ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bangunkan sedan mewah segmen D guna platform Jaguar?

Views

Jaguar-Xf-Wallpapers--e1392964299748

* Foto hiasan

Laman web www.dsf.my telah mengeluarkan satu artikel berkaitan kerjasama Proton bersama Jaguar untuk membangunkan sedan mewah segmen D. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan kerana setakat saya belum lagi menerima sebarang info berkaitan projek ini. Cuma info yang ada ketika ini hanya model pengganti Perdana yang akan dibangunkan menggunakan model Honda Accord generasi kelapan dengan menggunakan rekaan Proton sepenuhnya.  Enjin Honda Accord itu juga mungkin akan ditala semula oleh Proton sebelum digunakan pada model gantian Perdana tersebut.

Khabar angin yang bertiup kencang itu juga mengatakan model sedan mewah Proton dan Jaguar telah berlegar beberapa bulan yang lalu dan dikatakan ia bakal diperkenalkan tahun hadapan. Proton dijangka akan menggunakan platform dan enjin daripada Jaguar untuk membangunkan model tersebut. Tiada info mengenai platform dan enjin yang mana bakal digunakan nanti.

Dikatakan model ini tidak akan dipasang di Proton Tanjung Malim mahupun Proton Shah Alam. Ia berkemungkinan dipasang di kilang Bufori. Pembuat kereta sports tersebut telah dianugerahkan sejumlah dana untuk mengembangkan operasi dan membawa masuk peralatan pemasangan model sedan mewah ProtonJaguar tersebut. Menurut sumber mereka, Proton telah membayar Bufori RM16 Juta untuk memulakan operasi.

Persoalan sekarang adakah benarkah info ini dari sumber yang boleh dipercayai? Mungkin ia hanya khabar angin dan mungkin juga ia menjadi kenyataan. Saya akan cuba merisik info untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya. Nampak agak pelik kenapa Proton meminta Bufori memasang kereta ini sedangkan mereka mempunyai kilang yang lebih besar dan canggih.

* Saya dapat info yang Proton bakal menggunakan Brio sebagai model dalam segmen A. Namun sama ada ia adalah projek rebadged atau perkongsian plaftorm dan enjin masih belum diketahui lagi. Dijangka Proton akan lebih rancak setelah perlantikan Tun Mahathir sebagai Pengerusi baru-baru ini. 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

50 Comments


    • Sapa da bace The Star arini…kat Starbizweek 33 ade berita yg kate 4 lagi company yg apply EEV..seblm ni ade 2 company nak apply EEV..1 sume org da tau GWM..


  • bro campro,

    mcm pelik jer bufori nak assembly.
    Baik proton buat dekat Tanjung malim jer.

    and 2 never hear this rumors in proton. YET.


  • bufori syarikat persendirian. production kecik setahun.
    apsal tiba2 kait dgn proton.
    keta buat pakai tangan, tiba2 proton suruh buat.

    jaguar? sudahlah… hentikan kekencingan utk menaikkan berita pasal proton.

    proton nk buat kereta mewah? haha..design pun masih terhegeh hegeh.. siri nama model pun tunggang langgang…

    sudahla..buat la enjin tu elok2..


  • If assembly in Tanjung malim, setup product line need 200 milion for market only 200~300 unit per-month? mostly also bought by Government, just wasting production line and man power and cost if assembly in Tg Malim, you know right how many people will buy proton more than 100K? if 16 million for bufori setup automation for small quantity assembly line is totaly worth, and keep cost low.


  • ini baru lah sagmen D! jaguar tu… gila bagus punya! tak sia2 proton diambil alih oleh drb… ada jugak wawasan daripada keja tido saja selama ni. exora,saga persona.preve semua memang sampah sgt2.


  • cakap dalam paper proton ade R&D tiptop.. boleh design from A-Z, tp nak buat perdana pun nak sub ke DreamEgde & Bufori…. baik tutop je R&D…


    • Ini kira amik concept outsourcing la ni.
      Memang la Proton ade RnD tapi maybe diorang nak team diorang focus utk pengeluaran model baru di segmen lain yg diorang biase keluarkan. Biasenye kampeni start buat style camni bila maybe dia ade capital injection tapi tak cukup manpower to develop new range of product.

      Dalam industry kete camni, mmg penting sykt keluarkan variety of segments, sebab model lineup yg ade sekarang banyak dah kene ganti baru. Kalo dok jual kete same aje sampai 8-9 tahun memang la popularity brand jatuh.

      adapaham?


  • Kereta Mewah memerlukan sentuhan manusia untuk kelihatan ekslusif dan mewah, dan pemasangan kemasan perlu terperinci berbanding model yang dikeluarkan dengan skala besar….biasanya made to order dan boleh di costumised mengikut permintaan pelanggan.


