ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON Ceriakan Warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan

Views

PIC 1

PROTON Holdings Berhad, hari ini telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan bertempat di Pasaraya Besar Tampoi, Johor Bharu. Aktiviti kemasyarakatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat PROTON untuk mendampingi dan mengukuhkan hubungan bersama masyarakat umum di samping bersama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 40 orang anak-anak daripada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah bersama-sama warga PROTON yang diketuai oleh Encik Norzahid Mohd Zahudi, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd bertanding dalam acara ‘Membeli Belah Bersama PROTON’ di Pasaraya Besar di Tampoi ini. Setiap peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dikehendaki untuk membeli barangan keperluan harian seperti makanan, kelengkapan peribadi, alatan pembelajaran dan juga barangan kelengkapan asrama seperti alatan pencuci dan sebagainya mengikut jumlah wang dan masa yang telah diberikan. Kumpulan yang membeli barangan keperluan harian yang betul, tidak melebihi masa dan jumlah wang yang ditetapkan muncul sebagai juara pertandingan ini.

“Melalui program seumpama ini, ianya dapat memupuk budaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah kepada anak-anak dan generasi muda seperti warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan ini terutamanya dalam perbelanjaan seharian. Budaya berjimat cermat ini amat perlu diterapkan dalam jiwa mereka agar dapat mengerti dan menghargai nilai wang itu sediri,” ujar Encik Norzahid Mohd Zahudi, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar Sdn Bhd yang turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan ‘Membeli Belah Bersama PROTON’.

“Selain itu, bagi kami di PROTON, kejayaan yang diperolehi selama ini juga merupakan hasil sokongan daripada masyarakat, khasnya rakyat Malaysia. Maka sudah menjadi tanggungjawab PROTON untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik dan aktiviti ini merupakan salah satu daripada usaha kami dalam mencapai tujuan tersebut”.

Di samping aktiviti tersebut, PROTON juga turut menyumbangkan sumbangan wang tunai kepada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka seharian. Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah diilhamkan pada 1 Januari 2011 bersamaan 12hb Rabiul Awwal 1432H dan dikelolakan oleh Uztaz Mohamad Halimi bin Hj Kolan yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Negeri Johor. Kini Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah dikelolakan bersama dengan Persatuan Insani Darul Takzim. Asrama Kebajikan Ar-Rayyan mempunyai seramai 82 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim/piatu, fakir, miskin dan pelajar tahfiz dari umur 6 tahun hingga 17 tahun.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

PIC 3 PIC 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • memang ini lah matlamat Proton berbakti kepada masyarakat…. 100% menghidupkan amalan bersedekah dan menginfakkan sebahagian keuntungannya kepada golongan memerlukan seperti yang telah lama diamalkannya. Marilah bersama-sama menguatkan usaha menguatkan ekonomi kita dan membantu menyumbang dengan membeli sambil beramal…. Jangan kita seperti segelintir daripada kita yang hanya pandai mengomen tanpa memikir dosa dan pahala, halal dan haram, mencerca dan mencela, bergosip tanpa usul periksa kepada sumber sahih, terjerat dengan dakyah dan coretan warga yang berlagak pakar tapi hanya untuk memuaskan hatinya sahaja, juga ada segelintir pemain dalam industri yang hanya bermuka-muka menyumbang dan menyiarkan usaha serta mewar-warkan pembinaannya itu sahaja untuk mendapat simpati keatas barangan dagangan mereka. Sekarang…..Ianya tidak boleh tidak hendaklah diintegrasikan dengan segala usaha dalam hasil keuntungan, nilai keberkatan, dan nikmat kepuasan menggunakan produk keluarannya untuk membezakan antara emas dan kaca, antara air dan cuka, antara pasir dan gula, dan yang pasti semangat perjuangan berniaga dan innovasi mereka tetap tidak pernah padam. Dalam hemat saya, Proton telah lama membangunkan bandarnya sendiri yang aman, makmur, dan dilimpahi kemudahan beribadah untuk penduduk bandarnya di Perak. Walaupun tidak digembar-gemburkan, tetapi itulah hasil yang telah dapat dilihat setelah 30 tahun menerajui industri automatif negara. Kami warga berfikir positif dan bukannya negatif (ada dikalangan yang sedang melancar perang psycology dan minda, untuk melenyapkan rakannya yang lain), tapi ada segelintir kita sedang memikir, merancang, melancarkan serangan senyap keatas segala usaha untuk memartabatkan agama, menggunakan bahasa kita untuk menyesatkan dan melagakan kita dengan hasad dengki membara (adakah mereka yang negatif ini kritis atau mengkritik hanya kerana berasa diri tercabar untuk menegakkan benang yang basah) dan ingatlah kamu-kamu semua….Ya kamu lah tu, ingatlah bahawa balasan anda sedang menanti bersama api membara di akhir dunia, kata-kata hasad yang kekal dan akan kekal selamanya, maka segala kebaikan yang anda lakukan sedang dikosongkan oleh anda sendiri kerana bala atas keterlanjuran kata dan segala kebaikan anda sedang diberi kepada mereka yang teraniaya….. sesiapa yang tidak memahami kata-kata kiasan ini bermakna anda tergolong dalam sebahagian daripada mereka yang rugi di dunia dan akhirat. Proton, Jangan didengar kata nista dan sematkan dalam jiwa, segala kudrat, buah fikiran, dan kemahiran yang ada untuk memajukan dunia kita berpijak dan memacu innovasi automotif negara. Wallahualam bisawab.

Leave a Reply