cuma hrp2 gmbr tu untk spec super premium.. hrp2 premium nmpk lebih elegan dan x nmpk mcm kacukan crossover……


  • Warna Indiana Grey bukan baharu. Inspira 2.0 P sudah ada sebelum ini. Kalau Proton tambah ESC dan side airbag untuk Exora MC, confirm akan dapat upper-hand kerana Alza tak ada.

    Saya harap exterior 2015 Exora Standard lebih cantik. Bodykit Super Premium itu tak padan langsung. Buruk macam Innova.


    • Saya rasa yg ini sebelum paint @ dalam pemilihan bodykit. But who know.
      Penambahan Side airbag dan ESC amat2 dinantikan untuk segment mini MPV nh.


  • Dah dekat 7 tahun rupanya proton Exora ni. Mgkin salah satu model proton yg paling byk difaceliftkan. Harap2 ESC dgn side airbag utk semua varian atau ciri standard Exora. Kalo semua penambahan baru MC ni hanya lebih utk model super premium, baik x payah nak MC2 dah. Selalunya mcm feature yang gedebak ni utk model top jer, tapi rakyat cuma mampu beli yang standard.


  • Rugi beli Exora kalau nak pakai kejap2. Bold CFE Premium 2013 kedai nak amik 45-50k je. ade tu yg xnak amik…so pikir2kanla sebelum beli. kalau nak amik gak, hutang 5 tahun 30% dp. sure leh jual balik. buat pembeli exora MC2 ni, enjoy bunyi CVT gear box yang akan menemani kehidupan anda dan penyakit ABS sensors. X lupe plastik yang xtahan calar dan power delivery yang akan buat anak2 kecil anda jatuh dr seat. x lupe corner mcm naik sampan dan tayar gegar at 120kmh walau da buat alignment/balancing (sbb tayar GT Radial). Stereng pun high speed sensitif belum masuk angin lintang..sekian.


    • Berkenaan long term use untuk model Proton tu memang betul, especially jika buat loan max 9 tahun dan downpayment yang dibayar sikit sahaja.

      CVT gearbox mmg ada bunyi bagi hampir semua model kereta yang menggunakan CVT transmission. mungkin alternatifnya kita kena buat sound proof untuk bunyi diserap dan tidak masuk ruang kabin.

      Penyakit ABS sensor? Kenderaan model lain pun ada penyakit lebih kurang sama, contohnya cranksensor rsak, alternator rosak, sensor itu ini dll. Bab sensor ni the best is Proton tukar je vendor yang membekalkan sensor yang tidak berkualiti ni. Atau recall semua model Exora berkenaan untuk tukar sensor yang lebih berkualiti dan tahan lama.

      p/s: Komen-komen lain tu bagi saya sesiapa pun boleh komen dengan masuk forum Exora kemudian baca weakness Exora dan pergi sebar di blog-blog berkaitan kereta. Saya tak pakai Exora tapi ikuti perkembangan kereta baru Proton.
      Cubalah masuk forum kereta jepun dan eropah juga, nilaikan sendiri kereta buatan luar tidak sehebat kita sangka.


    • Aku setuju dgn ko.
      Aku Exora Bold 2014. version yg ada air vacum pump released gear tu.
      Bengang dgn Proton mcm2 defective.
      Aku ingt 2014 make byklah diorng rectified parts defects.. tp lg hampeh.. celake Proton
      palg teruk bumper kiri tk matching dgn panel body.. lekuk akhir kt joint bumper-panel body tu mcm terkopek sikit.. seluruh alur dr part tu selari dgn panel body ‘tenggelam’ dlm 2-3mm
      so hudoh mcm pernah eksiden..

      hari ke3 ambil br perasan..
      defective seats.. leather kedut.. gelembung.
      air bag cover tenggelam timbul (xrata)..
      DVD player atas kepala tu buat hiasan je..
      karut… guna FM radio utk transmit bunyi.. byk gangguan.
      byk media file yg xsupport. DVD plak sensitive.. tersekat2.