  • Takde berita ke tentang enjin yang dibeli dr petronas tu? Aku ingat sebelum ni ada berita ttg enjin tu akan dipakai utk accord yang diplatform sharingkan. Ni citer dah pakai enjin honda semula. Mana satu yg betul ni? Huhu


  • GUA SUKA BERITA NI.PEDULIKAN ORANG LAIN CAKAP KAT SINI PROTON .PROTON KENA KELUARKAN PRODUK DULU BARU KITA TENGOK .PROTON TERUSKAN .PROTON MESTI ADA SEMUA SEGMEN.


  • Mmm… setakat yg kita tau, model perdana D segment yg akan dibangunkn menggunakan platform Honda Accord. Bila kuar citer prootn dgn platform Jaguar, mcm dah pelik plak. X kn proton akan kuarkan 2 model D segment dlm bukan pasaran popularnya? Lebih baiklah depa gunapakai platform inspira utk bangunkan model terlaris persona replacement. Ada banyak model dlm segment B, B-C segment pun x pe sebab segment tu pasaran utama proton.

    Tapi kalau betul pun info nie apa salahnya? Kalau proton/DRB ada budget lerr..:)

    Cheers!


  • Tun M otak class A. Dia tahu apa baik untuk PROTON. Tengok masa dia memerintah Malaysia je la, kalu tidak sampai sekarang nama Malaysia tak dikenali.

    *Ini pendapat saja, tiada kena mengena politik dan sebagainya*

    Kita nantikan kebangkitan PROTON.


  • rasa nk pitam baca entry ni, ahahaha… takleh compute otak aku nih…

    kalau betul, bagus lah…

    kalau tak betul… xpe lah…ade jugak bahan nak dibaca…. 😛


  • Kalau proton nak keluarkan kereta segmen D, tapi harga jual sama/lebih kurang sama mcm harga kereta luar sekelasnya seperti camry, accord, teana, passat, 508, mazda 6, sonata, optima.

    agak2 berapa unit proton mampu jual? ni bukan soalan retorik, tapi rasa2 nya korang dah tau jawapannya. lagipun yg mampu beli kereta segmen D, tak seramai pembeli kereta segmen C.


    • Kat malaysia ni, kalo proton nak jual D segment, paling maahal pon kalo nak pegi RM115k.
      kalo lagi mahal, malaysian akan lagi suke alang2 spend more beli brand luar,atau beli second hand.


  • salam

    alangkah bagusnya kalau berita ini benar.proton perlu buktikan sesuatu kepada dunia.betul juga bagi kat bufori.dulu pun bufori pindah malaysia tun yang ajak pindah secara personal…tapi malangnya tiada pertolongan selepas itu…

    bila bufori buat kereta yang tak berapa orang nak beli,proton bolej jimat pekerja..pekerja yang buat dari sketch ke produksi tersangat ramai…jadi untuk market kecil koloborasi seperti ini sangat2 d alu2kn…baguslah…

    semoga berjalan,berjalan dan terus berjalan…nak berlari pun tak salah


  • Jaguar?
    Xda rancangan dalam masa terdekat.
    Mungkin rumour berikutan Tun ada menghadiah Jaguarnya utk tujuan tear down dan RND. Tun mgarahkan RND utk belajar sesuatu dari hasil tear down tersebut.

    Bufori?
    Mmg Proton berkerjasama dgn Bufori dlm pghasilan Limo Perdana 32″ stretch yg digunakan oleh PM dan TPM. Kebanyakan component pada compartment penumpang adalah customize dan langkah berkerjasama dgn Bufori adalah tindakan bijak berikutan kemahiran dan pengalaman yg dimiliki oleh Bufori dlm penghasilan kereta low volume dan hand made.
    Kerjasama ini mungkin berterusan berikutan khabarnya Proton menerima tempahan Limo Perdana stretch utk kegunaan ketua-ketua kerajaan negeri dan pegawai tertinggi kerajaan persekutuan.

    D segment?
    Platform accord generasi ke8 semestinya. Pembngunan ala-ala Perodua tetapi sdg berkira-kira sama ada akan mggunakan powertrain Honda ataupun E01. Engine Honda sudah semstinya proven design dan sekiranya mggunakan E01 pastinya semakin lewat production boleh bermula berikutan ujian ketahan semasa tempoh pembngunan yg perlu dibuat.

    Tun akan buat apa sahaja semampunya utk melihat Proton berjaya. Pada seusia 89 tahun beliau seharusnya berehat bersama keluarga tetapi mghabiskan masanya utk kemajuan Proton. Team pengurusan tertinggi Proton dri DRB diketuai Dato Haris,KY dan RM betul-betul bersungguh-sungguh utk merialisasikannya hasrat Tun. Proton memiliki barisan jurutera muda yg passionate terhadap automotive. Tinggal kebanyakan barisan pengurusan pertengahan yg sudah terlalu lama dan selesa dgn budaya kerja sebelum ini dimana disuap dgn consultancy Mitsubshi dan Lotus sehingga takut dan lmbat membuat keputusan, kebal tindakan,sikap tak apa,stagnant dan kering dgn idea dan technology baru. Senang cakap budaya kerja ala-ala kakitangan kerajaan yg mengakibatkan ramai bakat-bakat muda angkat kaki.


