ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e-Luma 2020!

Views

Page1

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Inilah Proton e-Luma 2020 hasil karya Pow Ying Hern yang muncul sebagai pemenang kategori 2 untuk pelajar Kolej/Universiti Pertandingan Rekabentuk Proton 2014 yang bertemakan #PROTONCITYCAR2020. Pow yang berusia 25 tahun merupakan pemegang ijazah dalam Rekabentuk Produk dari Universiti Teknologi Nanyang di Singapura selain memperolehi Sarjana dalam rekabentuk kereta dari Domus Academy di Milan, Itali telah berjaya memenangi sebuah komputer riba MacBook Pro dan wang tunai RM5,000.

Page4

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Beliau turut menerima trofi khas Anugerah Pengerusi dan berpeluang untuk menjalani latihan industri bersama Studio Rekabentuk Proton. Untuk makluman Pow Ying Hern juga pembaca setia Funtasticko.net dan foto-foto Proton e-Luma 2020 adalah ekslusif untuk tatapan kita semua. Saya sempat berbual dengan beliau menerusi Facebook malam tadi dan beliau cukup teruja jika diberi peluang untuk berkhidmat dengan Proton. Kepada Azlan Othman, harap dapat mengasah bakat yang ada ni ye. Tahniah diucapkan kepada Pow Ying Hern!

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

City render2 e-Luma R3 Page2 red Page5 Page3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments

Leave a Reply