      CVT Proton mmg hampeh.. bising. Aku naik kete Nissan Silphy kenapa senyap giler??
      2nd nd 3rd row mmg xselesa.. seat flat leper mcm tu dibalut low quality PU leather..
      ko duduk cmne pun xsedap.. gelungsor..

      aku sgt2 setuju dgn ko anak2 aku xselesa.. gelungsor..

      CELAKE Proton.. jual kt aku keta 3rd world..

      78K.. xhalal dunia akhirat.. dr boss atas smpai pencacai bwh tukang pasang2 skru tu!!


      • plastik cpt calar.. yesss sgt2 betul
        aku rasa baldi rendam kain lg susah calar dr parts2 plastik dlm Exora.. anak aku terseret botol susu kt 3rd row seat tepi calar.. memanjang…
        aku pikir sbb botol kot..tp botol tu plastik jgk..
        sewel lah Proton ni..
        gah konon kilang Tg Malim.. tp produk akhir cincai..

        xde berkatlah keje2 korang Proton oiii..


  • Alhamdullilah proton dh byk improve dr segi design dan kualiti menerusi proton iriz jika dibanding preve hampeh segi design outdated dan kualiti kononnya first global car proton design lampu depan tk detail cm lampu yg jual kt kedai brother interior membosankan mcm thn 90an dan mcm2 lagi masalah yg remeh temeh yg tk patut berlaku pd kereta pasaran global.KIA forte yg 3tahun launching s ebelum preve msh lg fresh lg designnya.apasal tk ambil 95% design tuah masuk kt preve ni
    nk kata futuristik tklah sangat msh mcm kereta produksi.kalau design preve sebiji tuah yg cun tu bila diproduksi aku rasa vios dan city takkan laku punya percayalah.aku bg contoh kereta tk banyak beza sangat sebiji mcm concept car bila diproduksi dr concept car spt ford fiesta,Mitsubishi lancer,BMWx6,KIA k3,Hyundai i30,Hyundai elantra.aku harap model akn datang proton improve punya fc dan design jgn hampeh mcm preve.salam dr peminat no 1 proton


    • Mmm… bagi sy design preve x la outdated. Masih relevan walaupun bukan la yg terbaik. Cuma perincian jer kurang. mgkin agak sukar design berkonsepkan single graphic design utk dikembangkan atas faktor asas garisan2 mudah. VW pun guna konsep yg sama tapi diorg kreatif menekankan perincian pada rekaan lampu (teknologi), kemasan sudut/garisan interior/exterior dan refleksi cahaya yag lebih baik. Kalau proton berjaya hasilkan teknologi rekaan sebegini, tiada beza nilai modelnya RM60k dgn RM100K model pesaing dari sudut rekaan malah value for money. Hehe…

      Cheers!


  • BETUL TU FAUZAN MACAMLAH VIOS BARU ,ALMERA CITY ,JAZZ LAWA TERMASUK MITSUBISHI ATRAGE SEMUA BAGI GUA BURUK GILA YANG CANTIK MEMANG KERETA MAT SALLEH .GUA HARAP KALAU PROTON BUAT SUV NANTI TIRU BENCHMARK BMW X5 ATAU JEEP GENERASI TERBARU.GAGAH GILA.PREEVE MEMANG CANTIK DAN TEGAP APA.


  • Rekabentuk Preve dah ok..cuma proton kena buat penambahbaikan berterusan berdasarkan report masalah yang dilaporkan oleh pemilik proton.Refinement, NVH, elektronik serta kualiti pemasangan antara aspek utama yang perlu ditambahbaik. Jika ini dapat diselesaikan atau ditingkatkan, preve akan menjadi sebuah kereta yang terbaik dalam kelasnya. Percayalah…


    • Sepatutnya dah mmg perlu ada FL. Tapi tak tau la pasai apa lama sangat nak keluar. lampu depan dan belakang plus sedikit tang dashboard.