      • Xada.

        Proton ada banyak design engine yg sudah tersedia sprt NEF(V6), Family Y Project (1.2L,1.5L,1.8L), 1.2 hybrid Lotus tetapi memerlukan kajian feasibility yg tepat (Senang cakap x ada duit lah) utk dijadiakn versi production.

        Klu tanya pendapat saya architecture utama Campro x perlu diganti sprti Iron Cast block+4 cylinder tetapi hanya ditambah baik dgn teknologi baru spt cylinder deactivate,bore offset,direct injection, optimize thin wall, coated bore. Design reliability dan utk mendapatkan manufacturing consistency memerlukan masa dn pgalaman yg pnjang dan rugi jika kematangan enjin campro yg hnya baru dimiliki kebelakangan ini diganti.

        Dgn Siri enjin yg dimiliki sekarag 1.3L,1.6L,1.3L Turbo,1.6L Turbo- Siri Enjin Campro, 2.0L,2.2L,2.2L Turbo-Siri Enjin NE01 Proton hanya perlu dilengkapi dgn Enjin kecil 1.0L yg mggunakan tecknologi hybrid + Aluminium Block + 3 cylinder bgi kegunaan kereta segmen A dan City Car yg boleh dikongsi bersama Lotus utk merealisikan Ethos. Akhirnya sekiranya memiliki modal yg cukup Proton boleh merealisasikan Enjin NEF (3.0L V6) rujuk majalah Proactive Lotus yg telah lama rekaan dibgunakan utk dikongsi bersama Lotus.


          • apasal kau nk rambang mata pulak?..enjin tu bukan masuk kat production car pun..kau beli kereta proton, kau dapat enjin campro based yg bunyinya umpama harimau mengaum.


          • Campro yg dulu je bising…CFE mmg senyap, droning ka whining ka sekejap je, tak bising pun. Lps 40/50km/h mmg krg sgt bunyi. Exora turbo vs alza, exora turbo jauh senyap enjin dan kabin.


        • so maksudnya Family Y Project (1.2L & 1.5L) tue yang 3cyclinder or 4cyclinder???

          Mungkin dengan mengurangkan bunyi engine cth kipas aircond supaya dalam keadaan senyap dapat menyakinkan Campro telah ada pembaharuan??

          Setuju dgn idea 1.0L hybrid + Aluminium Block + 3 cylinder. Lagi cantik klo ada 1.0L & 1.2L (3 cylinder). pastu study 0.5L 2cyclinder Turbo. heheheh

          Last : Ada ABC rase selepas ini proton akan berubah dengan ketara kehadapan dari segi Design??? Technology??? Kualiti??? Service??? dan Adakah ABC betul2 rasa yang Proton GSC @GCC akan jadi produk yang betul2 tak ada banyak masalah???


      • E01 euro 2 tu ketika Petronas umumkn kejayaan penghasilan enjin tersebut. Petronas tak pernah berhenti membuat kajian sehingga tahun 2010 kalau x silap selepas Presiden Petronas mgumumakan menutupan division tersebut. Enjin tersebut dijual kepada Proton dgn keupayaan Euro 5. Tetapi mungkin keupayaan kuasa enjin berkurangan seperti yg penah diumumkan utk tweak kpd Euro 5.


  • salam.

    kalau macam tu guna enjin honda yang d tala semula oleh proton tapi pembangunan badan dan segalanya adalah in house design dari proton itu sendiri…penggunaan enjin honda boleh d lakukan untuk menambah kredibiliti kereta proton dan mempercepatkan produksi…tun bagi kereta jaguar dia kat r n d…dasat…kereta mahal2 bagi untuk r n d..tu pun dah nampak semangat tun untuk membuktikan kepada pekerja proton dia datang bukan untuk berehat tapi sama2 mengerah tenaga untuk memajukan proton…

    proton adalah anak emas tun…tun akan lakukan apa sahaja untuk memberi keupayaan kepada proton kerana proton lahir dari bawah..bukan kita abik syarikat kereta asing dan milik negarakan..tapi kita belajar dari bawah lepas tu belajar dan belajar…proton tanda orang melayu islam tidak malas…klau nak kaitkan agama pun ni fardu kifayah sbb orang islam kalau was was untuk pembelian bukan islam,proton adalah pilihan lebih tepat…tapi tak bermakna kita wajib memilih proton tapi sekurang2nya orang islam ada pilihan…tu mksud fardu kifayah….

    harap proton dapat kuarkan kereta lebih bagus pada masa hadapan….seperti kata tan sri syed mokhtar al bukhari-saya melihat tun sangat gembira dengan proton berada d bawah drb…dan akan pastikan proton terus maju ….


  • Common sense for an automotive company to introduce new models every 5 years to remain competitive and to offer something better and fresh to the consumer. It doesn’t matter to collaborate with whoever .. Kalo tak bole buek produk baru setiap 5 tahun, tukar buek kicap jer ler ..

Leave a Reply