Belum lagi dilancarkan secara rasmi, sudah ada pelbagai versi Photoshop, Proton Compact Car di laman sosial. Ini adalah Proton Compact Car versi Cross/Country yang diilhamkan oleh rakan kita Anuar Khairudin dari group Facebook Autostylista. Masih mengekalkan badan asalnya, tetapi dimasukkan aksesori dan kit badan Cross/Country Proton Compact Car nampak lebih rugged. Jika ditambah fender sisi seperti gambar di bawah pasti ia lebih bergaya.
Ini mengingatkan kita pada kereta konsep EMAS versi Country yang dipertontonkan pada 2010 di Geneva. Elok juga Proton mempelbagaikan varian Proton Compact Car kerana ia bakal memberi pilihan kepada bakal pembeli. Pada pendapat saya versi sebegini agak unik walaupun ia bukannya SUV/Crossover sepenuhnya.
Apa pendapat anda? 😉
comey jugok..
fender bagi kaler hitam juga laaa..
kamal mane? kamal?
mungkin dia tgh sibuk melayan bakal2 buyer axia yg kensel tempahan….
Bukan sekadar bumper…Proton ketulenan ciptaan anak Malaysia
patut ada roof bar yg macam bawak beg skolah atas bumbung tu
Roof bar tambah plak tayar spare blakang bonet..
Proton boleh je ambik contoh VW UP dan Honda Fit tengok varian yang diperkenalkan. Itu boleh jadi rujukan untuk keluaran akan datang. Apa yang saya Nampak, boleh tunggu varian Crossover (Honda HRV, Ford Ecosport), Notchback (Saga, Honda City), Mini MPV (Honda Fit Shuttle, Alza).
http://www.automobilemag.com/features/lists/1404-5-honda-fit-variants-you-cant-buy-in-the-us/