  • okla da facelift..lawa gak la..aku tau nak buat satu model tu juta-billion punyer citer..tapi aku masih mengharap kalau proton guna chassis exora ni untuk hasilkan satu lagi model yang more sporty mcm sporty mpv la…bumbung rendah skit..lampu belakang kasik melintang skit..design lampu depan xrisau da…designer proton skg sume mampu buat bagi cun..cume untuk meriahkan varian mpv la..dengan ambik contoh toyota..walaupun dah ada alpat..still ade model estima..honda ada odessy still ade model stream..kalau dapat design sporty mcm stream ke..caldina ke(walaupun bukan mpv)…cadangan jela..kalau ade betol baru la best..hehe


  • Tahun 2015 ni model apa yang bakal dikeluarkan oleh proton? Perdana keluar tahun ni?

    Kalau nak harapkan Exora MC2 saja, susah proton nak meningkatkan jumlah jualan. Paling tidak kena ada 1-2 model baru/FL untuk tahun 2015 ni.


  • Proton mungkin perlu fikir keluarkan semula arena a.k.a jumbuck,model ni value masih lg tinggi wlaupon dah lama,
    mb boleh guna chasis salah satu model sedia ada..


    • Mmm…. yg nie Minor Change la sebab tu code dia MC.

      Hahaha… model ‘kereta nasional’ popular a.k.a Myvi dah 10 tahun facelift, rakyat mcm ko x terkejut badak la plak? Yg tu rebadge jer pun. Dgr2 replacement exora pun otw dlm perancangan.

      Cheers!


      • Setuju dengan pendapat saudara Fauzan

        Myvi yang dah 10 tahun pun walaupun dah masuk generasi ke-2 masih lagi difacelift dari segi kosmetik & gadget sahaja tanpa sebarang penambahan dari segi ciri keselamatan


      • best la bro… nak juga compare dengan Perodua.
        Myvi first gen ialah dari 2006 – 2011.
        Myvi second gen ialah dari 2011 – sampai sekarang

        so expect new Myvi 2016…

        so Exora macam mana? 2008 – till now
        Proton Saga 2008 – till now
        Proton Satria Neo 2006 till now
        Proton Preve 2012 till now —- mana FL? atau abang Fauzan katakan MC?
        Proton Persona 2007 till now…..

        By the way Myvi memang pun second gen platform sama… tapi inside out different after 5 tahun…

        Dan lagi pun Mahathir cakap Proton world standard.
        Proton masih lagi tak buat FMC macam company taraf dunia.

        Itula Proton…… sangat bangga….


        • Mmm…sy pun ‘bangga’ dgn cara ko bangga tu:P Sgt menyentuh hatii n perasaan… terharu gitu:P

          Kdg2 ko nie mcm buat2 x faham plak. Ko ingat buat kereta mcm semudah meniaga kuih n nasi lemak? Kalau prootn tiada masalah kekangan dana n reputasi, semua tu x kn berlaku la dek non.

          Proton ada misi n visi utk menjadi pengeluar automatif global. Patutnya kita bangga or atleast bagi sket credit kat usaha n aspirasi besar diorg nie walaupun kita tau (itu pun kalau ko tau) proton hanya la sebuah company kecil dlm industri automatif global yg datang dikalangan 11 negara pengeluar kereta, satu2nya dari sebuah negara asia tenggara, di bumi bertuah Malaysia.

          Mmm… ada sy cakap preve MC?:p MC singkatan minor change, FL tu plak facelift. Xde org bagitau ek?:P Sy pun nk compare gak la dgn perodua mcm ko; Sejak 1992 penubuhannya, after 23 tahun, kesemua model2nya adalah model rebadge daihatsu/toyota (Cuma bangga sket jer pasal katanya nk kuar kereta sedan pertama (buddyz concept) 2016, itu pun kalau x rebadge toyota etios pasaran India) Berbanding proton pada usia 23 tahun, model keluaran sendiri seperti gen2/persona, neo, saga BLM, waja dll. terhasil. La nie dah 30 tahun proton dlm industri. Proton ada gak rebadge, itu pun utk niche market n model rebadge nie seperti inspira teknologi pembuatannya dpt dipelajari dan menjadi asas standard model setara n model2 generasi baru seperti preve/suprima, Iriz dll. … itu la proton… rakyat m’sia patutnya bangga tapi x tau la ko mcm mana ‘bangga’ nya:P

          Cheers!


          • hahaha. bro.
            yeah memang buat kereta macam nasi lemak la proton ini. kualiti macam nasi lemak. tak consistent.

            dont la try to school me bro.

            visi n misi sejak bila? 30 tahun lepas? so 30 years from now apa kereta credible yang dapat dijual dengan success dekat luar negara? cakap? kereta apa?

            fauzan, u talk and support till proton mati matian, thats y u have a maker that have not learnt.

            u said they learn from rebagde, so what they learn? were proton own products reliable?

            kenapa pula kereta wira tahun 90s no power window issue, kenapa lepas itu bila localised lagi, lagi masalah?

            so dia orang belajar apa? masa itu wira jual pada harga 55k.. dah sapu duit kau kau…

            last last sekarang cakap tak duit untuk R&D.

            u bangga, bagus.

            i bangga company macam ERL. buat service tip top. no breakdown. very minimal.

            jom kita jumpa kat luar, jom la bro. i nak dengar hujah u.

            u tahu kan brand tesla? niche? but how successful?


          • gua teringin je tengok kereta mamat thefact ni..
            mungkin die pakai Asterion LPI 910-4….
            harap2 la…ntah2 kancil twin turbo..
            lepas jumpe kt luar..pastu buat pe?
            kalau betol2 nak jumpe g jumpe org R&D proton la..
            komplen sana..komplen sini nak buat apa..bukan memajukan ape2 pon..ERL ke..EBD ke..ABC ke..teh o ais ke..tesla ke..tesco ke..mydin ke…kedai 2 ringgit ke..


          • Mmm… bro thefact. Sy x cakap prootn adalah terbaik. Sudah pastinya pembelajaran itu adalah adalah suatu proses. So, apa sumbangan ko selain kondem? Beri la some realistic idea kat proton, mana tau ada yg bleh pakai, ye x?:P

            Dlm industri, prootn x perlu mengalah. kena berusaha n terus tingkatkan model2 baru. Abis tu, ko ingat kia/hyundai dulu dah tau diorg bleh hebat seperti sekarang? Tiada siapa dpt menjgka masa depan ye x? Kena berusaha dan tingkatkan kualiti produk.

            Sy support sebab sy bangga. Ada gak benda2 yg sy rasa x betul sy utarakan dan beri pandangan dan idea. Sy rakyat m’sia yg bangga dgn company ank watan yg punyai visi n misi yg besar setanding company lain dlm industri auto nie, berbanding menjadi rakyat yg tau nk komplen n kondem dan perlekeh2kan . Ko rasa ko cam tu ker?:P

            Masih sebut2 power window utk edisi model2 2014/15? Adoii…lihat la masa depan yg gemilang dan gapai la ia..:)

            Aik? nk jumpa2 plak? x yah ler… kita berdiskusi kat sini jer pun dah cukup baik. haha

            U pun tau kn brand successor seperti MG Rover, di mana company tu sekarang? U pun tau hyundai pernah hampir bangkrup 2001 dan di mana puncak kejayaannya sekarang?… Yg penting… chaikyok! chaiyok!!:)

            Cheers!


    • ini bukan facelift… tapi mc pun bukan… ini setakat tukar sportrim dgn tempek tepi saja… kat kedai ahbeng pun boleh buat…

      myvi fl ada jugak tukar bentuk lampu dgn bumper
      proton memang semakin hebat sekarang… perodua pun kalah…


  • dah byk blog tulis pasal MC2 ni..ada yg nampak unloading kat proton edar dah..Khamis ni launch.
    ESC & 4 Airbag. Macam variant exora Australia..dengan warna baru, rim baru.

    tentative price nampak naik sikit. sebab ada penambahan ESC & 4 Airbag (2 side, 2 front)

Leave a Reply